Masjid Omar Kampong Melaka
Penampilan
Masjid Omar Kampong Melaka (atau Omar Kampong Malacca Mosque; Cina: 奥玛甘榜马六甲回教堂 Ào Mǎ Gān Bǎng Mǎ Liù Jiǎ Huí Jiào Táng) adalah masjid Singapura yang terletak di Keng Cheow Street.
Masjid pertama Singapura ini dibina pada tahun 1820, setahun selepas British membina pusat perdagangan di situ. Semenjak itu, masjid ini telah dibina semula dua kali iatu pada tahun 1855 dan sekali lagi pada tahun 1981-1982. Masjid ini dimiliki oleh Majlis Ugama Islam Singapura.