Majlis Syura Muslimin Indonesia
Partai Masyumi Partai Majlis Syura Muslimin Indonesia | |
---|---|
Singkatan | Masyumi |
Pengerusi | Soekiman Wirjosandjojo (pertama) Mohammad Natsir Prawoto Mangkusasmito (terakhir) |
Ditubuhkan | 24 Oktober 1943 (pertubuhan) 8 November 1945 (parti) |
Dibubarkan | 17 Ogos 1960 |
Gabungan | Muhammadiyah Persatuan Islam Nahdlatul Ulama |
Didahului oleh | Majlis Islam A'la Indonesia |
Digantikan oleh | Keluarga Bulan Bintang (kemudian menjadi Partai Bulan Bintang) |
Ibu pejabat | Jakarta, Indonesia |
Akhbar | Abadi |
Keanggotaan (1950) | 10 juta [1] |
Ideologi | Pan-Islamisme |
Agama | Islam Sunni |
Politik Indonesia Parti politik Pilihan raya |
Parti Majlis Syura Muslimin Indonesia atau Masyumi ialah sebuah parti politik yang diasaskan pada 7 November 1945 di Yogyakarta, susulan daripada Kongres Umat Islam yang diadakan pada 7-8 November 1945. Tujuannya ialah untuk mewujudkan sebuah parti politik yang dimiliki oleh para umat Islam dan yang merupakan penyatu umat Islam dalam bidang politik.
Masyumi akhirnya dibubarkan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1960 kerana tokoh-tokohnya dicurigai terlibat dalam pemberontakan Pemerintahan Revolusi Republik Indonesia (PRRI).
Organisasi
[sunting | sunting sumber]Masyumi diasaskan pada 24 Oktober 1943 sebagai pengganti untuk Majlis al-Islam A'la Indonesia (MIAI) kerana Jepun memerlukan sebuah badan untuk menyatukan masyarakat Indonesia melalui sebuah lembaga agama Islam. Meskipun demikian, Jepun tidak terlalu tertarik kepada parti-parti Islam yang telah wujud sejak zaman Belanda yang kebanyakannya berpusat di kota-kota dan memegang fikiran-fikiran moden sehingga pada minggu-minggu pertama pemerintahannya, Jepun telah mengharamkan Parti Syarikat Islam Indonesia (PSI) dan Parti Islam Indonesia (PII). Selain itu, Jepun juga berusaha untuk memisahkan golongan cendekiawan Islam di kota-kota daripada para kiai di pedesaan. Para kiai di pedesaan memainkan peranan yang lebih penting kepada Jepun kerana mereka dapat menggerakkan masyarakat supaya mendukung Perang Pasifik sebagai buruh atau askar. Setelah gagal mendapatkan dukungan daripada para nasionalis dalam Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA), Jepun mengasaskan Masyumi.
Masyumi pada zaman pendudukan Jepun masih belum menjadi sebuah parti politik, namun ia merupakan sebuah persekutuan yang terdiri daripada empat buah pertubuhan Islam yang dibenarkan ketika itu, iaitu Nahdlatul Ulama (NU), Muhammadiyah, Persatuan Umat Islam, dan Persatuan Umat Islam Indonesia. [2]
Nahdlatul Ulama (NU) yang merupakan salah satu pertubuhan besar-besaran Islam memainkan peranan yang utama dalam pembentukan Masyumi. Hasyim Asy'arie, tokoh NU, dipilih sebagai ketua Masyumi pada saat itu. Banyak tokoh NU yang lain juga terlibat dalam pengurusan Masyumi. Oleh sebab NU menjiwai politik, namun penglibatan Masyumi dalam bidang politik tidak dapat dielakkan. Nahdlatul Ulama kemudian keluar dari Masyumi melalui surat keputusan Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) pada 5 April 1952, akibat perselisihan politiknya dengan kaum intelektual Masyumi yang menginginkan para kiai NU menumpukan perhatian mereka kepada persoalan agama sahaja.
Hubungan antara Muhammadiyah dengan Masyumi mengalami pasang surut dari segi politik, dan menjadi tegang semasa Pilihan Raya Umum, 1955. Oleh itu, beliau melepaskan keahlianan istimewanya dalam Masyumi tidak lama sebelum Masyumi dibubarkan pada tahun 1960.
Pilihan Raya Umum 1955
[sunting | sunting sumber]Penghitungan undi dalam Pilihan Raya Umum, 1955 [3] menunjukkan bahwa Masyumi mendapatkan undi yang besar dalam pilihan raya tersebut:
- Parti Nasional Indonesia (PNI): 8.4 juta undi (22.3%)
- Masyumi - 7.9 juta undi (20.9%)
- Nahdlatul Ulama - 6.9 juta undi (18.4%)
- Partai Komunis Indonesia (PKI) - 6.1 juta undi (16.0%)
Oleh itu, Masyumi mendapatkan 57 kerusi dalam parlimen.
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]Yang berikut adalah antara tokoh-tokoh Masyumi yang terkenal:
- Hasyim Asy'arie
- Wahid Hasjim, anak lelaki Hasyim Asy'arie
- Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka) yang menjadi wakil Masyumi dalam Konstituante
- Muhammad Natsir, Menteri Penerangan dalam Kabinet Presiden semasa pemberontakan, Perdana Menteri Pertama Republik Indonesia yang terkenal kerana Usul Perlu Natsir yang mengubah Republik Indonesia Syarikat menjadi Negara Kesatuan Republik Indonesia
- Syafrudin Prawiranegara, Menteri Kemakmuran dalam Kabinet Presiden semasa pemberontakan dan Ketua Pemerintah Darurat Republik Indonesia, serta juga Gabenor Bank Indonesia Pertama yang terkenal kerana dasar Gunting Syafrudin
- Kasman Singodimejo, Daidan Pembela Tanah Air (PETA) daerah Jakarta yang jaminan keamanannya telah membenarkan perhimpunan besar-besaran diadakan unutk IKADA dan Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia