Masjid Itban ibn Malik
Masjid Itban Ibn Malik merupakan sebuah masjid yang terletak di kota suci umat Islam kedua di Madinah Al-Munawwarah. Masjid ini terletak di utara Masjid Jum’ah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan periwayatan Islam, Malik Ibn Ijlan adalah seorang pemuda dari Bani Arab Saleem. Beliau juga termasuk dari para tokoh terkenal kaum Ansar (kaum asal penduduk Madinah). Anak Malik yang bernama Itban Ibn Malik telah meminta Nabi Muhammad SAW untuk datang kerumahnya bagi menunaikan solat sekaligus memohon agar rumahnya dijadikan Musolla bagi kaum Muslimin. Oleh yang demikian Nabi telah bersabda kepada Itban “InsyAllah saya akan lakukan”. Maka pada suatu pagi hari, Nabi Muhammad bersama Saidina Abu Bakar telah berangkat pergi ke rumah Itban, lalu Nabi Bersabda,”Di manakah tempat yang engkau mahu aku menunaikan solat?”. Maka Itban telah menunjukkan sudut yang dia kehendaki untuk Rasulullah bersolat dalam rumahnya, maka Rasulullah dan hadirin di rumahnya pun bersolat sunat 2 rakaat berjemaah.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Untuk penyataan hadis yang lebih lengkap berkenaan kisah ini, silakan merujuk Kitab Sahih Bukhari pada halaman 425.
Bacaan lanjutan
[sunting | sunting sumber]- Kitab Sahih Bukhari
- Buku Sejarah Madinah AlMunawwarah Bergambar, m/s 55 cetakan pertama 2005, nukilan Dr Muhammad Ilyas Abdul Ghani = ISBN 9960-49-447-0