Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka 2020
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka 2020 ditubuhkan pada 13 Mac 2020 dan berakhir pada 4 Oktober 2021, diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali.[1] Ia terbentuk selepas kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Adly Zahari kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka selepas 2 ADUN BERSATU yang ketika itu mewakili Pakatan Harapan menyokong pembentukan kerajaan baharu yang diketuai oleh Barisan Nasional dan kemudiannya mewakili Perikatan Nasional.[2]
Pada 2021, kerajaan negeri yang diketuai oleh Barisan Nasional dijatuhkan pula oleh 2 orang ADUN Barisan Nasional, Idris Haron dan Nor Azman Hassan seorang ADUN Perikatan Nasional, Noor Effandi Ahmad dan seorang ADUN Bebas, Norhizam Hassan Baktee. Ketiga-tiga ADUN dari UMNO dan BERSATU itu dipecat dari parti masing-masing kerana menjatuhkan kerajaan.[3][4]
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
[sunting | sunting sumber]Kemas kini pada 30 Jun 2020.
Nama | Perwakilan | Parti | Portfolio |
---|---|---|---|
Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali | Lendu | UMNO | Ketua Menteri Melaka
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Pantai & Sungai, Pengurusan Air, Hal Ehwal Agama, Perindustrian, Pelaburan, Teknologi, Komunikasi, Multimedia & Agensi Berkaitan Kerajaan Negeri Melaka |
Datuk Seri Haji Abdul Ghafar Atan | Asahan | UMNO | Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka |
Datuk Seri Utama Ir. Ts. Haji Idris Haron | Sungai Udang | UMNO | Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir Melaka |
Datuk Wira Latipah Omar | Taboh Naning | UMNO | Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka |
Datuk Roslan Ahmad | Merlimau | UMNO | Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Melaka |
Datuk Rahmad Mariman | Ayer Molek | UMNO | Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka |
Datuk Wira Ar. Haji Ismail Othman | Kuala Linggi | UMNO | Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Melaka |
Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen | Paya Rumput | Bersatu | Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Melaka |
Datuk Noor Effandi Ahmad | Telok Mas | Bersatu | Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri Melaka (Pendidikan)
Bertanggungjawab untuk urusan Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal & Vokasional, dan Sains & Inovasi |
Datuk Muhammad Jailani Khamis | Rembia | UMNO | Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka |
Datuk Norhizam Hassan Baktee | Pengkalan Batu | Bebas | Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka |