Pergi ke kandungan

Masjid Magok-i-Attari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Magok-i-Attari
Info asas
LokasiBukhara, Uzbekistan
AgamaIslam
NegaraUzbekistan
StatusMasjid (asal)
Muzium karpet (kini)
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaSeni bina Islam
Seni bina Parsi
Disiapkan padaAbad ke-9 dan ke-10[1]

Masjid Magok-i-Attari (Uzbek: Magʻoki Attori masjidi, Tajik: Масҷиди Мағокии Атторӣ, rumi: Masjidi Maghokii Attori, Parsi: مسجد مغاکی عطاری, rumi: Masjed-e Maghākī-ye Attārī) ialah sebuah bangunan masjid bersejarah di Bukhara, Uzbekistan. Bangunan ini merupakan sebahagian daripada kompleks Lyab-i Hauz, dan terletak kira-kira 300 meter di timur laut Po-i-Kalyan, dan 100 meter di timur Lab-i Hauz. Bangunan ini tertakluk kepada kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO (Pusat Bersejarah Bukhara).[2] Kini, bangunan ini dijadikan sebagai sebuah muzium karpet.

Masjid ini dikhabarkan dibina pada abad ke-9 hingga ke-10 Masihi di tinggalan kuil Majusi zaman pra-Islam.[1] Sebelum penaklukan Arab, terdapat bazar di tapak masjid ini; bazar itu menawarkan penjualan barangan seperti patung berhala, ramuan rempah dan minyak wangi (attar). Selain itu, sebelum itu, terdapat kuil bagi dewan bulan Majusi (Mah) berdekatan tempat ini.

Sebelum pembinaan rumah ibadat Yahudi terawal, orang Yahudi di Bukhara telah berkongsi tempat di masjid ini dengan orang Islam. Ada yang mengatakan bahawa Yahudi Bukhara dan Muslim saling beribadah di tempat yang sama pada waktu yang sama. Sumber-sumber lain menegaskan bahawa orang Yahudi beribadat menyusuli orang Islam. Masjid ini juga terkenal sebagai salah satu masjid tertua yang masih wujud di Asia Tengah dan salah satu dari beberapa bangunan yang masih kekal di Bukhara sebelum pencerobohan tentera Mongol. Pada abad ke-12, ketika Kekhanan Kara-Khanid memerintah di Bukhara, masjid tersebut dibangun dan digunakan semula, dan dibina sebuah fasad utama baharu di selatan.[3] Pada pertengahan abad ke-15, bangunan itu dipulihkan dan sebuah portal baru dengan iwan dibina di kawasan timur.[4] Pada awal tahun 1930-an, masjid ini dipulihkan semula. Sejak 1991, bangunan masjid ini dijadikan sebagai sebuah muzium karpet yang mempamerkan seni karpet terutamanya dari Asia Tengah.[5]

  1. ^ a b Pander: Zentralasien, 2004, P.161
  2. ^ 602. UNESCO
  3. ^ Pander: Zentralasien, 2004, S. 162
  4. ^ Die Moschee Magoki Attori
  5. ^ "Мечеть магоки аттори (XII-XVI вв.) — "Музей ковроделия"". Bukhara-museum.narod.ru (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 2020-01-18.