Mastif Belgium
Nama lain | Anjing tarikan Belgium Anjing tarikan Flandre | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Belgium dan Belanda | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Mastif Belgium[a] atau anjing tarikan Belgium[b] ialah satu baka anjing jenis mastif dari Negeri-Negeri Pamah yang digunakan sebagai anjing tarikan.
Perihal
[sunting | sunting sumber]Mastif Belgium ialah anjing besar dan berkuasa yang berdiri setinggi 69–78 sentimeter (27–31 in) dan berukuran seberat 45–50 kilogram (99–110 lb).[1][2] Baka ini berotot dan bertulang berat dengan kepala besar dan leher tebal. Ekornya biasanya dipotong untuk mengelakkannya daripada tercedera semasa menarik kereta.[1][2] Lapis bulu mastif Belgium adalah pendek, licin, dan longgar; ia biasanya berwarna perang kekuning-kuningan atau brindle dengan topeng gelap dan tanda-tanda putih yang juga diketahui.[1][2]
Dari segi perwatakan, mastif Belgium diperihalkan sebagai pekerja yang tidak mengenal kepenatan dengan naluri perlindungan kuat; ia tidak terkenal kerana keramahan terhadap sesiapa kecuali tuannya.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Hanya sedikit yang diketahui tentang keleluhuran mastif Belgium melainkan bahawa ia dipercayai diturunkan daripada mastif Perancis yang diperkenalkan ke Negeri-Negeri Pamah pada suatu ketika.[1][2] Baka ini terlihat di serata Belgium dan Netherlands sambil menarik kereta dan kerap menghantar susu, mentega, daging, dan sayur-sayuran.[1][2][3]
Peranan mastif Belgium sebagai haiwan tarikan menjadi semakin usang sepanjang abad ke-20 dan kemusnahan dua perang dunia selanjutnya menjejaskan baka ini. Ia dipercayai pupus pada separuh kedua abad ke-20.[1][2] Sebelum kepupusannya, baka ini diiktiraf oleh Société Royale Saint-Hubert dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Sempena kepupusan andaiannya, Persekutuan Kinologi Antarabangsa telah menempatkan baka ini dalam daftar baka tergantung dan Société Royale Saint-Hubert menyatakan bahawa ia "mungkin pupus"; dengan harapan bahawa spesimen terselamat mungkin ditemukan,[1][2] pihak kelab mengekalkan penyenaraian baka ini.[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: مستيف بيلجيئم ; Belanda: Belgische mastiff ; Perancis: mâtin belge ; bahasa Inggeris: Belgian mastiff
- ^ Jawi: انجيڠ تاريقن بيلجيئم ; Belanda: Belgische trekhond ; Perancis: chien de trait belge ; bahasa Inggeris: Belgian draught dog; Belgian draft dog
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mastif Belgium |
- ^ a b c d e f g Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 666. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ a b c d e f g h De Prisco, Andrew; Johnson, James Burris (1990). The Mini-Atlas of Dog Breeds [Atlas Mini Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 118. ISBN 9780866220910. OCLC 21949720.
- ^ Mason, Walter Esplin (1915). Dogs of All Nations [Anjing dari Semua Bangsa] (dalam bahasa Inggeris). San Francisco, California, Amerika Syarikat: H. Judd. m/s. 76. OCLC 1148609.
- ^ "Belgian Mastiff" [Mastif Belgium]. Société Royale Saint-Hubert (dalam bahasa Perancis). 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2019. Dicapai pada 24 Mac 2024.