Maktab Mahmud
Maktab Mahmud مكتب محمد | |
---|---|
Lokasi | |
Kedah Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | Maahad Mahmud |
Jenis sekolah | Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah kerajaan |
Moto | العلم نور (Ilmu itu cahaya) |
Ditubuhkan | 19 Jun 1936 |
Lagu | معهدي |
Maktab Mahmud (Jawi: مكتب محمد ) atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah sekolah agama dibawah naungan Sultan Kedah. Sekolah ini menggunakan sistem pendidikan Al-Azhar. Kini, terdapat sebanyak 12 cawangan Maktab Mahmud seluruh Kedah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Maktab Mahmud telah ditubuhkan pada hari Jumaat 29 Rabiul Awal 1355 H bersamaan 19 Jun 1936. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, selaku Raja Pemangku dan Presiden Majlis Negeri Kedah. Maktab Mahmud kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada ketika itu.
Tujuan utama Baginda adalah untuk menjadikan sebagai pusat penyebaran agama Islam, Bahasa Arab serta melahirkan tokoh-tokoh agama. Tambahan pula, Baginda berpendapat Negeri Kedah memerlukan Kolej Islam setanding dengan sekolah-sekolah Inggeris pada masa itu, sistem pendidikannya menggunakan sistem pendidikan Mesir (Al-Azhar). [1]
Maktab ini ditadbirkan oleh satu Jawatankuasa Penasihat yang dilantik dengan perkenan Sultan Kedah. Menteri Besar biasanya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penasihat itu dan Guru Besar Maktab sebagai Setiausaha. Jawatankuasa dilantik daripada golongan ulama dan Sheikul Islam dan kuasa pentadbirannya terletak di bawah kuasa pejabat Hal Ehwal Agama Islam Kedah. [2]
Sumbangan Maktab Mahmud melahirkan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menentang Malayan Union dengan menubuhkan Persatuan Ulama Kedah pada 9 Februari 1946 yang telah berjaya menyatukan keseluruhan ulama Kedah menentang Malayan Union.
Maktab Mahmud dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah Darulaman dan dinaungi oleh Sultan Kedah. Maktab Mahmud hanya terdiri daripada pelajar-pelajar putera sahaja semenjak awal penubuhannya sehingga 31 Disember 1972. Sekolah Agama Tarbiah Islamiah, Jalan Pegawai dicantumkan dengan Maktab Mahmud dan disatukan dibawah pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud menurut Enakmen Lembaga Maktab Mahmud 1967. Lembaga yang ditubuhkan bertanggungjawab menguruskan urusan-urusan pentadbiran, kewangan, perkhidmatan, pendidikan dan lain-lain. Bermula dari penyatuan itu, Maktab Mahmud telah membuka peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar puteri.
Penubuhan 12 Maktab Mahmud di 12 daerah di Kedah melambangkan iltizam kerajaan negeri dalam memartabatkan pendidikan agama Islam di Kedah dan memastikan rakyatnya mendapat pendidikan yang sempurna. [3]
Haji Wan Idris telah merantau ke sebelah barat semenanjung bermula dari Johor beliau turun ke Melaka sehingga ke Perak dan didapati banyak sekolah agama ketika itu masih tergendala dan ditutup walaupun perang Jepun sudah tamat. Sehinggalah beliau sampai ke Kedah, beliau mendapati ada sebuah sekolah di Alor Setar yang sangat masyhur di negeri itu iaitu Maktab Mahmud3 yang terus beroperasi walaupun ketika Perang Jepun4. Beliau cuba memohon untuk memasuki Maktab tersebut. Malangnya permohonan beliau itu ditolak atas alasan pihak maktab tidak menerima pelajar dari luar Kedah. Namun, pihak sekolah memberikan cadangan sekiranya beliau tetap ingin memasuki maktab tersebut, beliau boleh cuba memohon secara bersurat terus kepada Sultan Kedah sendiri kerana kuasa tertinggi terletak di tangan sultan.
Kerana tekad yang kuat untuk memasuki Maktab Mahmud, beliau telah mengutuskan surat kepada baginda sultan. Suratnya mendapat perhatian khusus pihak istana yang akhirnya bukan sahaja baginda memperkenankan permohonan beliau itu malah syarat kemasukan telah dipinda bagi membolehkan pelajar luar Kedah untuk turut memohon. Secara tak langsung Haji Wan Idris telah berjasa kepada pelajar-pelajar lain dari luar Kedah untuk mendapat peluang pendidikan di Maktab Mahmud yang terkenal itu. Haji Wan Idris menjadi pelajar Maktab Mahmud sehingga tamat pengajian.
Lagu sekolah
[sunting | sunting sumber]Bahasa Arab | Terjemahan |
---|---|
يا معهدا علمني
وبالهدى جملني حليتني من صغري بكل خلق حسن كم فيك من معلم بر كثير المنن بعلمه زودني بنصحه ارشدني تحية يا معهدي يا اصل عيشي الهني انشأتني مباركا لأمتي ووطني |
Wahai Maahad Yang Mengajarku
Yang Menghiasi Diriku Dengan Segala Pedoman Yang Membelaiku Semenjak Dari Usia Kecilku Dengan Segala Akhlak dan budi Perkerti Yang Baik Berapa Ramai Guru Yang Berada Padamu Berjasa dengan Pemberian Yang Tak Ternilai Banyaknya Dengan Ilmunya Menjadi Bekalan Untukku Dengan Nasihatnya Menjadi Petunjuk Buat Diriku Sejahteralah Dikau Wahai Maahadku Wahai Asal Kehidupanku Yang Penuh Ketenangan Kau Membesarkanku Dengan Penuh Keberkatan Demi Ummahku Dan Jua Tanahairku |
Senarai Maktab Mahmud
[sunting | sunting sumber]Nama Maktab | Singkatan | Status sekolah | Alamat |
---|---|---|---|
Maktab Mahmud Alor Setar | MMAS | Kerajaan Negeri | Persiaran Sultan Abdul Hamid, Taman Teratai Jingga, 05050 Alor Setar, Kedah |
Maktab Mahmud Yan | MMYN | Kerajaan Negeri | Kampung Acheh, Darul Aman, 06900 Yan, Kedah |
Maktab Mahmud Langkawi | MMLK | SABK | Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah |
Maktab Mahmud Bandar Baharu | MMBB | SABK | Bukit Aping, 09800 Serdang, Kedah |
Maktab Mahmud Padang Terap | MMPT | SABK | Kampung Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah |
Maktab Mahmud Pendang | MMPG | SABK | Kampung Penyarum, 06700 Pendang, Kedah |
Maktab Mahmud Baling | MMBG | SABK | Batu 48 Jalan Weng, 09100 Baling, Kedah |
Maktab Mahmud Sik | MMSK | SABK | Taman Pelangi Jaya, 08210 Sik, Kedah |
Maktab Mahmud Kulim | MMKL | SABK | Jalan Sidam Kanan, Kampung Pantai Indau, 09010 Padang Serai, Kedah |
Maktab Mahmud Merbok | MMMK | SABK | Kampung Pondok, 08400 Merbok, Kedah |
Maktab Mahmud Kuala Muda | MMKM | SABK | Kampung Sintok Bugis, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah |
Maktab Mahmud Pokok Sena | MMPS | SABK | Langgar, 06500 Langgar, Kedah |
Syarat kemasukan tingkatan 1
[sunting | sunting sumber]- Warganegara Malaysia.
- Syarat Kemasukan [1]
- Mencapai TP4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 bagi EMPAT mata pelajaran dan TP3 bagi lain-lain mata pelajaran.
- Lulus dengan cemerlang Ujian Kemasukan Tingkatan Satu Maktab Mahmud
Syarat kemasukan bagi tingkatan 4 dan 5
[sunting | sunting sumber]Aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) / Aliran Sains Tulen
[sunting | sunting sumber]Bagi Maktab Mahmud Alor Setar:
- Memperoleh sekurang-kurangnya 65% dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) / Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).
- Pembelajaran berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
- Memperolehi 60% bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Bahasa Arab, Sains dan Matematik (UASA/PAT).
- Lulus semua mata pelajaran (UASA/PAT)
Bagi Maktab Mahmud Alor Setar:
- Memperolehi sekurang-kurangnya 60% dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) / Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).
- Pembelajaran berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
- Memperolehi 60% bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Bahasa Arab (UASA/PAT).
- Lulus semua mata pelajaran (UASA/PAT).
Bagi Maktab Mahmud yang lain:
- Memperolehi sekurang-kurangnya 50% dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) / Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
- Pembelajaran berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
- Memperolehi 60% bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Bahasa Arab (UASA/PAT).
- Lulus semua mata pelajaran.
Bagi Maktab Mahmud Alor Setar:
- Memperolehi sekurang-kurangnya 65% dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) / Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).
- Pembelajaran berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
- Memperolehi 60% bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Bahasa Arab (UASA/PAT).
- Lulus semua mata pelajaran (UASA/PAT).
Bagi Maktab Mahmud yang lain:
- Memperolehi sekurang-kurangnya 60% dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) / Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
- Pembelajaran berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
- Memperolehi 60% bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Bahasa Arab (UASA/PAT).
- Lulus semua mata pelajaran.
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]Nama | Jawatan/Pencapaian | Kumpulan |
---|---|---|
Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah | Pengasas Maktab Mahmud, Pemangku Sultan dan Presiden Majlis Penasihat Kerajaan Negeri. | |
Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom | Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Datuk Zainuddin bin Maidin | Menteri Penerangan Malaysia | |
Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak | Menteri Besar Kedah (2008-2013) | |
Datuk Dr. Mashitah Binti Ibrahim | Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri | |
Rosnah Johari | Pelakon, Pelakon Pembantu, Pelakon Undangan, Penampilan Khas, Pelakon Tambahan | |
Dato' Haji Fadzil Mohd Noor | Presiden PAS, Bekas Pengerusi GERAK | |
Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman | Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah | |
Datuk Dr. Ismail bin Ibrahim | Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Pemegang Amanah Universiti Ibn-Rusyd, Sepanyol | |
Dr Mohd Daud Abu Bakar Diarkibkan 2014-01-16 di Wayback Machine | Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia | |
Datuk Dr. Abdul Halim Ismail | Pengerusi Bank Islam | |
Prof Datuk Dr Othman Ishak | Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan | |
Tan Sri Syeikh Ghazali bin Hj. Abdul Rahman | Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia | |
Datuk Paduka Di Raja Syeikh Abdul Majid Md Noor | Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan | |
Syeikh Niamat Yusof | Tokoh Maal Hijrah Kedah | |
Sheikh Roslan bin Hj Abdul Halim Al-Hafiz | Imam Besar Masjid Negeri Kedah Darul Aman (Masjid Zahir) | |
Tuan Haji Ismail Bin Hashim | Johan Musabaqah Kebangsaan(9x) Antarabangsa(8x) | |
Ustaz Wan Akashah Abdul Hamid & Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood | Pasangan pendakwah terkenal | |
Muhammad Zubir Ali | Sasterawan/Komposer |
Arkib berita
[sunting | sunting sumber]- Sultan Kedah Perkenan Maktab Mahmud Jadi SABK [2]
- Maktab Mahmud reigns [3]
- Kembar dapat 14A dalam SPM [4]
- Bermula daripada pemberita sambilan [5]
- Maktab Mahmud sambut ulangtahun ke 75 [6] Diarkibkan 2012-05-29 di Wayback Machine
- Fire Razes Maktab Mahmud Alor Star Dorm [7]
- Maktab Mahmud Serah Surat Hasrat Sertai SABK [8] Diarkibkan 2014-04-16 di Wayback Machine
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Portal Rasmi Lembaga Maktab Mahmud
- ePermohonan Pelajar Maktab Mahmud (eppMM)
- Persatuan Alumni Maktab Mahmud Diarkibkan 2013-07-28 di Wayback Machine
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dr. Ahmad Zaki Hj Abdul Latif, Che Zuina Bt. Ismail, Norzaidi Bin Mohd Daud. (2006)Pengurusan Harta Wakaf Dan Potensinya Ke Arah Kemajuan Pendidikan Umat Islam Di Malaysia. (pp.16,17), Konvensyen Wakaf 2006.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-16. Dicapai pada 2014-01-15.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-16. Dicapai pada 2013-03-22.