MALBAT
MALBAT (MALaysia BATalion) merujuk pada batalion ketenteraan Malaysia yang bertugas di luar negara, biasanya sebagai sebahagian daripada pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
MALBATT I (Batalion Malaysia I) bertugas dengan Pasukan Perlindungan PBB (UNPROFOR) pada 1993 untuk mengawasi gencatan senjata dan juga mengawasi pelucutan senjata puak-puak yang bertelagah di Bosnia. Unit tersebut kemudiannya diganti oleh 2 Armor yang berkhidmat sebagai MALBATT II dalam tahun 1994 – 1995. 4 Armor berkhidmat sebagai MATBATT IV dan MALCON I (kontinjen Malaysia I) misi IFOR di bawah naungan NATO. Pasukan Malbat 5 pula terdiri daripada lima pegawai dan 68 anggota lain-lain pangkat Rejimen Ke-4 Kor Armour Diraja (4 KAD) yang berlepas ke Lebanon pada Oktober 2012.[1] MALBATT 850 - 1 kontigen yang terdiri dari 300 kakitangan MAF dan RBAF yang berlepas dari Malaysia ke Lebanon pada 22 Oktober 2013.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]1960-an
[sunting | sunting sumber]Malaysia atau nama asalnya Persekutuan Tanah Melayu negara pertama terlibat misi pengaman di Congo (Operasi PBB di Congo, ONUC) dari 1961 hingga 1963, ketika itu dinamakan sebagai Malayan Special Forces (MSF) telah digerakan ke negara Afrika bergolak dan negara Asia ketiga selepas India dan Indonesia.
Misi sulung ini diketuai oleh Brig. Jen. Abdul Hamid Bidin manakala timbalan iaitu Lt. Kol. Ungku Nazaruddin bersama dua unit infantri serta pasukan sokongan seperti armor, perubatan, logistik dan semboyan. Antara lokasi yang menempatkan anggota MSF antaranya di Katanga dan sekitarnya.
Sepanjang misi pengaman, hanya dua anggota menerima Pingat Gagah Berani dan Pingat PBB, dari segi korban hanya tiga anggota terkorban semasa bertugas. Misi ini berakhir pada September 1963 susulan Konfrontasi Malaysia-Indonesia dan sejak itu lebih fokus keselamatan negara sahaja sehingga 1987.
1988-89: Namibia
[sunting | sunting sumber]Pada akhir 1980-an, Malaysia sekali lagi diberi peluang kedua menyertai misi pengamanan. Kali ini, MALBAT kembali ke bumi Afrika dan menyertai Pasukan Bimbingan Peralihan PBB (UNTAG) di Namibia, dan melibatkan pasukan Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) dipilih mengikuti misi tersebut selama setahun.
Dalam budaya popular
[sunting | sunting sumber]MALBATT: Misi Bakara[2][3] merupakan filem tempatan yang berkisarkan tentang 19 askar dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), rejimen paling kanan dalam tentera Malaysia, dihantar dalam misi berbahaya untuk menyelamatkan 70 Renjer AS yang terperangkap di Pasar Bakara di Somalia semasa perang saudara pada tahun 1993. Filem ini bakal ditayangkan pada 24 Ogos 2023. Filem ini diarahkan oleh Adrian Teh dan dibawah syarikat Golden Screen Cinemas, Act 2 Picutres, Berjaya Pictures, Aurum dan Astro Shaw serta edaran GSC Movies.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Malbat 5 UNIFIL harus utamakan etika.
- ^ "Malbatt Misi Bakara". Golden Screen Cinemas. 5 Julai 2023.
- ^ "cinema.com.my - Malbatt Misi Bakara". 5 Julai 2023.