Medan Budaya
Nama ini diabadikan kepada sebuah lokasi khas yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Star di sebuah tanah lapang atau padang setelah terbinanya sebuah bangunan moden iaitu Mahkamah Besar (High Court) dalam tahun 1893. Bangunan ini merupakan bangunan moden kerajaan Kedah terawal yang dibina di bandar Alor Star yang kini terkenal dengan nama 'Balai Seni Negeri'.
Kedudukan Padang Court amat menarik kerana ia di kelilingi oleh beberapa bangunan lama dan moden dan penting dari sudut sejarah pembangunan bandar Alor Star. Bangunan-bangunan tersebut ialah Istana Kota Setar atau Istana Pelamin (kini dikenali sebagai Muzium DiRaja), Balai Besar, Balai Nobat, Menara Jam Besar, Masjid Negeri (Masjid Zahir), Balai Seni Negeri (dahulunya Mahkamah Besar), Bangunan Wan Muhammad Saman dan Mahkamah Tinggi. Dahulunya, Jalan Raja yang bermula dari Jambatan Sultan Abdul Halim itu bersambung melalui hadapan Bangunan Wan Muhammad Saman dan Balai Besar.