Mohd Ghazali bin Abdul Samad
Mohd Ghazali bin Abdul Samad | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | A. S. Maghza |
Kelahiran | Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka | 22 Jun 1930
Meninggal dunia | 6 April 1982 Kuala Lumpur | (umur 51)
Tahun aktif | 1942 ![]() |
Kegiatan berkaitan | Noor S. I., A. S. Amin. |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Mohd Ghazali bin Abdul Samad merupakan seorang penyair[1] di Malaysia. Dia dilahirkan pada 22 Jun 1930 di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka.
Mohd Ghazali turut menggunakan nama pena A. S. Maghza. Beliau pernag berkhidmat di syarikat Utusan Melayu antara 1956 sehingga tahun 1961 sebagai penulis khas. Selepas itu beliau bekerja dengan majalah Angkatan Baru sebelum menjadi Pengurus syarikat Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur pada 1964-1966.
Mohd Ghazali terkenal bersama penyair Noor S. I. dan A. S. Amin. Karya mereka pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980 dengan judul Orang Bertiga. Pada 1977, himpunan karyanya diterbitkan dengan judul Bunga Merah
Beliau meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 6 April 1982 selepas setahun mengidap lumpuh.
Karya
[sunting | sunting sumber]- Himpunan Sajak (1969)
- Puisi Baharu Melayu 1942-1960 (1961)
- Bunga Merah (1977)
- Orang Bertiga (1980)
- Puisi-puisi Nusantara (1981)
- Tinta Pena (1981)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, Dewan bahasa dan Pustaka 1998