Pergi ke kandungan

Panasonic Corporation

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Matsushita Electric Industrial)
Panasonic Corporation
パナソニック株式会社
Jenis/bentuk sahAwam, TYO: 6752 , NYSE: PC
ISINJP3866800000 Sunting ini di Wikidata
IndustriElektronik pengguna
DitubuhkanOsaka, Jepun (1918)
PengasasKonosuke Matsushita Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatKadoma, Osaka, Jepun
Tokoh pentingKonosuke Matsushita, Pengasas
Kunio Nakamura, Pengerusi,
Fumio Ohtsubo, Presiden
KeluaranRangkaian AVC, kelengkapan rumah, komponen dan peranti, kamera digital dll.
Hasil7,765,510 juta Yen (US$77.2 bilion) (Tahun fiskal berakhir 31 Mac 2009)[1]
Pendapatan kendalian-181,643 Million Yen (US$-1.92 bilion) (Tahun fiskal berakhir 31 Mac 2009)[1]
Pendapatan bersih-419,992 juta yen (AS$-4.43 bilion) (Tahun fiskal berakhir 31 Mac 2009)[1]
Jumlah aset$64.830 billion (2009)
Bilangan kakitangan292,250 (jumlah keseluruhan, tepat pada 31 Mac 2009)
Anak syarikatSanyo
Tapak webPanasonic
Facebook: LUMIX.Taiwan Twitter: Panasonic_cp Instagram: panasonic LinkedIn: panasonic Youtube: UCZgyCsZQLFF30TCs4uaZFKw Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Panasonic Corporation (パナソニック株式会社, Panasonikku Kabushiki-gaisha) (TYO: 6752 NYSE: PC), dahulunya dikenali sebagai Matsushita Electric Industrial Co., Ltd. (松下電器産業株式会社, Matsushita Denki Kabushiki-gaisha), ialah sebuah perbadanan multinasional yang bertapak di Kadoma, Jepun. Perniagaan utamanya terletak dalam bidang pembuatan elektronik di bawah pelbagai jenama termasuk Panasonic dan Technics.

Semenjak diasaskan pada tahun 1918, Matsushita berkembang menjadi pengeluar elektronik terbesar di Jepun. Selain elektronik, Panasonic menawarkan barangan dan perkhidmatan bukan elektronik seperti khidmat pengubahsuaian rumah. Panasonic merupakan syarikat ke-59 terbesar di dunia pada tahun 2007 mengikut senarai Forbes Global 500.[3]

Selama 90 tahun sejak penubuhannya, nama syarikat ini sentiasa bermula dengan "松下" ("Matsushita"); sebelum dinamakan semula pada 1 Oktober 2008, namanya ialah "松下電器産業株式会社" ("Matsushita Electric Industrial Co., Ltd."), yang dipakai sejak tahun 1935[4][5]

Pada tahun 1927, pengasas syarikat menerima pakai jenama "ナショナル" ("National") untuk keluaran lampu terbarunya, sempena perkataan Inggeris "national" yang bererti "kebangsaan."[6] Pada tahun 1955, syarikat ini melabelkan pembesar suara dan audionya dengan jenama "PanaSonic" untuk tujuan eksport, iaitu kali pertama jenama "Panasonic" digunakan[7]. Syarikat ini mula menggunakan jenama "Technics" pada tahun 1965[7]. Penggunaan begitu banyak jenama ini bertahan berpuluh-puluh tahun lamanya.[7]

Pada tahun 2003, syarikat ini menjadikan "Panasonic" sebagai jenama globalnya, sambil memperkenalkan cogan kata "Panasonic ideas for life."[8] Syarikat ini mula menyatukan jenama-jenamanya kepada "Panasonic", dan pada Mac 2004, menggantikan jenama "National" bagi keluaran-keluarannya di luar Jepun.[8]

Pada 10 Januari 2008, syarikat ini mengumumkan hasratnya untuk menukar namanya menjadi "Panasonic Corporation" (bermula 1 Oktober 2008) serta menyatukan jenama "National" di Jepun kepada jenama sedunianya "Panasonic" (sehingga Mac 2010)[9]. Penukaran nama ini diluluskan oleh mesyuarat pemegang saham pada 26 Jun 2008.[10]

Panasonic diasaskan pada tahun 1918 oleh Konosuke Matsushita yang mula-mulanya menjual soket lampu dupleks. Pada tahun 1927, syarikat ini menghasilkan lampu basikal, iaitu keluaran sulung yang dipasarkannya dengan jenama National. Syarikat ini mengendalikan kilang-kilang di Jepun dan seluruh Asia sehingga akhir Perang Dunia II, menghasilkan komponen-komponen dan kelengkapan elektrik seperti kelengkapan lampu, motor, dan seterika.

Selepas Perang Dunia II, syarikat ini sempat berkumpul semula lalu melambungkan semula ekonomi Jepun dengan kelengkapan elektrik dan juga basikal. Adik ipar Matsushita's brother-in-law, Toshio Iue mengasaskan Sanyo sebagai subkontraktor komponen selepas Perang Dunia II, sebelum berkembang menjadi pesaing kepada Panasonic.

Basikal National/Panasonic

[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini menghasilkan basikal dan komponen basikal bermutu tinggi dalam bahagian pembuatan peralatan dari tahun 1945 hingga 1980-an. Sewaktu kecil, Konosuke Matsushita menjadi anak angkat dalam keluarga yang memiliki kedai basikal kecil, dan dan situlah timbulnya minatnya terhadap basikal.[11]

Basikal-basikal National dan Panasonic dijual kepada ramai penjual di dalam dan luar negara Jepun, ada daripada penjual itu meletakkan label sendiri pada basikal tersebut. Walaupun disaingi pembuat-pembuat lain di Jepun, Matsushita melaksanakan dasar korporat yang melarang pengurangan mutu dalam basikal Panasonic tak kira berapa margin untungnya. Apabila Schwinn terpaksa mencari sumber luar untuk pembuatan hasil, mereka memilih siri World Panasonic yang dijayakan sejak tahun 1972. Sebagai satu-satunya penjual yang mencapai piawaian pembuatan dan penghasilan Schwinn yang ketat, Panasonic membina beberapa model untuk Schwinn, seperti World Traveller dan World Voyager. Pada 1970-an dan 1980-an, Panasonic menghasilkan basikal berangka keluli bercuping yang dibuat di kilang-kilang moden yang berkelengkapkan pengimpalan dan pematerian robotik dan aplikasi pengecatan yang canggih. Tayar basikal Panasonic lebih banyak dan lebih tebal ulirnya berbanding pesaing-pesaingnya, maka menjulang reputasi kerana mutunya yang tinggi.[12]

Sejak tahun 1985, peningkatan nilai yen Jepun dan saingan kos rendah dari Taiwan menjejaskan daya saing basikal Panasonic di A.S. dan pasaran-pasaran lain. Panasonic mula menjual basikal buatan Taiwan yang dijenamakan semula olehnya. Pada tahun 1989, para pengurus bahagian Panasonic melaporkan bahawa penjualan basikal semakin kurang hasil sekaki persegi gudang berbanding mana-mana keluaran dalam bahagian korporat. Setelah pemergian Konosuke Matsushita, Panasonic keluar dari pasaran basikal AS pada penghujung September 1989.[12]

Elektronik

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1961, Konosuke Matsushita melawat Amerika Syarikat untuk berjumpa dengan para penjual di sana. Panasonic mula menghasilkan peti televisyen untuk pasaran A.S. dengan jenama Panasonic, lalu meluaskan jenama tersebut ke Eropah pada tahun 1979.[13]

Syarikat ini juga menggunakan cap dagangn National di luar Amerika Utara dari 1950-an hingga 1970-an, untuk menjual televisyen, radio, dan peralatan rumah di pasaran tertentu. Pada masa yang sama, syarikat ini mula membuka kilang-kilang di seluruh dunia, lalu menjulang reputasi kerana keluarannya yang bermutu tinggi.

Syarikat ini memperkenalkan pembesar audio hi-fi berjenama Technics pada tahun 1965. Komponen stereo Technics yang bermutu tinggi ini menjadi kegemaran ramaii. Keluaran Technics paling terkenal yang masih dihasilkan hari ini ialah pemain rakaman SL-1200 yang diiktiraf prestasi, kepersisan dan ketahanan tingginya. Sepanjang 1970-an dan awal 1980-an, Panasonic terus menghasilkan barangan elektronik bermutu tinggi untuk pasaran khusus, seperti radio gelombang rendah, serta berjaya memajukan penerima stereo, pemain CD dan komponen-komponen lain.

Panasonic di Kadoma, Osaka, Jepun. Kiri hadapan: Muzium Konosuke Matsushita Panasonic; belakang: Makmal R&D korporat.

Pada 9 Januari 2006, Panasonic mengumumkan pemberhentian penghasilan televisyen analog mulai Februari untuk memberi tumpuan kepada TV digital.[14]

Pada 3 November 2008, Panasonic dan Sanyo berjaya merundingkan pembelian Sanyo oleh Panasonic yang dilengkapkan pada September 2009, lalu menzahirkan sebuah perbadanan mega yang berpendapatan melebihi ¥11.2 trilion (sekitar AS$110 bilion). Sebagai sebahagian syarikat elektronik terbesar di Jepun, jenama Sanyo dan kebanyakan kakitangannya akan dikekalkan sebagai anak syarikat.[15][16]

  • What's New by Panasonic (1996-2003)
  • Ideas For Life (2003-2013)
  • A Better Life, A Better World (2013-kini)
  1. ^ a b c "Panasonic Corp (6752.T) Financial Statements". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-16. Dicapai pada 2009-05-23.
  2. ^ "Company Profile for Panasonic Corp (PC)". Dicapai pada 2008-10-02.
  3. ^ Fortune Global 500 Profile, CNN. Diterima pada 7 September 2007.
  4. ^ 松下電器産業株式会社が「パナソニック株式会社」に社名変更, Panasonic Corporation. 2008-10-01. Retrieved on 2008-10-03.(Jepun).
  5. ^ Matsushita Electric Becomes Panasonic Corporation, Panasonic Corporation. 1 Oktober 2008. Diterima pada 3 Oktober 2008.
  6. ^ Panasonic History: 1927 | Square bicycle lamp developed and marketed Diarkibkan 2008-10-06 di Wayback Machine, Panasonic Corporation. Diterima pada 2 Oktober 2008.
  7. ^ a b c Brand History, Panasonic Corporation. Retrieved on 2008-10-02.
  8. ^ a b 社史:2003年(平成15年) グローバルブランドを「Panasonic」に統一, Panasonic Corporation. Diterima pada 2 Oktober 2008. (Jepun)
  9. ^ Matsushita Electric to Change Name to Panasonic Corporation, Panasonic Corporation. 2008-01-10. Diterima pada 2008-10-03.
  10. ^ Shareholders of Matsushita approve company name change to Panasonic, International Herald Tribune, 2008-06-26. Diterima pada 2008-10-03.
  11. ^ Panasonic Bicycles at Yellow Jersey (2007), Article
  12. ^ a b Panasonic Bicycles at Yellow Jersey (2007)
  13. ^ Panasonic expands use of Panasonic brand name globally Diarkibkan 2008-06-22 di Wayback Machine pada April 2003
  14. ^ Perton, Marc (2006-01-19). "Panasonic exiting analog TV business - Engadget". Engadget. Dicapai pada 2009-07-01.
  15. ^ Takahiko Hyuga (2008-11-03). "Panasonic Agrees to Buy Controlling Stake in Sanyo, Nikkei Says". Bloomberg.com. Dicapai pada 2003-07-01.
  16. ^ "Panasonic mulls Sanyo offer in July or Aug - Kyodo | Industries | Consumer Goods & Retail". Reuters. 2009-06-19. Dicapai pada 2009-07-01.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]