MBDA MICA
MICA | ||
---|---|---|
Peluru berpandu MBDA MICA di pesawat Rafale-M Tentera Laut Perancis | ||
Penerangan | ||
Jenis | Peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana | |
Pengeluar | MBDA | |
Mula digunakan | 1996 (MICA RF) & 2000 (MICA IR) | |
Variasi | MICA RF dan MICA IR | |
Ciri-ciri umum | ||
Panjang | 3.1 m | |
Diameter | 160 mm | |
Rentang sayap | 560 mm | |
Berat peluru berpandu | 112 kg | |
Berat kepala peledak | 12 kg, serpihan tertumpu letupan kuat | |
Enjin | SNPE | |
Kelajuan | Mac 4 | |
Ketinggian penerbangan | 11,000 m | |
Jarak | 0.5 - 60 km | |
Panduan | Sistem panduan inersia, Panduan tuju radar aktif (MICA RF), Panduan tuju bayangan Inframerah (MICA IR) | |
Fius | hentaman, berdekatan radar | |
Platfom pelancaran | Dassault Rafale, Mirage 2000 |
MBDA MICA (Missile d’interception et de combat aérien, “Peluru berpandu pertempuran udara dan pemintas”) adalah sistem peluru berpandu anti-udara pelbagai sasaran, dalam semua keadaan cuaca dan tembak-dan-lupa. Ia digunakan oleh platfom pelancaran udara sebagai peluru berpandu persendirian dan juga oleh unit-unit di darat dan di atas kapal, yang mana boleh dilengkapi dengan Sistem Pelancaran Menegak MICA untuk tembakan pantas. Ia juga dipasangkan dengan sistem kawalan tujahan vektor (TVC).
Peluru berpandu ini dibangunkan sejak tahun 1982 oleh Matra. Ujian pertama dilakukan pada tahun 1991, dan ditauliahkan pada tahun 1996 pada pesawat Rafale dan Mirage 2000. Peluru berpandu ini menggantikan peluru berpandu Super 530 (pemintas) dan Magic II (pertempuran udara). Peluru berpandu ini boleh dilancarkan setiap selang masa 2 saat.
Kelainan
[sunting | sunting sumber]MICA boleh dilengkapi dengan 2 jenis penjejak iaitu, panduan tuju radar aktif (MICA RF, dikenali juga sebagai MICA AR) atau panduan tuju inframerah (MICA IR). Kedua-dua jenis penjejak ini boleh menapis sistem penyerakkan musuh. Ia juga boleh mengunci sasaran sebelum atau selepas peluru berpandu ini dilancarkan.
Peluru berpandu juga MICA boleh digunakan sebagai peluru berpandu permukaan-ke-udara jarak dekat, yang mana pada masa sekarang ia boleh dilancarkan diatas trak. Sistem ini dikenali sebagai VL MICA SHORAD.
Pengendali
[sunting | sunting sumber]Lebih daripada 3,000 unit peluru berpandu ini telah dijual kepada 5 negara. Daripada jumlah ini, lebih 1,000 unit adalah peluru berpandu MICA RF (Frekuensi Radio) yang mana sedang digunakan oleh pesawat Mirage 2000-5 Taiwan, Qatar dan Tentera Udara Perancis. Peluru berpandu MICA RF juga digunakan oleh Tentera Laut Perancis di atas kapal pengangkut pesawat Charles-de-Gaulle. MICA adalah peluru berpandu udara-ke-udara dan peluru berpandu pelbagai sasaran (jarak melangkaui ufuk-BVR) yang pertama akan digunakan oleh Tentera Laut Perancis, yang akan memberi sumbangan ketara kepada tentera laut untuk menguasai ruang udara. Peluru berpandu MICA IR sedang dikeluarkan pada tahap pengeluaran maksimum dan dijangka akan dihantar kepada pengendali pesawat Mirage 2000 MK2 dan Rafale.
- Perancis: Tentera Udara Perancis dan Tentera Laut Perancis
- Greece: Tentera Udara Greece
- Qatar: Tentera Udara Qatar
- Taiwan: Tentera Udara Taiwan
- Emiriah Arab Bersatu: Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu
Pengendali berpotensi pada masa depan:
- Maghribi: Maghribi sedang menaik taraf angkatan pesawat Mirage F1 untuk mengoperasikan peluru berpandu MICA.
- India: India memadankan peluru berpandu ini pada pesawat Mirage 2000C.
- Pakistan: Pakistan telah ditawarkan peluru berpandu ini untuk dilengkapkan di pesawat pejuang JF-17 bersama radar RC-400.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: MBDA MICA. |
- Templat pesawat
- Peluru berpandu udara-ke-udara Perancis
- Peluru berpandu permukaan-ke-udara Perancis
- Peluru berpandu permukaan-ke-udara moden
- Peluru berpandu (dikawal) Tentera Udara Perancis
- Peluru berpandu (dikawal) Tentera Laut Perancis
- Peluru berpandu (dikawal) Tentera Udara Greece
- Peluru berpandu (dikawal) Tentera Udara Taiwan