Masjid Daerah Tuaran
Masjid Jamek an-Nur, Tuaran | |
---|---|
![]() Masjid an-Nur Daerah Tuaran | |
Maklumat am | |
Dibuka pada | 1999 |
Status | Masjid daerah |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Hj. Hashim Awang (Imam Besar) Hj. Razali Daud Junala Anding Bilin Muhidin (Imam Daerah Tuaran) (Timb. Imam Besar) |
Bilal | Suasin Langgun Hj. Junin Abdullah |
Maklumat geografi | |
Lokasi | Jalan Sekadar Batangan, Tuaran, Sabah |
Maklumat pembinaan | |
Bil. tingkat | 2 tingkat |
Bil. menara | 4 buah menara |
Kapasiti jemaah | Sekitar 2 000 jemaah |
Pemaju | Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) |
Laman sesawang | |
Laman web | |
sunting ![]() |
Masjid an-Nur, Daerah Tuaran, terletak di pekan Tuaran, Sabah. Mempunyai keluasan yang besar kira-kira satu kali ganda besar Masjid Negeri Sabah. Masjid Tuaran ialah masjid kedua terbesar di Sabah selepas Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang terletak di Kg. Likas.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Masjid ini telah dirasmikan pada tahun 1999 oleh Yang DiPertua Negeri Sabah ketika itu, Tun Sakaran Dandai, yang kini merupakan Presiden Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).
Kedudukan
[sunting | sunting sumber]Masjid ini terletak hanya 700 meter dari Pekan Tuaran, bersebelahan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chen Sin dan bertentangan dengan Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak (KKIA) Tuaran serta pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Tuaran. Masjid ini boleh dimasuki melalui dua pintu, sama ada melalui pintu utama di Jalan Sekadar Batangan atau melalui pintu belakang dari tanah lama Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tuaran. Biasanya, pintu utama dibuka setiap hari, manakala pintu belakang dibuka ketika hari Jumaat, 1 Syawal dan 10 Zulhijjah.
Afiliasi
[sunting | sunting sumber]Masjid ini mempunyai afiliasi dengan USIA, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), semuanya bercawangan di Tuaran.
Urustadbir
[sunting | sunting sumber]Masjid ini diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Masjid. Masjid ini dipimpin oleh Pengerusi Masjid dan dibantu oleh para ahli jawatankuasanya.
Bagaimanapun, operasi harian Masjid ini dijalankan oleh para Imam, Muazzin dan Siak. Masjid ini mempunyai seorang Imam Daerah dan 3 orang Imam Rawatib, di samping guru-guru agama yang membantu melancarkan operasi Masjid.
Penyeliaan masjid dijalankan oleh Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah Tuaran dan dibantu oleh Imam Daerah Tuaran.
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Masjid ini menyediakan banyak kemudahan untuk kegunaan orang ramai khususnya penduduk daerah Tuaran.
Dewan Solat
[sunting | sunting sumber]Dewan Solat terbahagi kepada Dewan Solat Utama dan Dewan Solat Wanita. Masjid ini mampu menampung seramai 1 500 hingga 2 000 orang jemaah pada satu-satu masa. Lazimnya, Dewan Solat akan penuh ketika Solat Fardhu Jumaat, Solat Sunat Tarawih (ketika Ramadhan) dan Solat Sunat 2 Hari Raya (Aidilfitri pada 1 Syawal dan Aidiladha pada 110 Zulhijjah).
Dewan Nurul Hikmah
[sunting | sunting sumber]Dewan Nurul Hikmah turut dikenali sebagai Dewan Hikmah. Dewan ini merupakan dewan serbaguna masjid. Dewan ini biasa digunakan dalam sambutan hari-hari kebesaran Islam di peringkat daerah Tuaran. Dewan ini mampu memuatkan 300 hingga 500 orang pada satu-satu majlis.
Dewan Syarahan
[sunting | sunting sumber]Dewan ini boleh memuatkan 100 hingga 300 orang pada satu-satu majlis. Biasanya, dewan ini digunakan oleh organisasi pendidikan untuk mengadakan pertandingan syarahan dan ceramah-ceramah.
Ruang pejabat dan bilik-bilik serbaguna
[sunting | sunting sumber]Masjid turut menyediakan 8 buah ruang pejabat dan bilik serbaguna sebagai memudahkan perjalanan fungsi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), logistik, pentadbiran dan operasi Masjid.
Bilik Mesyuarat
[sunting | sunting sumber]Masjid mengandungi 2 buah Bilik Mesyuarat yang biasanya digunakan untuk mengadakan mesyuarat mahupun aktiviti keagamaan. Bilik ini mampu memuatkan sekitar 100 orang dalam satu-satu masa.
Ruang-ruang tempat letak kenderaan
[sunting | sunting sumber]Masjid turut menyediakan beratus petak tempat letak kenderaan untuk memudahkan orang awam menziarahi masjid untuk beribadah dan beristirehat.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Masjid an-Nur
- Jalan Sekadar Batangan
- Peti Surat 495
- 89208 Tuaran, Sabah.
- Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Daerah Tuaran
- Tingkat 1, Bangunan Lama Urusetia Daerah Tuaran
- Peti Surat 52
- 89207 Tuaran, Sabah.
- Imam Daerah: 088-788235