March 8, The Day Malaysia Woke Up
Umum | |
---|---|
Pengarang | Kee Thuan Chye |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Genre | Politik |
Penerbitan | |
Penerbit | Marshall Cavendish |
Tarikh penerbitan | 2008 |
Jenis media | Cetakan |
Halaman | 324 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 9673035113 |
March 8, The Day Malaysia Woke Up (bahasa Melayu: 8 Mac, Pada Hari Malaysia Bangkit) ialah buku tentang hari bersejarah apabila Barisan Nasional, parti pemerintah, hilang majoriti dua pertiganya yang tradisional dalam Parlimen buat pertama kali dalam melebihi 50 tahun kemerdekaan,[bila?] serta perubahan yang mengiringinya. Buku ini mengandungi pandangan-pandangan rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat. Disusun oleh wartawan-penulis-pelakon-dramatis Kee Thuan Chye, buku ini diterbitkan oleh Marshall Cavendish pada 2008. Setakat ini,[bila?] melebihi 3,000 naskhah buku telah dijual dan cetakan kedua kini dirancang.[1]
Kandungan
[sunting | sunting sumber]Buku tersebut mengandungi sembilan wawancara eksklusif dengan tokoh utama yang mewakili berbagai-bagai kedudukan dalam masyarakat:
- Ani Arope - bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad
- Chong Cheng Hai - Pemangku Ketua Penyunting untuk The Sun
- Husam Musa - Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
- Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang
- Dr. Lim Teck Ghee - Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah untuk Centre for Policy Initiatives Bhd
- Raja Petra Kamarudin dari Malaysia Today
- Dr. S. Subramaniam dari Kongres India Malaysia (MIC)
- Steven Gan dari Malaysiakini dan
- Zaid Ibrahim - Senator dalam Dewan Negara dan bekas Menteri Undang-undang de facto.
Selain daripada wawancara, buku setebal 324 halaman dan berharga RM39.90 juga mengandungi 34 rencana tambahan yang membayangkan fikiran dan cita-cita pelbagai penulis daripada semua bangsa dan lapisan masyarakat tentang tema-tema yang berkenaan dengan bentuk politik yang menyusuli peristiwa 8 Mac. Sesetengah tajuk rencananya adalah seperti yang berikut:
- One Hundred-Odd Days After March 8, disusun oleh kedua-dua anak Kee, iaitu Soraya Sunitra Kee Xiang Yin dan Jebat Arjuna Kee Jia Liang
- The Racial Bias of Utusan Malaysia, sebuah laporan oleh Yip Wai Fong dari Centre of Independent Journalism (Pusat Kewartawanan Bebas)
- For the Sake of the Common People, oleh Kua Kia Soong
- Do We Really Need the NEP? oleh Yazmin Azman
- The End of Fear, oleh Kam Raslan
- A Blow to Bad Governance, oleh Ooi Kee Beng
- A Tale of Two Malaysias, oleh Wong Chin Huat dan Oon Yeoh
- Penang Back to the Future, oleh Anil Netto
- We Need to Correct, Correct, Correct the Judiciary, oleh Azmi Sharom
Ulasan dan pendapat
[sunting | sunting sumber]Sungguhpun buku ini telah menerima pujian pada umumnya, para pengkritik mendebatkan bahawa ia tidak memberikan gambaran yang seimbang terhadap pandangan rakyat, khususnya mereka yang percaya bahawa apa yang berlaku pada 8 Mac bukannya sesuatu kejadian yang memanfaatkan negara.[1] Sebagai pertahanan, Kee berkata: "Semasa saya menyusun buku ini, saya berhubung dengan banyak orang. Akan tetapi tiadanya seorang pun yang berkata bahawa 8 Mac adalah tidak baik kepada negara. Jika adanya orang yang berkata sedemikian, saya pasti akan memasukkan ulasan mereka walaupun pandangan mereka tidak sepadan dengan tesis utama buku ini." [1] Nada prakata serta kelima-lima rencana yang ditulis oleh Kee sendiri jelas menyokong pendiriannya bahawa buku ini tidak menyokong mana-mana parti politik.[perlu rujukan] Sebagai wartawan selama melebihi 30 tahun, Kee mendakwa bahawa beliau tidak mempercayai penapisan atau pemutarbalikan berita supaya menyebelahi sesuatu pihak, lalu menyatakan bahawa tujuan buku ini sebenarnya adalah untuk menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini telah menyedari maksud dan amalan demokrasi sebenar.