Pergi ke kandungan

Masjid Jamek Sungai Rengit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Masjid Jamek Kampung Sungai Rengit
Maklumat pentadbiran
ImamAbu Samah Bin Bujang 2017 (Imam Besar)
Mohd Ismail Bin Mokhtar 2017 (Timb. Imam Besar)
Alias Bin Tia 2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-01-KTG-00770
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriJohor
DaerahKota Tinggi
LokasiMasjid Masjid Jamek Kampung Sungai Rengit, 81600 Kota Tinggi
Laman sesawang
Masjid Masjid Jamek Kampung Sungai Rengit

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Masjid Jamek Sungai Rengit terletak di kawasan pinggir pekan Sungai Rengit.[1] Masjid ini merupakan masjid utama bagi menampung jemaah muslimin sekitar Sungai Rengit. Pada setiap hari Jumaat, sembahyang Jumaat dijalankan di sini. Masjid ini sangat luas dan secara amnya, boleh menampung jemaah di kawasan Sungai Rengit.

Seperti masjid-masjid yang lain di Malaysia, Masjid Jamek Sungai Rengit ini juga banyak menjalankan pelbagai jenis program sama ada keduniaan atau keakhiratan. Antaranya program tersebut ialah:


  1. Bacaan Yassin dan Tahlil
  2. Sembahyang Hajat berjemaah
  3. Solat Jumaat berjemaah
  4. Akad Nikah
  5. Kaunter Zakaat
  6. Ceramah agama
  7. Jamuan anjuran masjid
  8. Menjalankan korban binatang ternakan pada Hari Raya Qurban
  9. Jemaah tabligh berkampung
  10. Lain-lain aktiviti keagamaan yang sesuai seperti Awal Muharam, Hari Asyura, Sembahyang Raya dan Sambutan Maulud Nabi.