Pergi ke kandungan

Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Masjid Sultan Ismail
Majlis Khatam Al-Quran 1445H

Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas,Tangkak,Johor (Jawi:مسجد سلطان اسماعيل ،تنجوڠ اڬس، تڠكق ،جوهر) terletak di dalam Kampung Tanjung Agas Mukim Kesang Daerah Tangkak,Johor.Masjid ini terletak berhadapan masjid kembarnya di Muar.Masjid telah diurus dibawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui Pejabat Kadi Daerah Tangkak

Masjid ini mempunyai arkitektur seni bina Inggeris serta mempunyai dewan solat yang luas ,minbar yang dipengaruhi seni bina Turki dan Arab.Kapasiti Jemaah yang boleh menampung 5000-6000 jemaah dalam suatu masa.

Asal mulanya masjid ini dibina bersaing dengan Jambatan Kedua Muar,Lebuh Pintasan Muar(Bypass) dan telah dimasyhurkan pada 23/4/2004 oleh Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj,Tunku Mahkota Johor ketika itu.Masjid ini merupakan antara masjid yang terbesar di negeri Johor dan masjid ini merupakan Masjid kedua daerah Tangkak selepas Masjid Bandar Tangkak, Tangkak, Johor.


Pengurus :Pejabat Kadi Daerah Tangkak

Pengerusi :Imam Muhammad Fadzil Bin Abu Samah (Imam Daerah Tangkak)

Imam 1: Imam Nor Azlan Bin Masbor

Imam 2: Imam Muhammad Yazid Bin Mohammad Salih

Imam 3:Imam Mustaqim Bin Eidris

Bilal 1: Bilal Muhammad Azmi Bin Yacob

Bilal 2:Bilal Muhammad Hafizzuddin

Bilal 3:Bilal Muhammad Jumat Bin Jamil

Noja 1:Rosli Bin Salleh

Pegawai PRA:Farid Bin Ali