Pergi ke kandungan

Kesultanan Mataram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mataram II)
Kesultanan Mataram Islam
ꦤꦒꦫꦶꦩꦠꦫꦩ꧀
کسلطانن ماتارم إسلام
1587–1755
Bendera Kesultanan Mataram Islam
Bendera
Wilayah jajah takhluk Kesultanan Mataram dalam masa pemerintahan Sultan Agung Hanyokrokusumo (1613-1645)
Wilayah jajah takhluk Kesultanan Mataram dalam masa pemerintahan Sultan Agung Hanyokrokusumo (1613-1645)
Ibu negaraKota Gede (1588-1613)
Karta (1613-1647)
Pleret (1647-1681)
Kartosuro (1681-1755)
Bahasa yang umum digunakanJawa
Agama
Islam, Kejawen
KerajaanMonarki absolut
Panembahan, Susuhunan (Sunan), Sultan 
• 1556-1575 d. 1584
Ki Ageng Pamanahan
• 1587-1601; t. 1575
Panembahan Senopati
• 1677-1703
Susuhunan Ing Ngalogo (Paku Buwono I);
Hamangku Rat II (buang negeri)
• 1749-1755; d. 1788
Sultan Pakubuwono III
Sejarah 
• Penubuhan Mataram perintah oleh Ki Ageng Pamanahan
1556
• Kemangkatan Sultan III Pajang
1587
13 Februari 1755
Mata wangderham jawi dan dinar
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Pajang
Kerajaan Kalinyamat
Kerajaan Sumedang Larang
Kasunanan Surakarta
Kesultanan Yogyakarta
Peta Mataram Baru yang pecah belah menjadi empat buah kerajaan pada tahun 1830 selepas Perang Diponegoro. Peta ini menunjukkan bahawa Kasunanan Surakarta memiliki banyak enklaf di wilayah Kesultanan Yogyakarta dan wilayah Belanda. Mangkunagaran juga memiliki sebuah enklaf di Yogyakarta. Enklaf-enklaf tersebut kemudian dihapuskan.

Kesultanan Mataram ialah sebuah kerajaan Islam Jawa di Pulau Jawa yang diasaskan oleh Sutawijaya, keturunan Ki Ageng Pemanahan, yang mendapatkan hadiah sebidang tanah daripada Hadiwijaya, raja Pajang, atas jasanya. Kerajaan Mataram pada zaman kegemilangannya dapat menyatukan tanah Jawa dan sekitarnya, termasuk Madura serta meninggalkan beberapa jejak sejarah yang dapat dilihat hingga sekarang, umpamanya wilayah Matraman di Jakarta dan sistem persawahan di Karawang.

Masa awal

[sunting | sunting sumber]

Sutawijaya naik takhta dengan gelaran Panembahan Senopati selepas merebut wilayah Pajang pada kemangkatan Hadiwijaya. Pada saat itu, wilayahnya yang mewarisi wilayah Kerajaan Pajang hanya meliputi sekitar Jawa Tengah saat ini. Pusat pemerintahannya berada di Mentaok, wilayah yang terletak kira-kira di timur Kota Yogyakarta dan di selatan Lapangan Terbang Adisucipto kini. Lokasi kraton (tempat kedudukan raja) pada masa awal terletak di Banguntapan, dan kemudian dipindahkan ke Kotagede.

Selepas Sutawijaya mangkat (dimakamkan di Kotagede), kekuasaannya diteruskan sebentar oleh Mas Jolang, puteranya, yang mengambil gelaran Prabu Hanyokrowati. Pemerintahannya tidak wujud lama kerana baginda mangkat, akibat kemalangan semasa berburu di hutan Krapyak. Oleh itu, baginda juga digelar Susuhunan Seda Krapyak  atau Panembahan Seda Krapyak  yang membawa pengertian Raja (yang) mangkat (di) Krapyak.

Selepas itu, takhta Mas Jolang diambil alih sebentar oleh Adipati Martoputro, putera keempat Mas Jolang. Adipati Martoputro ternyata menghidap penyakit saraf sehingga takhtanya diambil alih oleh Mas Rangsang, putera sulung Mas Jolang.

Sultan Agung

[sunting | sunting sumber]

Selepas naik takhta, Mas Rangsang mengambil gelaran Sultan Agung Hanyakrakusuma  tetapi lebih dikenali dengan gelaran Sultan Agung. Pada masa ini, wilayah Mataram mencakupi kawasan sehingga ke pulau Jawa dan Madura. Akibatnya terjadi perselisihan dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) yang berpusat di Batavia. Maka terjadilah beberapa peperangan antara Mataram dengan SHTB.

Selepas Mas Rangsang mangkat (dimakamkan di Imogiri), baginda diwarisi oleh puteranya yang bergelar Amangkurat (Amangkurat I, Sunan Tegalarum). Lokasi kraton Mataram pada masa ini dipindahkan ke Pleret (sekarang termasuk wilayah Kabupaten Bantul).

Terpecahnya Mataram

[sunting | sunting sumber]

Amangkurat I memindahkan lokasi kratonnya ke Kerta yang terletak berhampiran dengan Pleret. Pemerintahan Amangkurat kurang stabil kerana banyak ketidakpuasan dan pemberontakan. Pada masanya, pemberontakan besar yang dipimpin oleh Terunajaya berlaku dan memaksa Amangkurat supaya bersekutu dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB). Baginda mangkat di Tegalarum ketika berundur. Pewarisnya, Amangkurat II (Amral), betul-betul mematuhi SHTB sehingga kerabat istana banyak yang tidak puas dan pemberontakan terus terjadi.

Kekacauan politik tersebut diselesaikan selepas wilayah Mataram dipecah belah menjadi dua kawasan, iaitu Kesultanan (Nga)yogyakarta dan Kasunanan Surakarta pada tahun 1755. Pembahagian wilayah ini termaktub dalam perjanjian Giyanti (nama diambil sempena nama lokasi penandatanganan di sebelah timur kota Karanganyar, Jawa Tengah) dan dengan ini, berakhirlah zaman Mataram sebagai sebuah kesatuan politik dan wilayah. Walaupun demikian, sebahagian masyarakat Jawa masih beranggapan bahawa Kesultanan Yogyakarta dan Kasunanan Surakarta adalah "pewaris" Kesultanan Mataram.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]