Malai
Malai (Jawi: مالاي , serapan Tamil: மாலை, rumi: mālai pinjaman kata Sanskrit माला mālā "sebarang benda dirajut, diikat bersama"[1]:73[2]) atau bunga malai adalah karangan bunga yang dirajut dan dipakaikan seakan kalung pada kepala atau leher seseorang. Malai dipakai sebagai perhiasan baik dalam tujuan tertentu seperti menyambut tetamu, keraian besar, perkahwinan mahupun sebagai barangan dalam upacara adat atau agama tertentu.[3]
Pengarangan
[sunting | sunting sumber]Pelbagai jenis bunga baik yang berbau wangi mahupun tidak wangi digunakan untuk mengarang malai ini bahkan juga daun jenis pokok tertentu. Beberapa bunga yang popular sebagai pilihan termasuk:
Pengunaan
[sunting | sunting sumber]Pada awalnya, malai bunga digunakan untuk tujuan hiasan (termasuk dipakaikan pada sanggul) dan menaikkan bauan semata-mata. Malai-malai ini sering digantung menghiasi pintu rumah dan bangunan.[4]
Dalam acara adat
[sunting | sunting sumber]Malai dipakaikan dalam acara sadangku yang meraikan anak-anak perempuan yang pertama kali baligh dalam kalangan masyarakat Chetty; malai (atau konda malai) ini dipersembahkan bapa saudara anak diraikan kepada ahli keluarga perempuan yang memakaikan pada sanggul si anak mudi ini.[5]
Ia juga dipakaikan semasa majlis perkahwinan baik dalam kalangan orang Tamil dan Chetty di mana para pengantin saling bertukaran dan memakaikan bunga malai sesama mereka sebagai tanda penyatuan hidup mereka berdua yang penuh restu.[5][6]
Dalam acara agama
[sunting | sunting sumber]Kalungan malai adakala dipakaikan pada berhala-berhala dewa-dewi yang disembah dalam kuil orang Hindu, bunga melur yang paling diutamakan dalam pengarangan malai suci ini.[7] Malai bunga atau daun tertentu dikarang menurut sifat betara yang berkaitan: bunga raya dikaitkan dengan Kali, datura dikaitkan dengan Siwa, teratai untuk Brahma, Wisnu dan Lakshmi dan sebagainya.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hoogervorst, Tom (2015). "Detecting pre-modern lexical influence from South India in Maritime Southeast Asia". Archipel. 89: 63–93. doi:10.4000/archipel.490.
- ^ "மாலை". University of Madras Tamil Lexicon. University of Madras. 2015. m/s. 3177 – melalui Digital Dictionaries of South Asia.
- ^ Roslin Mat Tahir (25 April 2015). "Bunga malai seri majlis". Harian Metro. m/s. 24.
- ^ a b Bais, Mitraja (1 Disember 2017). "Mala: The floral garlands of India". Garland (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Oktober 2021.
- ^ a b Dhoraisingam, Samuel S. (2006). Peranakan Indians of Singapore and Melaka: Indian Babas and Nonyas—Chitty Melaka. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 61–63, 68.
- ^ "Maalai Maatrudhal Ritual In Tamil Brahmin Iyer Weddings". Kalyan Sashtra. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
- ^ Singh Randhawa, Gurcharan (1986). Floriculture in India. Allied Publishers. m/s. 606. ISBN 8170230578.