Pergi ke kandungan

Maraton Boston 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maraton Boston 2013 berlansung di Boston, Massachusetts pada hari Isnin 15 April 2013. Ia adalah edisi ke-117 bagi maraton yang disertai ramai ini. Dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Boston, ia merupakan siri World Marathon Majors yang pertama berlansung dalam tahun 2013. Hanya kurang daripada 27,000 orang pelari menyertainya. Lelisa Desisa telah memenangi bahagian lelaki dengan catatan masa 2:10:22 manakala Rita Jeptoo memenangi bahagian wanita dengan catatan masa 2:26:25. Lebih daripada $800,000 wang ganjaran telah dianugerahkan.[1]

Maraton ini telah diganggu oleh dua letupan berturut-turut di laluan jalan kaki berhampiran dengan garisan penamat, yang telah membunuh tiga orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 144 orang.

  1. ^ Mark Memmott (15 April 2013). "Africans Win At Boston Marathon". NPR. Dicapai pada 15 April 2013.