Pergi ke kandungan

Markas Strategik Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Markas Pemerintahan Strategik Amerika Syarikat
Lambang Markas Strategik AS
Aktif1 Jun 1992 - kini
Negara Amerika Syarikat
JenisMarkas Medan Fungsional
PerananPencegahan strategik, serangan global, amaran strategik, pertahanan peluru berpandu bersepadu, C4ISR global
Sebahagian daripada Jabatan Pertahanan
IbupejabatPangkalan Tentera Udara Offutt, Nebraska, A.S.
Nama samaranSTRATCOM, USSTRATCOM
MotoPeace is our Profession
Komander
Komander
terkini
Jeneral Anthony J. Cotton, USAF

Markas Pemerintahan Strategik Amerika Syarikat (USSTRATCOM) adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Beribupejabat di Pangkalan Tentera Udara Offutt, Nebraska, USSTRATCOM bertanggungjawab bagi pencegahan strategik, serangan global, dan mengendalikan Grid Maklumat Global Jabatan Pertahanan. Ia juga menyediakan hos keupayaan untuk membantu markas medan lain, termasuk amaran strategik; pertahanan peluru berpandu bersepadu; dan perintah, kawal, komunikasi, komputer, risikan, pemantauan, dan peninjauan ("command, control, communications, computers, intelligence, surveillance, reconnaissance" atau singkatan C4ISR) global. Markas dinamik ini memberikan pimpinan negara satu sumber bersepadu untuk pemahaman yang lebih baik mengenai ancaman tertentu di seluruh dunia dan cara untuk bertindak balas terhadap ancaman tersebut dengan cepat.[1][2]

Markas Strategik telah ditubuhkan pada tahun 1992 untuk menggantikan Markas Udara Strategik (SAC). Pada Oktober 2002, ia digabungkan dengan Markas Angkasa Amerika Syarikat (USSPACECOM). Ia menggunakan lebih kurang 2,700 orang, mewakili keempat-empat cabang tentera, termasuk orang awam DoD dan kontraktor.

Markas Strategik adalah salah satu dari tiga Markas Medan Bersepadu yang disusun mengikut asas kefungsian. Enam markas yang lain disusun mengikut asas geografik. Struktur markas tempur tentera bersepadu dicadangkan untuk memberi Presiden dan Setiausaha Pertahanan satu sumber bersepadu bagi memahami ancaman besar tertentu diseluruh dunia dan bertindak balas terhadap ancaman-ancaman tersebut dengan pantas.

Senarai Panglima

[sunting | sunting sumber]
  Foto Nama Mula Tamat
1. Jeneral George L. Butler, USAF Jun 1992 14 Februari 1994
2. Laksamana Henry G. Chiles, Jr., USN 14 Februari 1994 21 Februari 1996
3. Jeneral Eugene E. Habiger, USAF 21 Februari 1996 1 Ogos 1998
4. Laksamana Richard W. Mies, USN 1 Ogos 1998 2002
5. Laksamana James O. Ellis, Jr., USN 2002 9 Julai 2004
6. Jeneral James E. Cartwright, USMC 9 Julai 2004 (pemangku)
1 September 2004
10 Ogos 2007
Pemangku Lt. Jen C. Robert Kehler, USAF 10 Ogos 2007 3 Oktober 2007
7. Jeneral Kevin P. Chilton, USAF 3 Oktober 2007 28 Januari 2011
8. Jeneral C. Robert Kehler, USAF 28 Januari 2011 15 November 2013
9. Laksamana Cecil D. Haney, USN 15 November 2013 3 November 2016
10. Jeneral John E. Hyten, USAF 3 November 2016 Penjawat kini

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "About". www.stratcom.mil.
  2. ^ "History". www.stratcom.mil.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]