Mat Toyol
Mat Toyol | |
---|---|
Pengarah | Mat Sentol |
Dihasilkan oleh | Ho Ah Loke Loke Wan Tho |
Dibintangi | Mat Sentol |
Sinematografi | Hitam-putih |
Diedarkan oleh | Cathay-Keris Film Productions |
Tarikh tayangan | 1969 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Mat Toyol merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1969. Filem Mat Toyol diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Mat Toyol diarah oleh pengarah Mat Sentul pada 1969.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Mat diarahkan oleh Tok Penghulu untuk mencari akar kayu Apollo untuk dijadikan ubat mencipta toyol oleh Tok Bomoh. Isteri tok bomoh yang merajuk dan kecewa dengannya telah membawa diri ke hutan dan bersembunyi di gua dimana harta pusaka keturunannya dari keluarga hantu.
Mat telah memberi satu cecair yang dicurinya dari gua persembunyian isteri tok bomoh yang bertukar menjadi nenek kebayan dan tok bomoh memilih untuk mencampurkannya dengan telur ayam dan mengubah tok bomoh menjadi ayam betina selepas meminum ubat ciptaannya itu.
Mat berusaha mengembalikan tok bomoh kepada rupa asalnya.
Toyol
[sunting | sunting sumber]Umum tahu toyol ialah makhluk pencuri belaan manusia. Tetapi toyol dalam filem ini adalah sejenis ubat kuat yang dicipta oleh Tok Bomoh dari akar Apollo. Toyol juga muncul dalam bentuk tangkal seperti mana yang dijual oleh anak tok bomoh, Awang dalam cerita ini.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Mat Sentol sebagai Mat
- Dollah Sarawak sebagai Tok Penghulu
- Omar Hitam sebagai Tok Bomoh
- Mak Dara sebagai Isteri Penghulu
- Momo Latiff sebagai Isteri Bomoh
- Dollah Dagang sebagai Rahim
- Ibrahim Pendek sebagai Orang Upahan Rahim
- Sanisah Huri sebagai Penyanyi Khas dan anak Rahim
Lagu
[sunting | sunting sumber]- Si Baju Hijau - Sanisah Huri
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Mat Toyol di Filem Kita