Pergi ke kandungan

Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra
مسجد تڠكو محمد فائز ڤترا
[[Fail:
Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra
|260px]]
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
Mula dibina1989
Siap dibina1991
Dibuka pada1998
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamAl-Fadhil Ustaz Othman bin Saufi (Imam Besar)
AF Ustaz Mohd Amirul Fahmi bin Abdul Rashid (Timb. Imam Besar)
BilalUstaz Mohd Yushafipi bin Sulaiman
Dimiliki olehNo Daftar: MY-03-GM-00011
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriKelantan Darul Naim
LokasiMasjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Daerah Galas
18300 Gua Musang
Kelantan Darul Naim
Maklumat pembinaan
Gaya seni binaIslam
Bil. kubah5
Bil. tingkat2
Bil. menara1
Ketinggian menara100 m
Kapasiti jemaah2500
Bahan binaanBatu- bata
Laman sesawang
https://www.facebook.com/masjidfaiz?mibextid=LQQJ4d

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra merupakan sebuah masjid yang terletak di Daerah Galas 18300 Gua Musang Kelantan Darul Naim.[1]

Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Daerah Galas
18300 Gua Musang
Kelantan Darul Naim

Pembinaan Masjid tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang telah bermula pada 19 oktober 1988 dan ianya telah siap sepenuhnya pada 11 Mac 1991. Kos pembinaannya telah diperuntukkan oleh Kementerian Luar Bandar melalui agensinya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (kesedar) dengan sejumlah Rm 2,793,703.11 bagi membina dan menyiapkan bangunan ini. Pada 4 April 1999 masjid ini dengan rasminya dijadikan masjid (Jumaat) bagi Mukim Bandar Baru, Gua Musang dan Sebagai Masjid Bandar (Masjid Kepala Jajahan).

Dalam Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra

Sebelum ini, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru kerana pada asalnya, keseluruhan masjid ini bertemakan warna biru dan putih pada dinding, mozek, permaidani dan sebagainya (mungkin kerana ia merupakan projek KESEDAR dalam wilayahnya, secara tidak langsung mencerminkan kubu kuat Barisan Nasional ketika itu). Sejak 2013 hingga kini, masjid ini berwarna kuning-emas dan putih, sama seperti kebanyakan masjid-masjid jajahan di Kelantan.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-03-GM-00011.

  1. ^ "Masjid Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-06-12.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]