Mawaddah
Sebahagian atau kesemua senarai sumber rencana ini mungkin bukan daripada yang dipercayai. (November 2017) |
Mawaddah | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Nasyid |
Pekerjaan | Vokal / Pemuzik |
Tahun aktif | 2000-an |
Syarikat rakaman | Mawaddah Production |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Kumpulan Mawaddah merupakan nama umum bagi kumpulan nasyid (seperti satu francais). Pada asasnya, ia terdiri daripada 3 kumpulan nasyid iaitu kumpulan kanak-kanak, kumpulan wanita dan lelaki yang digelar Mawaddah Kecil, Mawaddah Putera dan Mawaddah Puteri. Selain itu, setiap negara mempunyai kumpulan-kumpulan Mawaddah tersendiri, contohnya Mawaddah Malaysia, Mawaddah Thailand, Mawaddah Indonesia, Mawaddah Australia dan beberapa negara lagi. Lagu-lagu mereka kebanyakannya lagu-lagu sufi.
Mawaddah Puteri Malaysia
[sunting | sunting sumber]Kumpulan Mawaddah Malaysia merupakan kumpulan nasyid wanita yang berjaya dengan melahirkan hampir 20 buah album hanya dalam masa 3 tahun. Album mereka turut dipasarkan ke Brunei, Indonesia, Thailand, Australia, Jordan, Syria serta Perancis. Ternyata album mereka nyata mendapat sambutan apabila berjaya menjual hampir 10,000 unit bagi setiap satu album.[perlu rujukan]
Kekuatan Mawaddah terletak pada kebolehan mereka bermain alat genderang serta memiliki sebuah Akademi Seni Mawaddah sendiri. Berdiri di bawah Mawaddah Production, Mawaddah nyata mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam.[perlu rujukan]
Mereka juga pernah mengadakan persembahan di hadapan Yang di-pertuan Agong pada 2005 serta di hadapan Perdana Menteri Australia ketika itu, John Howard.[perlu rujukan]
Namun setelah timbul beberapa kontroversi, Mawaddah seolah-olah hilang. Laman web mereka pula ditutup malah salah seorang penyanyi utama mereka,Khaulah,melahirkan album solo sendiri iaitu Di Bawah Langit-Mu pada tahun 2007 manakala separuh daripada vokalis utama dan ahli-ahli Mawaddah yang lain menubuhkan kumpulan nasyid baru iaitu Generasi Harapan.[1][sumber tak boleh dipercayai?]
Pada tahun 2010 kumpulan Mawaddah dan Generasi Harapan telah disenaraikan pencalonan awal dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.[2][sumber tak boleh dipercayai?][3]
Ahli-ahli lelaki Mawaddah yang digelar mawaddah Putera pula menubuhkan kumpulan nasyid Remaja Harapan. Remaja Harapan mempunyai 3 pecahan utama iaitu Remaja Harapan Malaysia, Remaja Harapan Turki dan Remaja Harapan England. Remaja Harapan banyak mengadakan persembahan di antaranya di British Muslim Heritage Center.[4][sumber tak boleh dipercayai?]
Ahli-ahli
[sunting | sunting sumber]Kumpulan Mawaddah dianggotai oleh remaja-remaja yang kesemuanya ialah remaja puteri.
Vokalis:
- Siti Fatimah Az-Zahra Hj. Ashaari (1987)
- Khaulah Hj. Ashaari (1986),
- Ummu Sofwah Hj. Ashaari (1991)
- Nurul Nadia Ahmad (1983)
- Helma Zainab Doldiri (1984)
- Suhaibatul Islamiah Abd. Halim (1984)
- Salsabila Abd. Halim, (1986)
- Hanaani Mohd. Johan (1989)
Pemain alat genderang:
- Nor Atiqah Adnan dan Siti Fatimah Martin (pemain dram)
- Nurul Nadwa Solehuddin dan Nor Syuhada' Baharum (pemain konga)
- Nor Atikah Ahmad dan Nurul Anisah Lutfi (pemain dharbuka (kompang arab))
- Siti Aminah Zainuddin (pemain djembe)
- Siti Zulaikha Yunus (pemain bes)
- Ummu Sulaim Abd. Halim (pemain shaker (penggoncang) dan set)
- Rabiatul Adawiyah Azman (pemain papan nada)
Ikhwan Media
[sunting | sunting sumber]Kumpulan yang bernaung di bawah Ikhwan Media adalah seperti berikut.[perlu rujukan]
- Mawaddah (bermula di Brunei)
- Generasi Harapan (Kuala Lumpur)
- Remaja Harapan (Kedah)
- Khaulah (solo)
- Mel (ex-wing)
- Ikhwan Band (Pahang)
- Etihad (Singapura)
- Irfan (Selangor)
- Hawra (Indonesia)
- Qatrunada
- LY Club (berada di Pulau Pinang, diuruskan oleh LY Studio)
- Lampion (Cina Indonesia)
- Jauhari (Johor)
- Generasi Ikhwan
- Remaja Ikhwan
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]- Sayangi Tuhan
- Takutilah Tuhan
- Kenalilah Tuhan
- Hidup Bertuhan
- Perjuangkan Tuhan
- Sembahyang Membina Peribadi Agung
- Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Sesama
- Hikmah Haji
- Anti Dadah - Kembali kepada Tuhan
- Peribadi Contoh
- Tsunami Pembawa Mesej dari Tuhan
- Raya Hanya di Sana
- Islam Hadhari
- Luahan Rasa Hatiku
- Rintihan Cinta
- Love God
Lagu-lagu
[sunting | sunting sumber]- Terima Kasih Tuhan
- Inilah Dia Allah
- Kalau Tuhan Dikenali
- Bila Tuhan Tak Ditakuti
- Rasai kehebatan Tuhan
- Baiknya Tuhan
- Bantulah Aku Melawan Nafsu
- Lau Kunna Na'rifullah
- Siti Aisyah
- Remaja
- Syu'urul Uluhiyyah
- Syukura
- Rintihan Cinta
- Untukmu Rasulullah
- Ku Pinta Redha-Mu
- Ingatlah Kematian
- Peranan Nafsu
- Doa Buat Malaysia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Studiokini (3 Julai 2014). "Generasi Harapan Terbit Album Ramadhan & Syawal". STUDIOKINI. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-19. Dicapai pada 20 Februari 2015. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ abpbh2010 (4 Disember 2010). "FINE turut tercalon dalam pencalonan awal ABPBH 2010". ABPBH 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2015. Dicapai pada 20 Februari 2015. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Aizat Ikhwan (27 November 2010). "Penasyid Lama Dan Baru Tercalon pada ABPBH 2010". Munsyeed. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-19. Dicapai pada 20 November 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ farok313 (18 September 2012). "Remaja Harapan England". farok313.blogspot.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-19. Dicapai pada 20 Februari 2015. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Abd. Aziz Itar (22 April 2005). "Jual album hingga ke Asia Barat - MAWADDAH". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-19. Dicapai pada 20 November 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)