Pergi ke kandungan

Masjid Muhammad Ahmadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

SEJARAH PEMBINAAN MASJID MUHAMMAD AHMADI

[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya, Tuan Guru Haji Muhammad bin Lebai Ahmad Al-Kelantani ingin mendirikan Masjid Mukim Pintu Geng bersebelahan rumah beliau dan pusat pondok yang diasaskannya. Namun pihak Majlis Ugama Islam tidak dapat memberi kebenaran dengan alasan jarak yang dekat Masjid Bunut Payung.  Lantas Masjid bagi Mukim Pintu Geng telah dipindahkan ke tempat yang ada sekarang (Tempat Solat Jumaat bagi penduduk Pintu geng setelah dipecahkan dari Mukim Kg. Kota) yang jarak jauhnyanya dari Masjid Bunut Payung menepati garis panduan pihak Majlis Ugama Islam.

Walaupun tidak kesampaian untuk masjid bagi Solat Jumaat di sini, namun tapak itu telah dibina sebuah Madrasah (Balaisah) khususnya untuk kegunaan pelajar pondoknya dan penduduk sekitar.  Madrasah itu telah dirombak setelah berlaku pembesaran jalanraya sekitar tahun 1965

Pada pertengahan tahun 70an madrasah ini telah diubahsuai lagi oleh anak kepada Tuan Guru Haji Muhammad iaitu Tuan Haji Abdul Rahman yang juga merupakan bilal bagi Masjid Mukim Pintu Geng ketika itu.

Pada awal tahun 80an, Tuan Guru Haji Daud (bekas Imam Masjid Mukim Pintu Geng) telah mengambil daya usaha untuk penambahbaikan Madrasah ini dan telah dijadikan masjid kecil yang kemudiannya diberi nama sebagai Masjid Muhammad Ahmadi sampailah ke hari ini.

MAKLUMAT MASJID MUHAMMAD AHMADI

[sunting | sunting sumber]

Alamat : Kg Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Lokasi : 6°06'07.7"N 102°13'50.5"E / 6.102131, 102.230706

Laman Web : https://mm-ahmadi-pg.blogspot.com/