Pergi ke kandungan

Masjid Al-Husna Bandar Tenggara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Al Husna
مسجد الحسنى بندر تڠڬارا
Maklumat am
Nama tempatanBandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor.
Cabang/mazhabAhli Sunnah Wal Jamaah al-Asya'irah wal Maturidiyyah / Mazhab As-Syafi'i
Dibuka pada29 Ogos 1995
StatusMasjid Kerajaan Negeri
Maklumat pentadbiran
ImamFarhan bin Mohd Salih Al-Haj (Imam Besar)
Mohd Fariz Izzuddin bin Ismail (Timb. Imam Besar)
Mohd Aminul Amin bin Hamzah Rahman 2017
BilalAbdul Rahman bin Wahid
Khairul Faeeze bin Mohd Pauzi
PengerusiKadi Daerah Kota Tinggi
Dimiliki olehJabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) No Daftar: MY-01-KTG-00002
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriJohor
DaerahKota Tinggi
LokasiMasjid Al Husna, Jalan Dato' Sri Amar, 81440 Bandar Tenggara, Johor.
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1 kubah besar / 2 kubah kecil
Bil. tingkat1 tingkat
Bil. menara1 Menara
Kapasiti jemaah3000
PemajuKEJORA
Laman sesawang
[1]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Fail:Surau almuttaqin.jpg
Tapak Masjid Jamik Bandar Tenggara yang telah diganti kepada Surau Al-Muttaqin

Masjid Al-Husna Bandar Tenggara (Jawi:ﻣﺴﺟﺪالحسنى بندر تڠڬارا) Pada peringkat awalnya lebih dikenali dengan nama Masjid Jamik Bandar Tenggara. Masjid Jamik Bandar Tenggara pada ketika itu adalah sebuah masjid kecil yang terletak di kawasan zon perniagaan. Kemudiannya. Masjid Jamik Bandar Tenggara telah berpindah ke tapak yang sedia ada sekarang ini pada 29 Ogos 1995. Tapak lama Masjid Jamik Bandar Tenggara telah digantikan dengan pembinaan baru surau yang dinamakan Surau Al-Muttaqin.

Pembinaan

[sunting | sunting sumber]

Kompleks masjid yang baru telah dibina oleh pihak Lembaga Bandaran Johor Tenggara (KEJORA) dengan kos pembiayaan sebanyak RM 1.7 juta. Kemudian pada tahun 1997, sekali lagi kompleks Masjid Jamik Bandar Tenggara telah diperbesarkan dengan tambahan kos sebanyak RM 1 juta.

Fail:Masjid al-husna.jpg
Masjid Al-Husna sekarang

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mac 1996, pihak KEJORA telah menyerahkan pentadbiran masjid kepada Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Johor. Dengan pertukaran pentadbiran masjid kepada Jabatan Agama Johor, rumah kakitangan masjid telah dibina sebanyak sepuluh unit bersebelahan dengan kompleks masjid dengan tambahan kos RM 600 ribu. Masjid Jamik Bandar Tenggara telah siap dibina sepenuhnya pada 30 September 1997 dan kini mampu menampung seramai 2,500 jamaah dalam satu-satu masa.

Perasmian

[sunting | sunting sumber]

Pada 30 November 2003 bersamaan 25 Ramadhan 1423 Hijrah, Masjid Jamik Bandar Tenggara telah selamat dirasmikan oleh YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi KEJORA. Dengan perasmian tersebut, nama Masjid Jamik Bandar Tenggara telah secara rasmi ditukar kepada Masjid Al-Husna Bandar Tenggara.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]