Mafia Wars
Mafia Wars ialah sebuah permainan pelayar MMOG yang dibangunkan oleh Zynga. Ia terdapat di Facebook, MySpace, Tagged dan Yahoo!. Pada April 2008, Zynga mengeluarkan versi permainan ini dalam bentuk iPhone App yang boleh dimuat turun secara percuma.
Gameplay
[sunting | sunting sumber]Setiap kali pemain datang bermain, mereka boleh sama ada melakukan kerja, berlawan, berperang, memberi hadiah, membeli senjata baru dan menaiktarafkan profil.
Pekerjaan (Jobs)
[sunting | sunting sumber]Kerja dilakukan untuk mendapatkan mata pengalaman (experience) yang membantu pemain untuk naik ke tahap seterusnya di samping menambah mata pendapatan. Sama dengan bekerja, berlawan juga dapat menaikan mata pengalaman dan juga pendapatan, namun mata pengalaman adalah lebih sedikit berbanding dengan bekerja manakala pendapatan adalah bergantung kepada lawan yang dihadapi. Pada tahap pekerjaan Street Thugs, Associate, Soldier dan Enfocer, yakni tahap-tahap pekerjaan rendah, pemain perlu berhadapan dengan bos-bos tertentu. Sekiranya dapat mengalahkan mana-mana bos ini, pemain akan mendapat ganjaran yang lumayan.
Berlawan (Fight)
[sunting | sunting sumber]Fight
[sunting | sunting sumber]Dalam ciri ini, pemain akan berlawan dengan pemain-pemain yang lain dalam lingkungan tahap yang hampir sama. Kemenangan bergantung kepada kekuatan serangan pemain, selalunya bergantung kepada jumlah ahli mafia, skil serangan, dan jumlah serta kekuatan senjata yang digunakan semasa berlawan. Senjata yang digunakan semasa berlawan adalah terhad kepada satu senjata, satu perisai, dan satu kenderaan untuk satu ahli mafia.
Declare War
[sunting | sunting sumber]Declare War adalah ciri baru yang ditambahkan kepada Mafia Wars, secara literal ia bermaksud 'mengisytiharkan perang'. Dalam ciri ini, pemain akan memilih salah satu daripada ahli-ahli mafianya dan mengisytiharkan perang ke atasnya. Rakan-rakan mafia pemain akan membantu pemain atau pihak lawan untuk menentukan siapa yang menang.
Hitlist
[sunting | sunting sumber]Hitlist adalah senarai mafia-mafia yang disediakan upah untuk dibunuh. Jumlah upah adalah mengikut pemberi upah.
Bandar-bandar
[sunting | sunting sumber]Ketika ini, terdapat tiga bandar dalam Mafia Wars iaitu New York, Cuba dan Moscow. Masing-masing dengan pekerjaan, hartanah (di Cuba dan Moscow, 'perniagaan' digunakan) dan inventori yang berbeza.Tambahan terkini ialah Bangkok,Las Vegas dan terbaru Italy.Berlainan seperti bandar terdahulu ketiga-tiga bandar ini mempuyai jalan cerita tersendiri.