Pergi ke kandungan

Manyōgana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Waka dalam manyōgana. Karya penyair wanita Nukata no Ōkimi.

Manyōgana (万葉仮名, Man'yōgana, "kana Manyōshū"), magana (真仮名) atau shakuji (借字) adalah salah satu jenis gaya penulisan menerapkan aksara Cina untuk melambangkan bunyi bahasa Jepun sambil mengabaikan sebahagian besar maksud asal dikandung aksara tersebut. Ia dipakai dalam penulisan di Jepun dari zaman Asuka pada akhir abad ke-6 hingga zaman Nara awal abad ke-8. Ia dapat ditulis dengan gaya standar atau hampir bebas berangkai. Ciri khas manyōgana adalah penggunaan satu aksara untuk satu suku kata, dan maksud yang dikandung masing-masing aksara umumnya diabaikan.

Penulisan ini paling utamanya digunakan untuk menulis Manyōshū, suatu himpunan sajak lama pada zaman kedua disebut yang memberi nama kepada sistem ini. Selain itu juga, ia dipakai untuk menulis bahagian waka dan penjelasan cara membaca dalam Kojiki dan Nihon Shoki: manyōgana dalam Kojiki dibaca menurut pelafalan Dinasti Wu (go-on) sementara manyōgana Nihon Shiki dibaca menurut pelafalan Dinasti Han (kan-on).[1] Dalam buku Manyō Yōjikaku terbitan tahun 1818, ahli kokugaku dari zaman Edo bernama Shuntō Shōnin menggolongkan manyōgana berdasarkan bunyi aksara dalam susunan gojūon. Berdasarkan asal usul bentuk aksara, Shuntō Shōnin menemukan 973 jenis aksara Tionghua yang dipakai dalam Kojiki, Nihon Shoki, dan Manyōshū.

Peringkasan daripada bentuk aksara digunakan dalam penulisan ini lama-kelamaan melahirkan dua urutan aksara khas untuk mewakili sebutan asal dalam bahasa Jepun iaitu hiragana dan katakana yang berkembang pada zaman Heian.

Pemakaian manyōgana di Manyōshū dan Nihon Shoki sudah begitu sistematis dan teratur, dan hingga kini tidak diketahui bilakah manyōgana mula digunakan di Jepun. Berdasarkan naskhah yang disimpan Shōsōin dan artefak papan kayu bertulis (mokkan), manyōgana diperkirakan sudah digunakan di Jepun pada sekitar abad ke-7.

Tapak arkeologi Istana Naniwa di daerah Chūō, Osaka ditemukan papan kayu bertulis yang berasal dari sebelum tahun 652. Papan kayu bertulis tersebut berisi 11 aksara Tionghua pertama dari sebuah waka yang ditulis secara manyōgana: 皮留久佐乃皮斯米之刀斯 (Haru kusa no hajime no toshi, maksud: Tahun pertama tanaman musim bunga).

Berdasarkan bukti yang lebih tua berupa Pedang Inariyama yang ditemukan di Makam Kuno Inariyama, aksara Tionghua diperkirakan sudah dipakai untuk menulis bunyi bahasa Jepung sejak abad ke-5. Pedang tersebut bertuliskan aksara Tionghua yang juga hanya dipakai untuk melambangkan bunyi; ukiran pada pedang ini antara lain bertuliskan nama Maharaja Wakatakeru (獲加多支鹵大王), nama yang dipercayai gelaran lain untuk Maharaja Yūryaku.

  1. Shaku-on kana (借音仮名): kanji yang dipakai berdasarkan sebutan Cina (on'yomi) untuk aksara tersebut:
    • Satu aksara melambangkan satu bunyi (satu suku kata)
    Keseluruhan bunyi aksara: 以 (i), 呂 (ro), 波 (ha)
    sebahagian bunyi aksara: 安 (a), 楽 (ra), 天 (te)
    • Satu aksara melambangkan dua bunyi (dua suku kata)
    信 (shina), 覧 (ramu), 相 (saga).
  2. Shakkun kana (借訓仮名): kanji yang dipakai berdasarkan ucapan Jepin (kun'yomi) untuk aksara tersebut:
    • Satu aksara untuk satu bunyi (satu suku kata)
    Keseluruhan bunyi aksara: 女 (me), 毛 (ke), 蚊 (ka)
    sebahagian dari bunyi aksara: 石 (shi), 跡 (to), 市 (chi)
    • Satu aksara melambangkan dua bunyi (dua suku kata)
    蟻 (ari), 巻 (maku), 鴨 (kamo)
    • Satu aksara melambangkan tiga bunyi (tiga suku kata)
    慍 (ikari), 下 (oroshi), 炊 (kashiki)
    • Dua aksara melambangkan satu bunyi (satu suku kata)
    嗚呼 (a), 五十 (i), 可愛 (e), 二二 (shi), 蜂音 (bu)
    • Tiga aksara melambangkan dua bunyi (dua suku kata)
    八十一 (kuku), 神楽声 (sasa).
Jadual aksara wakil bunyi dalam manyōgana Satu aksara melambangkan satu suku kata
vokal akhir \ konsonan awal k s t n f m y r w g z d b
a 阿安英足 可何加架香蚊迦 左佐沙作者柴紗草散 太多他丹駄田手立 那男奈南寧難七名魚菜 八方芳房半伴倍泊波婆破薄播幡羽早者速葉歯 万末馬麻摩磨満前真間鬼 也移夜楊耶野八矢屋 良浪郎楽羅等 和丸輪 我何賀 社射謝耶奢装蔵 陀太大嚢 伐婆磨魔
i1 伊怡以異已移射五 支伎岐企棄寸吉杵來 子之芝水四司詞斯志思信偲寺侍時歌詩師紫新旨指次此死事准磯為 知智陳千乳血茅 二人日仁爾迩尼耳柔丹荷似煮煎 比必卑賓日氷飯負嬪臂避臂匱 民彌美三水見視御 里理利梨隣入煎 位為謂井猪藍 伎祇芸岐儀蟻 自士仕司時尽慈耳餌児弐爾 遅治地恥尼泥 婢鼻弥
i2 貴紀記奇寄忌幾木城 非悲斐火肥飛樋干乾彼被秘 未味尾微身実箕 疑宜義擬 備肥飛乾眉媚
u 宇羽于有卯烏得 久九口丘苦鳩来 寸須周酒州洲珠数酢栖渚 都豆通追川津 奴努怒農濃沼宿 不否布負部敷経歴 牟武無模務謀六 由喩遊湯 留流類 具遇隅求愚虞 受授殊儒 豆頭弩 夫扶府文柔歩部
e1 衣依愛榎 祁家計係價結鶏 世西斉勢施背脊迫瀬 堤天帝底手代直 禰尼泥年根宿 平反返弁弊陛遍覇部辺重隔 売馬面女 曳延要遥叡兄江吉枝 礼列例烈連 廻恵面咲 下牙雅夏 是湍 代田泥庭伝殿而涅提弟 弁便別部
e2 気既毛飼消 閉倍陪拝戸経 梅米迷昧目眼海 義気宜礙削 倍毎
o1 意憶於應 古姑枯故侯孤児粉 宗祖素蘇十 刀土斗度戸利速 努怒野 凡方抱朋倍保宝富百帆穂 毛畝蒙木問聞 用容欲夜 路漏 乎呼遠鳥怨越少小尾麻男緒雄 吾呉胡娯後籠児悟誤 土度渡奴怒 煩菩番蕃
o2 己巨去居忌許虚興木 所則曾僧増憎衣背苑 止等登澄得騰十鳥常跡 乃能笑荷 方面忘母文茂記勿物望門喪裳藻 与余四世代吉 呂侶 其期碁語御馭凝 序叙賊存茹鋤 特藤騰等耐抒杼
  1. ^ Mori, Hiromichi (1999). Nihon shoki no nazo wo toku jussakusha wa dareka (日本書紀の謎を解く 述作者は誰か). Chūōkōron.

Daftar pustaka

[sunting | sunting sumber]
  • Okimori Takuya (2006). "Manyōgana (万葉仮名) dalam Moji to kodai nihon (文字と古代日本), Minami Hirakawa, Okimori Takuya, Sakaehara Towao, et al. ed. Moji hyōgen no kakutoku (文字表現の獲得) volume 5, Yoshikawa Kobunkan, p. 318-33.

Templat:Aksara kana Templat:Jenis aksara Templat:Bahasa Jepun