Masjid UNISZA
Masjid Unisza مسجد اونيسز | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | 2017 (Imam Besar) 2017 (Timb. Imam Besar) 2017 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-11-KTR-00385 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Terengganu |
Daerah | Kuala Nerus |
Lokasi | Masjid Unisza, Gong Badak, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman |
Maklumat pembinaan | |
Gaya seni bina | Potong Bawang[1] |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Simen |
Laman sesawang | |
Masjid Unisza | |
sunting |
Masjid Unisza merupakan sebuah masjid di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), yang terletak di Gong Badak, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.[2]
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Masjid Unisza,
Gong Badak,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Masjid UniSZA dahulunya dikenali sebagai masjid Kusza. Masjid Kusza telah dirasmikan oleh Sultan Terengganu pada 2 Rabiulawal 1414 Hijri bersamaan 20 Ogos 1993 Masihi. Ia merupakan antara masjid berbentuk tradisi dan kontemporari. Bumbung limas yang bertingkat dan berkubah menjadi identiti masjid ini.
Sejak 2015, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengadakan program memasak bubur lambuk di Masjid UniSZA secara bergotong-royong sebelum diagihkan kepada orang ramai.[3]
Pada tahun 2018, menerusi Program Sarong Mayang, seramai 23 sukarelawan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pernah bekerjasama membersihkan telekung wakaf yang disediakan di Masjid UniSZA.[4]
Pada tahun 2019, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Prof Dr Ahmed al-Raissouni pernah dilantik sebagai Profesor Pelawat Fakulti Pengajian Kontemporari Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).[5]
Pada tahun 2023, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pernah menyediakan 1,000 pek juadah berbuka puasa secara percuma kepada pelajarnya yang berbuka di Masjid UniSZA dan mereka yang berada di Kampus Perubatan dan Kampus Besut pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan.[6]
Pada bulan Ogos 2023, program Festival Quran dan Malaysia QuranHour Terengganu pernah diadakan di Masjid UniSZA dan hampir 200 peserta menyertai program tersebut. Masjid UniSZA menjadi lokasi perdana bagi program itu yang diadakan serentak pada 30 Ogos.[7]
Pada tahun 2024, Masjid UniSZA merupakan antara masjid yang dipilih terlibat dengan program menderma darah anjuran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sepanjang bulan Ramadan.[8]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Masjid Unisza memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-KTR-00385.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Masjid Unisza Gong Badak
- ^ Masjid Unisza[pautan mati kekal]
- ^ UniSZA agih 1,400 bubur lambuk
- ^ Selesa solat
- ^ Sheikh Ahmed al-Raissouni dilantik Profesor Pelawat UniSZA
- ^ UniSZA belanja 1,000 pelajar berbuka puasa setiap hari
- ^ Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan
- ^ HSNZ sasar kutipan 1,500 beg darah sepanjang Ramadan