Pergi ke kandungan

Malacky

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malacky
Bandar
Manor-house in Malacky
Bendera
Jata
Negara  Slovakia
Kawasan Bratislava
Daerah Malacky
Zon Pelancongan Záhorie
Ketinggian 159 m (522 ft)
Kawasan 59.81 km2 (23.09 sq mi)
Populasi 17,847 (31 December 2005)
Kepadatan 298/km2 (772/sq mi)
Rekod Terawal 1206
Datuk Bandar Juraj Říha
Zon waktu CET (UTC+1)
 - Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Poskod 90101
Kod kawasan +421-34
Car plate MA
Location of Malacky in Slovakia
Location of Malacky in Slovakia
Location of Malacky in Slovakia
Location of Malacky in Slovakia
Location of Malacky in Slovakia
Location of Malacky in the Bratislava Region
Location of Malacky in the Bratislava Region
Location of Malacky in the Bratislava Region
Location of Malacky in the Bratislava Region
Location of Malacky in the Bratislava Region
Wikimedia Commons: Malacky
Statistik: MOŠ/MIS[pautan mati kekal]
Laman web: www.malacky.sk
Synagogue in Malacky

Malacky (-Slovak, Jerman: Malatzka, Hungarian: Malacka) merupakan sebuah bandar dan perbandaran di barat Slovakia berjarak sekitar 35 kilometer (22 batu) utara dari ibu negara Bratislava. Semasa kurun ke 10 sehingga tahun 1918, bandar ini sebahagian daripada Kerajaan Beraja Hungary.

Bandar ini adalah antara beberapa kawasan yang berada di dalam rantau "Záhorie", yang berada antara banjaran gunung Little Carpathians di timur dan Sungai Morava di barat. Bandar ini merupakan hab ekonomi dan hab kebudayaan untuk pekan berdekatan seperti Gajary, Kostolište, Veľké Leváre dan Jakubov. Bandar ini terletak berdekatan Lebuhraya Prague-Brno-Bratislava dan ramai penduduk berulang setiap hari ke Bratislava. Banjaran gunung Little Carpathians yang mempunyai banyak laluan bertanda memberi peluang yang menarik untuk melakukan aktiviti berbasikal gunung.

Dari Segi Bahasa

[sunting | sunting sumber]

Asal usul nama bandar ini tidak dapat dipastikan. menurut teori pertama, nama bandar ini berasal dari perkataan dalam bahasa Hungary malacka yang bermaksud "anak babi" disebabkan haiwan ini dijadikan sebagai simbol dalam jata dan bendera. Teori lain mengatakan nama bandar ini berasal dari bahasa Slovak mláky yang bermaksud paya atau mlátiť yang bermaksud "memukul", atau juga diambil daripada nama Malina Creek (direkod sebagai Maliscapotoca).

Rekod bertulis terawal bagi nama bandar ini adalah pada tahun 1206. Ketika Perang Dunia Kedua, Malacky ditawan pada 5 April 1945 oleh 2nd Ukrainian Front Tentera Soviet.

Bangunan dan Tapak yang Terkenal

[sunting | sunting sumber]

Antara bangunan yang terkenal di Malacky adalah sebuah gereja Franciscan dari Immaculate Conception of Mary, sebuah bangunan yang dipanggil "Istana Palffy" dan sebuah sinagog yang telah diubahsuai. Terdapat sebuah tangga di dalam gereja Franciscan yang dipanggil Tangga Suci (Scala Sancta) yang dikatakan digunakan oleh Christ untuk naik ke Pretorium of Pilate. Istana Palffy pernah digunakan sebagai hospital sebelum dikosongkan sehingga sekarang dan diambil alih oleh majlis perbandaran. Sinagog yang dibina pada tahun 1886 mengikut gaya Moorish Revival itu pula telah diubahsuai dan digunakan sebagai pusat kebudayaan pada masa kini. Bangunan itu terletak di tengah bandar Malacky dan bersebelahan dengan Arena Sukan MALINA. DI Arena Sukan MALINA terdapat dua kolam renang dalaman (25m dan 12m) dan sebuah dewan serbaguna yang digunakan untuk permainan bola baling, bola keranjang, bola tampar dan bola sepak dalaman.

Di selatan bandar terdapat sebuah loji kayu besar dimiliki oleh Swedspan, anak syarikat IKEA. Pangkalan Udara Kuchyňa, yang sesekali digunakan sebagai pusat latihan oleh tentera udara Amerika Syarikat dan tentera udara NATO, terletak kira-kira 18 kilometer dari timur bandar.

Kependudukan

[sunting | sunting sumber]

Menurut bancian tahun 2001, bandar Malacky mempunyai 18,063 penduduk. 96.68% penduduk adalah Slovaks, 1.02% Czechs dan 0.51% Hungarians. Penganut agama meliputi 70.35% Roman Katolik, 19.48% tiada pegangan agama dan 1.98% Lutheran. menurut bancian tahun 1910 75% penduduk ialah Slovaks.

Orang yang Terkenal

[sunting | sunting sumber]
  • István Friedrich, bekas perdana menteri Hungary selama tiga bulan pada 1919, dilahirkan di sini.
  • Arnošt Wiesner, arkitek moden yang mereka bangunan di Brno, dlahirkan di sini.
  • Martin Benka, pelukis dan illustrator Slovak, dilahirkan dan meninggal dunia di sini pada tahun 1971.
  • Ádám Liszt, bapa kepada komposer dan pemain piano, Franz Liszt, dilahirkan di sini pada tahun 1776.
  • František Lukovský, pemilik perniagaan kecil, yang membunuh diri di hadapan pejabat cukai menggunakan guillotin buatan sendiri pada tahun 2002.

Bandar Kembar

[sunting | sunting sumber]

Antara bandar kembar Malacky adalah:

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

*Rencana ini diterjemah dari rencana bahasa inggeris.