Masjid Angullia
Penampilan
Masjid Angullia مسجد أنجليا | |
---|---|
Maklumat geografi | |
Negara | Singapura |
Lokasi | Little India |
Koordinat | 1°18′39″N 103°51′15″E / 1.310718°N 103.854042°EKoordinat: 1°18′39″N 103°51′15″E / 1.310718°N 103.854042°E |
Lokasi | |
sunting |
Masjid Angullia ialah salah satu masjid yang terletak di kawasan Little India, Singapura. Masjid yang terletak di Serangoon Road ini menjadi tumpuan pekerja-pekerja dari India dan Bangladesh dan juga menjadi markaz Jemaah Tabligh yang berhimpun setiap malam Jumaat. Masjid ini memenuhi kehendak penganut Islam yang bermazhab Hanafi.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Masjid yang dibina di atas tanah wakaf ini dinamakan sempena nama pengasasnya, Mohammed Salleh Eussoof Angullia, seorang pedagang dari Gujarat, India yang telah datang ke Singapura pada tahun 1850. Tanah masjid ini telah dibeli oleh Mohammed Salleh pada 1890. Masjid ini dibina oleh keluarga Angullia pada 1970 dan keluarga ini masih menjadi penaung masjid.