Masashi Hamauzu
Masashi Hamauzu | |
---|---|
Genre | Klasik, ambien, elektronik |
Pekerjaan | Penyusun muzik |
Instrumen | Piano, vokal |
Tahun aktif | 1996–kini |
Syarikat rakaman | NTT Publishing DigiCube Square Enix Nippon Crown |
Masashi Hamauzu (浜渦正志 , Hamauzu Masashi, lahir September 20, 1971) adalah seorang penyusun muzik permainan video berbangsa Jepun yang telah berkerja di Square Enix dari tahun 1996 hingga 2010. Dia terkenal dengan kerjanya sebagai penyusun muzik Final Fantasy dan siri SaGa. Lahir dalam keluarga muzik di Jerman, Hamauzu dibesarkan di Jepun. Dia mulai minat muzik semasa bersekolah di tadika, dan mendapat latihan muzik dari ibubapanya.
Hamauzu diambil bekerja dengan Square (kini Square Enix) sebagai pelatih, dan seterusnya mula menyusun muzik dengan sendirinya pada tahun berikut dengan susunanChocobo no Fushigina Dungeon. Dia bekerja bersama rakan sekerjanya Junya Nakano dalam menyusun muzik beberapa permainan video dan bekerjasama dengan pengatucara synthesizer Ryo Yamazaki dalam kebanyakan tajuk semenjak SaGa Frontier 2.
Selepas Nobuo Uematsu meninggalkan Square Enix pada tahun 2004, Hamauzu mengambil alih sebagai penyusun muzik utama syarikat itu. Dia merupakan penyusun tunggal untukFinal Fantasy XIII dan juga telah menjadi penyusun piano yang terkenal dengan beberapa album, termasuk Sailing to the World oleh Yasunori Mitsuda pada tahun 2006. Musiknya mempunyai elemen-elemen muzik klasik dan muzik ambien dan pada tahun 2010, dia meninggalkan Square Enix untuk memulakan studionya yang tersendiri, Monomusik.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Lahir di Munich, Jerman, ibu Masashi Hamauzu merupakan guru piano dan bapanya, Akimori Hamauzu pula, merupakan penyanyi opera.[1][2] Dia mula menunjukkan minatnya dalam bidang muzik semasa zaman persekolahan tadika lagi.[3] Hamauzu membesar di Jerman dan mendapat bimbingan piano dan nyanyian daripada ibubapanya dan mula mencipta karangan muziknya yang tersendiri di sekolah menengah. Selepas adiknya lahir, keluarganya telah berpindah ke Osaka, Jepun. Dia telah menjadi pelajar di Universiti Kesenian Tokyo sebagai pelajar piano. Beliau telah berjumpa dengan bakal isterinya, Matsue Fukushi, di universiti itu, dan mereka mempunyai dua anak. Matsue bekerja bersama Hamauzu dalam pembikinan lagu Final Fantasy VII sebagai penyanyi soprano dan juga lagu Sigma Harmonics sebagai penyanyi scat; dia juga merupakan soprano kepada muzik Final Fantasy VIII dan merupakan penyanyi vokal utama dalam Final Fantasy XIII. Selepas menamatkan pengajiannya di universiti itu, dia telah berfikir seketika untuk menjadi ahli muzik klasik, tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk menggubah lagu permainan video.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Oleh kerana beliau seorang peminat permainan video Final Fantasy,[4] Hamauzu memilih untuk memohon bekerja di Square. Nobuo Uematsu kagum dengan résuménya, dan memberikan Hamauzu jawatan sebagai pelatih pada tahun 1996.[1] Beliau mula menggubah muzik dengan permainan video tahun 1996 bertajuk Front Mission: Gun Hazard, dengan Uematsu, Yasunori Mitsuda, dan Junya Nakano.[5] Kemudian pada tahun yang sama, dia menggubah empat lagi trek untuk permainan video Tobal No. 1.[6] Setelah berkerjasama dengan Nakano dalam pembikinan permainan-permainan video itu, Hamauzu mengagumi gaya muziknya, dan mereka menjadi rakan yang kemudiannya bekerjasama pada beberapa tajuk yang lainnya.[1] Peluang Hamauzu untuk menunjukkan bakatnya secara kendiri muncul pada tahun 1997 dengan Chocobo no Fushigina Dungeon.[7] Tidak lama selepas permainan itu dilancarkan, Hamauzu dan Yasuo Sako mencipta Chocobo no Fushigina Dungeon Coi Vanni Gialli, iaitu satu album gubahan yang mempunyai beberapa trek orchestra dari muzik permainan berkenaan.[8] Kedua-dua soundtrack dan Coi Vanni Gialli mendapat kepujian. Untuk Final Fantasy VII, Hamauzu merupakan pengatucara synthesizer untuk lagu "The Creation" Joseph Haydn dan menyumbang vokal bes dalam korus lapan orang "One-Winged Angel".[1]
Pada tahun 1999, Hamauzu ditugaskan dengan menggubah muzik bagi permainan SaGa Frontier 2 menggantikan Kenji Ito iaitu penyusun muzik siri SaGa yang sebelumnya.[9] Dia cuba membiasakan dirinya dengan gaya muzik yang Ito telah menetapkan untuk siri itu, akan tetapi kemudiannya sedar bahawa dirinya mahu mengikut gayanya yang tersendiri. Projek itu telah memberikannya peluang untuk mengenali pengaturcara synthesizer Ryo Yamazaki yang berkerja dengannya dalam kebanyakan soundtracknya kemudian.[1] Hamauzu juga menerbitkan Piano Pieces "SF2" ~ Rhapsody on a Theme of SaGa Frontier 2, susunan album yang mempamerkan versi piano permainan itu.[10] Pada tahun 2001, Hamauzu dan Nakano dipilih untuk membantu Uematsu dalam produksi Final Fantasy X,[11][12] berdasarkan kebolehan mereka untuk menggubah lagu yang berlainan daripada gaya Uematsu.[13] Hamauzu juga menyumbangkan susunan album Piano Collections permainan video itu yang disifatkannya tugasan paling mencabar, dan treknya mempunyai "feel", gubahan lagu "Hymn of the Fayth", daripada EP feel/Go dream: Yuna & Tidus.[1]
Pada tahun 2002, Hamauzu menggubah muzik untuk permainan Unlimited Saga yang mendapat sambutan negative daripada pengkritik disebabkan beberapa masalah dengan masamainnya.[14][15] Dia menjadi penggubah utama Square Enix para bulan Oktober 2004 selepas perletakan jawatan itu oleh Uematsu. Pada tahun 2005, Hamauzu, Nakano, dan kedua-dua Wavelink Zeal (Takayuki dan Yuki Iwai) menggubah Musashi: Samurai Legend, sekuel kepada permainan tahun 1998 Brave Fencer Musashi.[16] Hamauzu juga menggubah untuk sekuel Final Fantasy VII iaitu Dirge of Cerberus: Final Fantasy VII in 2006 yang dikatatakan tidak berjaya.[17][18] Kemudian pada tahun yang sama, dia menggubah untuk siri Sailing to the World Piano Score atas permintaan Mitsuda;[19] dan album itu mendapat sambutan pelbagai pemain piano sekaligus mengesahkan kedudukan Hamauzu sebagai penyusun muzik piano utama permainan video.[1]
Hamauzu menerbitkan album tunggal, Vielen Dank, pada tahun 2007 selepas merakamnya di Munich, Jerman. Album itu merangkumi sebelas gubahan piano yang disusun secara sendirinya selepas penciptaan Piano Pieces "SF2" ~ Rhapsody on a Theme of SaGa Frontier 2 dan juga 14 susunan muzik permainan videonya.[20] Dua trek daripada album tersebut dimainkan di Symphonic Game Music Concert di Leipzig pada tahun 2007.[21] Pada tahun 2008, dia menyusun soundtrack untuk Sigma Harmonics[22] dengan pengatucara synthesizer Mitsuto Suzuki berbanding Yamazaki.[1] Pada E3 di tahun 2006, satu konferens media Square Enix memberitahu bahawa Hamauzu akan kembali menyusun muzik bagi siri Final Fantasy dengan menyusun muzik untuk Final Fantasy XIII secara sendiri.[23] Kemudiannya dia meninggalkan Square Enix pada Januari 19, 2010.[24] Dia menubuhkan studionya sendiri, Monomusik, yang disifatkannya studio perseorangan yang tidak termasuk mana-mana penyusun muzik yang lain.[25]
Jenis dan pengaruh muzik
[sunting | sunting sumber]Hamauzu menggubah muzik dalam pelbagai bentuk, dan seringkali memasukkan kepelbagaian dalam gubahannya. Dia lazimnya mencipta muzik klasik dan muzik ambien, dan menggunakan piano sebagai instrumen muziknya yang utama. Dia sering memasukkan disonansi untuk mewujudkan kesan atmospherik.[26] Dalam permainan video Unlimited Saga, umpamanya, gaya gubahannya mencampuradukkan arakan klasik, muzik tango, ambien elektronik, instrumental solo, dan jazz.[27]
Dia memetik penggubah-penggubah Hiroshi Miyagawa dan Ryuichi Sakamoto dari Yellow Magic Orchestra,[3] penggubah impresionis Maurice Ravel dan Claude Debussy,[1] dan bapanya sebagai pengaruh-pengaruh utamanya.[28] Semasa zaman kanak-kanaknya, dia gemarkan muzik Sakamoto and Miyagawa. Semasa meneruskan pengajiannya di universiti, dia mendapat minat dalam muzik klasik, terutama gubahan-gubahan Ravel dan Debussy.[1]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k Totz; Chris. "Masashi Hamauzu :: Biography". Square Enix Music Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-22. Dicapai pada 2008-12-08.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-10. Dicapai pada 2011-04-08.
- ^ a b "Interview with Masashi Hamauzu (RocketBaby - February 2002)". Square Enix Music Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-20. Dicapai pada 2008-12-15.
- ^ Uematsu, Nobuo; Hamauzu, Masashi; Nakano, Junya. Final Fantasy X Original Soundtrack liner notes. DigiCube. August 1, 2001. SQEX-10013. transcript Diarkibkan 2008-12-16 di Wayback Machine. Retrieved on December 16, 2008.
- ^ "Front Mission Gun Hazard Tech Info". GameSpot. Dicapai pada 2008-12-15.
- ^ "Tobal No. 1 Tech Info". GameSpot. Dicapai pada 2008-12-15.
- ^ "Interview with Masashi Hamauzu (RocketBaby - September 2003)". Square Enix Music Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-08. Dicapai pada 2008-12-15.
- ^ Thomas, Damian. "Chocobo's Mysterious Dungeon ~Coi Vanni Gialli~". RPGFan. Dicapai pada 2008-12-15.
- ^ "SaGa Frontier 2 Tech Info". GameSpot. Dicapai pada 2008-12-16.
- ^ Gann, Patrick. "Piano Pieces "SF2" ~ Rhapsody on a Theme of SaGa Frontier 2". RPGFan. Dicapai pada 2008-12-16.
- ^ Smith, David (2001-12-18). "Final Fantasy X Review". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-18. Dicapai pada 2008-12-16.
- ^ "Final Fantasy X (ps2: 2001: Reviews". Metacritic. Dicapai pada 2008-12-16.
- ^ "Interview by )RocketBaby.net". nobuouematsu.com. Dicapai pada 2009-06-22.
- ^ Shoemaker, Brad (2003-06-17). "Unlimited Saga Review". GameSpot. Dicapai pada 2008-12-15.
- ^ "Unlimited SaGa (ps2: 2003): Reviews". Metacritic. Dicapai pada 2008-12-16.
- ^ "Musashi: Samurai Legend Tech Info". GameSpot. Dicapai pada 2008-12-15.
- ^ "Dirge of Cerberus: Final Fantasy VII Tech Info". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-03. Dicapai pada 2008-12-15.
- ^ "Dirge of Cerberus: Final Fantasy VII (ps2: 2006): Reviews". Metacritic. Dicapai pada 2008-12-16.
- ^ Gann, Patrick. "Sailing to the World Piano Score". RPGFan. Dicapai pada 2008-12-15.
- ^ Gann, Patrick. "Vielen Dank - Masashi Hamauzu". RPGFan. Dicapai pada 2008-12-15.
- ^ "Masashi Hamauzu's music to be performed in Leipzig". VGMConcerts.com. 2007-04-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-12. Dicapai pada 2008-12-14.
- ^ "Sigma Harmonics Tech Info". GameSpot. Dicapai pada 2008-12-15.
- ^ Gantayat, Anoop (2006-05-09). "E3 2006: FFXIII Staff Check". IGN. Dicapai pada 2008-12-15.
- ^ Chris (2010-01-19). "FFXIII's Masashi Hamauzu Leaves Square Enix". Square Enix Music Online. Dicapai pada 2010-01-20.
- ^ Napolitano, Jayson (2010-09-28). "Masashi Hamauzu Talks Final Fantasy XIII and MONOMUSIK". Original Sound Version. Dicapai pada 2010-09-28.
- ^ Schweitzer, Ben; Gaan, Patrick. "Final Fantasy X OST". RPGFan. Dicapai pada 2008-12-16.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Tittsworth, Jeff; McCawley, James. "UNLIMITED:SaGa OST". RPGFan. Dicapai pada 2008-12-17.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "Masashi Hamauzu". Square Enix Music Online. Dicapai pada 2008-12-16.
- ^ http://monomusik.com/works.html
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman Sesawang Rasmi Masashi Hamauzu (Jepun)
- Profil Muzik Square Enix Jepun Diarkibkan 2009-08-07 di Wayback Machine (Jepun)
- Profil Muzik Square Enix Amerika Utara (Inggeris)