Pergi ke kandungan

Masjid Lal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi Masjid Lal, Islamabad, Pakistan

Masjid Lal terletak di tengah-tengah bandaraya Islamabad, Pakistan .Masjid Lal bermaksud masjid merah.

Masjid ini tidak jauh dari Masjid al Malek Faisal, Islamabad. Di dalamnya ada Sekolah Jamia Hafsa untuk pelajar perempuan dan sebuah sekolah untuk pelajar lelaki.

Masjid ini merupakan masjid Sunni dari aliran Deobandi . Berdaftar dengan Wakaf Ul Madaris , Pakistan.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Masjid Lal biasa dikunjungi oleh pegawai kerajaan, menteri-menteri tertentu dan ketua-ketua tentera darat. Akhir-akhir ini sekolah bersebelahan masjid ini menjadi lebih radikal dan fundamental.

Bekas Presiden Pakistan, Jeneral Zia Ul Haq mempunyai hubungan rapat dengan Maulana Abdullah, bekas pengerusi Masjid Lal Jeneral Zia Ul Haq mahu menjalankan undang-undang Hudud seperti hukuman rotan di khalayak ramai. Selepas Maulana Abdullah dibunuh, anak-anaknya Abdul Aaziz Ghazi dan Abdul Rashid Ghazi mengambil alih masjid ini.

Baru-baru ini , kumpulan Deobandi tidak senang dengan dasar-dasar berbaik-baik Presiden Pervez Musharraf dengan George Bush dari Amerika Syarikat. Hubungan Pakistan dengan Amerika Syarikat terlalu intim sehingga Pakistan tidak mampu bersuara terhadap isu penjajahan Amerika di Afghanistan, Iraq dan konflik Palestin-Israel. Padahal Pakistan adalah sebuah kuasa besar Islam dan majoriti penduduknya berugama Islam dan mempunyai senjata nuklear.

Pemimpin Masjid Lal mahu mengamalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran ala Taliban di Afghanistan satu ketika dahulu. Kerajaan sementara Taliban di Afghanistan satu ketika dahulu berjaya mengamalkan sistem perundangan Islam berdasarkan Al Quran 100 %. Sistem kerajaan juga dikatakan menyamai Sistem Khulafa Al Rashidin.

Mereka tidak dapat lagi berlembut dengan kerajaan pimpinan Presiden Pervez Musharraf. Sebaliknya Abdul Rashid Ghazi mahu melancarkan serangan berani mati terhadap lokasi tertentu di Pakistan.

Antara tindakan mereka ialah :

  • Menculik 100 rakyat China dan beberapa pegawai undang-undang, wanita dan kanak-kanak.
  • Mengambil alih perpustakaan kanak-kanak

Pengepungan

[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Julai 2007. pihak keselamatan Pakistan telah mengepung Masjid Lal yang di dalamnya terdapat lebih 1000 orang, termasuk imam masjid / pengerusi masjid itu, iaitu Abdul Rashid Ghazi. Mereka dituduh mahu melakukan pembenrontakan dan mempunyai senjata berbahaya.

Dalam masjid itu terdapat pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang berfikiran selari dengan Taliban terutama sekali dari segi jubah , serban, burqa, janggut dan falsafah hidup . Mereka mempertahankan masjid itu dari diceroboh oleh polis dan tentera Pakistan. Setakat ini tawaran pengampungan oleh kerajaan Pakistan tidak dipedulikan.

Lantaran kepungan tanpa diduga itu, pengikut Abdul Rashid Ghazi bertindak nekad dengan membalas tembakan. Media massa melaporkan lebih 100 orang telah cedera dan terbunuh dari kedua-dua belah pihak.

Pada 4 Julai 2007 kerajaan Pakistan menawarkan pengampunan agar tiada lagi tumpahan darah. Abdul Rashid Ghazi , pelajar-pelajar Sekolah Jamia Hafsa hendaklah menyerah diri. Jika tidak menyerah dalam waktu terdekat, pastinya tentera dan polis tidak lagi mampu berunding dan tembakan tidak dapat dielakkan.

Abdel Aaziz Ghazi telah menyeludup keluar dari masjid dengan pakaian 'burqa' tetapi dapat ditangkap oleh polis yang berkawal. Penangkapan ini merupakan sesuatu yang memalukan .

Pihak keselamatan telah menebuk beberapa lubang di dinding masjid agar wanita dan kanak-kanak dapat keluar melarikan diri . Tetapi sesiapa yang melarikan diri akan ditembak oleh pengikut Abdul Rashid Ghazi.

Pada 5 Julai 2007, kerajaan Pakistan melancarkan 'Operasi Senyap' bagi menyelesaikan masalah ini. Presiden Pervez Musharraf memberi tempoh seminggu lagi agar mereka menyerah diri.

Sehingga kini beberapa kereta perisai mengepung masjid itu. Tentera menggunakan gas pemedih mata bagi mendesak mereka keluar. Helikopter dan mortar turut digunakan.

Operasi Senyap tergendala seketika kerana ribut dan hujan lebat. Pintu pagar dan sebahagian dinding masjid telah diruntuhkan bagi memudahkan kereta perisai mudah keluar masuk.

Pengkritik Presiden Pervez Musharraf menganggap operasi inidilancarkan bagi mengalih tumpuan rakyat terhadap krisis kehakiman Pakistan yang membabitkan Mahkamah Agung Pakistan dan tumpuan terhadap Persidangan Seluruh Parti Pakistan yang akan berlangsung di London.

Semua tuduhan terhadap Maulana Abdul Rashid Ghazi dan puak Deobandi adalah satu penipuan belaka. Taliban turut dibabitkan agar maruah Presiden Pervez Musharraf naik di mata negara-negara asing. Setakat ini Presiden Pervez Musharraf menerima pujian daripada Perdana Menteri China dan Presiden Amerika Syarikat.