Pergi ke kandungan

Madrasah Nurul Hidayah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Madrasah Nurul Hidayah (bererti cahaya petunjuk) telah diasaskan atas muafakat penduduk setempat pada tahun 1987. Ustaz Mohd Zainon Arifin dilantik menjadi mudir bermula pada tahun 1989 sehingga 2022. Madrasah ini lebih dikenali dengan nama Pondok Tembak. Lokasi pondok ini terletak di Kuala Ketil, Baling. Pelajar yang menuntut di sini ketika pondok ini mula dibina dianggarkan dalam 100 orang. Kini dikelolai oleh Ustaz Ahmad Yazid bin Mohd Zainon, merupakan anak almarhum.[1]

Madrasah Nurul Hidayah

مدرسة نور الهداية

lokasi madrasah
Map
Ditubuhkan pada tahun 1987
logo Madrasah Nurul Hidayah
logo sekolah

Madrasah Nurul Hidayah, Pondok Pengajian Islam yang diasaskan semenjak 30 tahun yang lalu, bermula di Surau Kampung Tembak B pada tahun 1986. Sekarang dikelolai oleh Ustaz Mohd. Zainon Ariffin, merupakan Pondok Pengajijan yang mengikut tradisi dan legasi Pondok Lanai (Madrasah Misbah Alfalah) yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi.[2]

Bahkan Nama Madrasah Nurul Hidayah dan Banggul Setul itu sendiri dinamakan oleh Allmarhum Tuan Guru Haji Omar Zuhdi ketika mana meletakkan batu asas pembinaan banggunan di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Almarhum Tuan Imam Haji Che Awang bin Teh ketika itu, di situ terdapat sepohon pokok setul yang kemudiaannya ditebang dan dibelah untuk pembinaan Madrasah.

Pembinaannya di atas dasar muafakat dan gotong royong. Dengan berkat kesungguhan dan sumbangan orang ramai, banggunan yang separa siap dapat memulakan pengajian pada tahun 1987. Manakala sebahagian besar dari guru-guru yang bertugas di sini terdiri dari anak tempatan dan mereka yang pernah menimba ilmu dari Tuan Guru Haji Omar Zuhdi termasuk Tuan Mudir sendiri.

Madrasah Nurul Hidayah yang wujud pada hari ini merupakan sebuah pusat Pengajian Islam yang masih mengekalkan sistem Pondok yang bersesuaian dengan keadaan semasa Kewujudannya adalah berdasarkan kesedaran dan inisiatif penduduk setempat yang mahu melihat para remaja tidak ketinggalan dalam pendidikan agama.

Bermula dari usaha kecil dengan mengambil para remaja yang tidak bersekolah, kelas pengajian pertama diadakan di Surau Kampung Tembak B pada permulaan tahun 1986, Guru-guru yang bertugas ketika itu adalah terdiri dari sukarelawan penduduk setempat. Beberapa bulan kemudian kelas pengajian ini berpindah ke sebuah rumah di kampung Tembak A.

Madrasah Nurul Hidayah mula dibina dan dijadikan tapak tetap setelah Tuan Imam Kampung Tembak mewakafkan setengah relong tanah, pembinaannya secara gotong royong. Dengan berkat kesungguhan dan sumbangan orang ramai, banggunan yang separa siap dapat memulakan pengajian pada tahun 1987.

Namun dalam arus perdana dengan keadaan pelajar yang makin bertambah pada tahun 1995 pihak madrasah membeli sebidang tanah bendang terbiar ditepi jalan lebih kurang 3 relong dan pada tahun 1995 tapak ini mula ditambak sedikit demi sedikit. Pada tahun 2008 Komplek Madrasah Nurul Hidayah Pondok Pengajian mula dibina, komplek yang dicadang ini mempunyai pejabat pentadbiran, bilik guru, perpustakaan, musalla dan kelas pengajian. Pada tahun 2014 komplek pendidikan ini yang separa siap memula pengajiannya yang berpindah dari banggunan lama. Banggunan lama dijadikan sepenuhnya penempatan muslimat. Pada bulan Ogos 2016 pula pejabat dan urusan pentadbiran dipindahkan disini.

Melihat pada banggunan yang masih siap ditambah dengan kos yang sentiasa meningkat pihak Madrasah amat memerlukan sumbangan dan sokongan untuk urusan pengurusan pentadbiran serta pembangunan agar dapat berdiri megah dan jayanya sepanjang zaman.

  1. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-10-16.
  2. ^ "Yayasan Pembangunan Pondok: Madrasah Nurul Hidayah, BALING". Yayasan Pembangunan Pondok. Dicapai pada 2024-10-05.