Pergi ke kandungan

Melayu Raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta Melayu Raya termasuk Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan Timor Timur
Peta Indonesia tahun 1980-an, saat Timor Timur masuk dalam salah satu provinsi di Indonesia

Melayu Raya merupakan satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia-Brunei, iaitu penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun. Gagasan ini disokong oleh pelajar dan lepasan guru dari Maktab Perguruan Sultan Idris pada akhir tahun 1920an, dan individu dari Sumatera dan Pulau Jawa termasuk Prof. Mohammad Yamin dan Sukarno pada tahun 1950an.[1]

Gagasan ini juga merupakan salah satu perjuangan utama PKMM di bawah kepimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan juga Pak Sako. Bergantung kepada pihak mana yang menyuarakannya, ia juga dikenali sebagai Indonesia Raya yang juga merupakan lagu kebangsaan Indonesia.

Sukarno dan Muhammad Yamin adalah tokoh politik Indonesia yang sepakat dengan gagasan persatuan raya ini. Akan tetapi mereka enggan untuk menyebut gagasan ini sebagai "Melayu Raya" dan menawarkan nama lain yaitu "Indonesia Raya". Keengganan untuk menggunakan nama Melayu Raya karena berlainan dengan keadaan di Malaya, di Indonesia istilah Melayu lebih merujuk kepada suku Melayu yang dianggap hanyalah sebagai salah satu suku kecil dari berbagai-bagai suku bangsa di Nusantara, yang memiliki kedudukan yang setara dengan Minangkabau, Lampung, Aceh, Jawa, Sunda, Madura, Bali, Dayak, Bugis, Makassar, Minahasa, Ambon, dan lain sebagainya. Penghimpunan berdasarkan ras atau suku bangsa "Melayu" dikhuatiri memecahkan perpaduan dan kontra-produktif dengan persatuan Indonesia yang mencakupi berbagai-bagai suku bangsa, agama, budaya, dan ras; karena banyak suku bangsa di Indonesia Timur seperti orang Papua, Ambon, dan Nusa Tenggara Timur, bukanlah termasuk rumpun Austronesia, melainkan rumpun Melanesia.

Sang Saka Malaya, bendera Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang memperjuangkan penubuhan republik melalui penyatuan dengan Republik Indonesia.

Gagasan ini yang menyokong penubuhan republik melalui penyatuan dengan Republik Indonesia - (Melayu Raya/Indonesia Raya),[2] terutama oleh ahli Kesatuan Melayu Muda. Bagaimanapun rancangan untuk bergabung dengan Indonesia telah ditolak oleh majoriti orang Melayu pada ketika itu. Majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju (dengan) perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam.[3]

Sehingga kini masih terdapat pengikut kaum muda yang cuba menghidupkan kembali gerakan menubuh republik dengan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya, secara tidak langsung menunjukkan penentangan mereka secara terang-terangan terhadap institusi Raja-Raja.[4]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ McIntyre, Angus (1973). "The 'Greater Indonesia' Idea of Nationalism in Malaysia and Indonesia.". Modern Asian Studies 7 (1): 75–83
  2. ^ Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the ... indonesia raya, Copyright. By Boon Kheng Cheah
  3. ^ 'Sang Saka Malaya diguna penyokong Indonesia Raya'
  4. ^ "Tindakan kibar bendera 'Sang Saka Malaya' mahu tukar Malaysia kepada republik?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-10. Dicapai pada 2013-09-04.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]