Pergi ke kandungan

Majlis Daerah Hulu Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Daerah Hulu Terengganu
مجليس دايره هولو ترڠڬانو

MDHT
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1 Januari 1981
Didahului oleh
Jumaah Bandaran Ulu Terengganu
Kepimpinan
Yang Dipertua
Encik Mohd Fadli bin Ngah (sejak Oktober 2023)
Struktur
Ahli25 orang ahli majlis
Moto
Kerja Kami Amal Ibadat Kami
Tempat persidangan
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.
Laman sesawang
www.mdht.gov.my
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Hulu Terengganu terletak di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu. Kedudukannya adalah lebih kurang 40 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.[1]

Sejarah penubuhan

[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Hulu Terengganu ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Pindaan 1978) sebagai Sanitary Board. Sebelum ini ia dikenali sebagai Jumaah Bandaran Ulu Terengganu. Perasmian pelancaran Majlis Daerah Ulu Terengganu dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Dato' Seri Amar Diraja Dato' Haji Wan Mokhtar bin Ahmad di Dewan Bandaran Kuala Brang pada Isnin, 30 Ogos 1982.

Daerah Hulu Terengganu meliputi kawasan seluas 53.40 kilometer persegi dan merangkumi tiga mukim iaitu Mukim Kuala Berang, Tanggol dan Penghulu Diman. Pada 18 Julai 1996 satu pewartaan semula dibuat yang mana seluruh daerah Hulu Terengganu seluas 3,874.63 kilometer persegi menjadi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Hulu Terengganu. Kini, ia merangkumi tujuh mukim iaitu:[2]

Keluasan kawasan operasi Majlis Daerah Hulu Terengganu adalah seluas 53.40 kilometer persegi. Kawasan Pentadbiran pula seluas 3,821.23 kilometer persegi. Jumlah penduduk ialah seramai 74,918 orang2000 berbanding 32,586 orang1970 pada awal penubuhannya.

Misi, Visi & Objektif

[sunting | sunting sumber]
  • Menggembleng Segala Sumber yang Ada untuk Meningkatkan Keupayaan Majlis bagi Memberi Perkhidmatan yang Terbaik kepada Masyarakat.[3]
  • Menjadikan MDHT sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang Berdikari, Berdaya Saing, Cemerlang dan Cakna Rakyat.[3]
  • Memberi perkhidmatan pentadbiran yang cekap.
  • Mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan awam untuk masyarakat setempat.
  • Mempertingkatkan perancangan pembangunan meliputi semua sektor ke tahap yang lebih tersusun dan mantap.
  • Mengadakan kemudahan asas yang cukup kepada penduduk-penduduk dalam kawasan pentadbiran.
  • Mengadakan kemudahan sosial dan rekreasi serta mengindahkan kawasan-kawasan.
  • Meningkatkan kualiti hidup penduduk dalam kawasan Majlis.
  • Menambah penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perniagaan selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.Fu

Piagam Pelanggan

[sunting | sunting sumber]

Maklumbalas Dan Aduan

[sunting | sunting sumber]
  • Maklumbalas aduan akan dikemukakan kepada pengadu dalam tempoh 2 minggu dari tarikh aduan.
  • Aduan bagi sampah sarap akan diberi maklumbalas dengan kadar segera.[4]

Pelan Bangunan

[sunting | sunting sumber]
  • Meluluskan permohonan pelan bangunan jenis skim dan premis perniagaan dalam tempoh 4 minggu dari syarat dipatuhi beserta dengan dokumen yang lengkap diterima.
  • Mengeluarkan keputusan terhadap pelan bangunan bukan jenis skim (4 unit ke bawah ) dalam tempoh 4 minggu dari tarikh syarat dipatuhi.
  • Mengeluarkan keputusan terhadap pelan tambahan dan pindaan kepada bangunan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh syarat dipatuhi.
  • Mengeluarkan keputusan pelan permit kecil bangunan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh syarat dipatuhi.[4]

Pelan Landskap

[sunting | sunting sumber]
  • Memastikan permohonan pelan landskap diberi kelulusan dalam tempoh 10 minggu dari tarikh permohonan yang lengkap.[4]

Pungutan dan Pengangkutan Sampah

[sunting | sunting sumber]
  • Memberi perkhidmatan pungutan dan pengangkutan sampah setiap hari di kawasan bandar dan taman perumahan dan 2 hari sekali bagi kawasan-kawasan lain.[4]

Sijil Layak Menduduki

[sunting | sunting sumber]
  • Mengeluarkan sijil layak menduduki untuk bangunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.[4]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Latar Belakang MDHT". Dicapai pada 19 Jun 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Info Hulu Terengganu". Dicapai pada 20 Jun 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ a b "Misi dan Visi" Majli Daerah Hulu Terengganu. Dicapai 20 Jun 2018
  4. ^ a b c d e "Piagam pelanggan". 20 Jun 2018 – melalui MDHT. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)