Pergi ke kandungan

Marsyal pasukan cawangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marsyal pasukan cawangan
Marshal roda voysk

Contoh insignia papan bahu bagi Marsyal Pasukan Armor (1943-55)


Bintang Marsyal kecil (sejak tahun 1943)

Negara Kesatuan Soviet
Cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Soviet
Pangkat Pangkat empat bintang
Diperkenalkan 1943
Dimansuhkan 1993
Persamaan
NATO
OF-9
Pangkat tinggi seterusnya Ketua Marsyal pasukan cawangan
Pangkat rendah seterusnya

Kolonel Jeneral

Persamaan pangkat Jeneral Ketumbukan (Soviet)
Marsyal Udara Alexander Yefimov
Pakaian seragam marsyal artileri Grigoriy Fedorovich Odinzov (1900—1972)
Muzium sejarah tentera, St. Petersburg

Marsyal pasukan cawangan (atau "marsyal cabang tentera"; Rusia: Ма́ршал ро́да во́йск; Marshal roda voysk) adalah nama bagi kelas pangkat yang berasingan dari tahun 1943 hingga 1974 dalam kumpulan pegawai jeneral angkatan tentera bekas Soviet Union.

Bagaimanapun, pada ketika itu, marsyal pasukan cabang juga merupakan pangkat marsyal paling rendah dalam Tentera Merah, dan kemudian Tentera Darat Soviet. Dalam konteks moden, ia mungkin setanding dengan pangkat NATO OF-9.[1]

Marsyal pasukan cabang adalah pangkat nominal yang setaraf dengan jeneral ketumbukan (OF-9). Namun, pegawai jeneral tersebut pada pangkat tertentu tidak diberi kuasa, kelayakan dan mandat untuk dilantik ke, atau memangku jawatan panglima tertinggi sesebuah formasi atau markas yang besar.

Pengenalan dan turutan pangkat

[sunting | sunting sumber]

Istilah "marsyal pasukan cawangan" adalah hasil pinjam terjemah dari bahasa Jerman General der Waffengattung (Jeneral pasukan cawangan). Para pegawai jeneral pertama tentera udara, artileri, dan pasukan armor telah dinaikkan pangkat pada 16 Januari 1943 dibawah nama pangkat:[2]

  • Marsyal Udara (маршал авиации)
  • Marsyal Artileri (маршал артиллерии)
  • Marsyal Pasukan Armor (маршал танковых войск)

Pada Oktober 1943, ia diikuti oleh cawangan semboyan dan jurutera dengan pangkat:

  • Marsyal Pasukan Semboyan (маршал войск связи)
  • Marsyal Pasukan Jurutera (маршал инженерых войск)

Pangkat atas dari kumpulan tersebut ialah ketua marsyal pasukan cawangan dengan nama:[3]

  • Ketua marsyal udara (главный маршал авиации)
  • Ketua marsyal artileri (главный маршал артиллерии)
  • Ketua marsyal pasukan armor (главный маршал танковых войск)
  • Ketua marsyal pasukan semboyan (главный маршал войск связи)
  • Ketua marsyal pasukan jurutera (главный маршал инженерных войск)

Lima pangkat marsyal pasukan cawangan, serta ketua marsyal pasukan cawangan telah diletakkan di peringkat OF-9.

Turutan pangkat
Pangkat rendah:
Kolonel Jeneral
(Генерал-полковник)
Jeneral Ketumbukan
(Генерал армии)

Marsyal pasukan cawangan
(Ма́ршал ро́да во́йск)

Pangkat tinggi:
Ketua Marsyal pasukan cawangan

(Главный ма́ршал ро́да во́йск)

Jenis-jenis Marsyal pasukan cawangan

[sunting | sunting sumber]

Papan bahu & epaulet

[sunting | sunting sumber]
Nama Marsyal pasukan cawangan
... bagi
pakaian
istiadat
Papan bahu 1943 – 1955
... bagi
pakaian / kerja
tempur
... bagi
pakaian
istiadat
Papan bahu 1955 – 1974
Nama pangkat Marsyal
 artileri
Marsyal
 udara
Marsyal
 pasukan armor
Marsyal
 pasukan
semboyan
Marsyal
 pasukan
jurutera
Lambang
Persamaan NATO OF-9

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Sumber / rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ The abbreviation "OF" stands for German Offizier, English officer or French officier
  2. ^ Disposal of the "Presidium of the Supreme Soviet" from January 16, 1943 … on introduction of the new of ranks marshal of the aviation, marshal of the artillery and marshal of the armored troops.
  3. ^ Disposal of the "Presidium of the Supreme Soviet" from October 9, 1943 … on introduction of the ranks of marshal of the communications troops and marshal of the engineer troops, as well as the introduction of the rank of chief marshal of the branch.