Masjid Omar Ali Saifuddien
مسجد السلطان عمر علي سيف الدين Masjid Omar Ali Saifuddien | |
---|---|
Maklumat am | |
Dibuka pada | 1958 M/1377H |
Maklumat geografi | |
Lokasi | Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam Brunei |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 kubah utama, ketinggian 52 m (171 ka) |
Bil. menara | 1 menara utama |
Kapasiti jemaah | 3,000 orang |
Keluasan | Kawasan keseluruhan 5 ekar |
Arkitek | Cavalieri R Nolli, mengikut lakaran Sultan Haji Omar Ali Saifuddien[1] |
Pemaju | Jabatan Kerja Raya Brunei |
sunting |
Masjid Omar Ali Saifuddien (Jawi:مسجد السلطان عمر علي سيف الدين) ialah salah satu masjid di Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei.[2] Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong. Masjid Omar Ali Saifuddien diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei.
Pengenalan
[sunting | sunting sumber]Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam.
Masjid dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei. Ia memiliki menara dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas. Masjid sendiri dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air. Satu daripada unsur tempatan ialah kegunaan bentuk "kalat" (tali tebal) pada tiang luar masjid. Sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei. [1]
Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pemandangan Masjid Omar Ali Saifuddien pada waktu siang
-
Pemandangan masjid pada waktu malam
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ a b (Inggeris) SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN MOSQUE, Rozan Yunos, The Brunei Times
- ^ Masjid Omar Ali Saifuddien | Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Rozan Yunos, The Brunei Times