Masjid Shakhrat
Masjid Shakhrat merupakan sebuah masjid yang terletak di kaki bukit Jabal Rahmah di Padang Arafah (Gunung Arafah). Diriwayatkan bahawa di situlah Nabi Muhammad pernah berhenti pada malam hari sewaktu peristiwa Hajjatul Wada (Haji Pertama dan Terakhir). Di situ jugalah diriwayatkan bahawa terturunnya ayat terakhir Al-Quran oleh Allah dalam bagi melengkapkan sesi penurunan Al-Quran secara berperingkat sebelum ayat-ayat Al-Quran itu disusun mengikut kehendak Allah SWT, seperti yang termaktub dalam teks Al-Quran yang wujud sekarang.
Kompleks Masjid Shakhrat ini dikelilingi oleh dinding yang panjangnya dari arah Kiblat 13.3 m dan dinding di sebelah kanan dan kiri pula sekitar 8 meter, sedangkan dinding yang berhadapan dengan arah Kiblat(kawasan Mihrab Imam) adalah berbentuk bundar (melengkung) dan tidak lurus.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- At-Tarekh Al-Qawwim, 5/341
- Buku Sejarah Mekah dulu dan kini; oleh Dr.Muhammad Ilyas Abdul Ghani, m/s 171, terbitan Al-Rasheed Printers, Edisi ketiga 1425 AH (Hijrah)/ 2004 AD.