Muhammad Balfas
M. Balfas | |
---|---|
Lahir | Muhammad Salim Balfas 25 Disember 1922 Jakarta, Indonesia |
Meninggal dunia | 5 Jun 1975 Jakarta, Indonesia | (umur 52)
Pekerjaan | Penulis |
Bahasa | Indonesia |
Warganegara | Indonesia |
Tempoh | 1940-an sehingga 1975 |
Genre | Cerita pendek Cerita kanak-kanak |
Muhammad Balfas, nama penuh Muhammad Salim Balfas (25 Disember 1922 – 5 Jun 1975), lebih dikenali sebagai M. Balfas, ialah seorang penulis dan pengkritik sastera yang berasal dari Indonesia.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Balfas dilahirkan di Krukut, Betawi (sekarang Jakarta), Hindia Timur Belanda, pada 25 Disember 1922.[1] Beliau anak kelahiran keluarga daripada suku Betawi. Tidak banyak diketahui tentang kehidupan awalnya melainkan yang beliau kelulusan sekolah menegah Belanda (MULO) dalam tahun 1940.[2]
Balfas mula menulis dalam tahun 1940-an. Cerita-cerita pendeknya (cerpen) diterbitkan dalam Asia Raja, (Ejaan Sempurna: Asia Raya) akhbar rasmi kerajaan penakluk Jepun, dalam tahun 1943. Beliau kemudian mula menyumbangkan puisi, cerita, dan esei kepada majalah kendalian orang Indonesia, Pembaroean.[3] Semasa Revolusi Nasional Indonesia, Balfas mendapat pekerjaan sebagai seorang pemberita. Beliau juga mengetuai majalah Masyarakat.[2]
Dalam tahun 1952 Balfas menghasilkan Dr. Tjipto Mangunkusumo, biografi seorang ketua pergerakan penentang;[1] ia diterbitkan oleh Djambatan sebagai satu daripada siri biografi tentang ketua-ketua pergerakan penentang.[4] Dalam tahun yang sama, beliau juga mengeluarkan Lingkaran-Lingkaran Retak, sebuah himpunan lima cerpen, didahului "Anak Revolusi".[1][5] Dalam tahun 1953, beliau dan Sudjati SA mengasaskan majalah Kisah, yang hanya menerbitkan cerpen. Beliau terus menjadi seorang daripada penyunting majalah itu, bersama-sama HB Jassin dan Idrus, sehinggalah penerbitan majalah tersebut berhenti dalam tahun 1956.[2]
Dalam tahun 1956 Balfas menerbitkan cerita kanak-kanak, Suling Emas. Dalam tahun berikutnya, beliau menulis sebuah drama radio untuk orang dewasa, berjudul Tamu Malam. Dalam tahun 1960, beliau menerbitkan sebuah lagi cerita kanak-kanak, Anak-Anak Kampung Jambu.[1] Dan dalam tahun 1961, beliau membantu HB Jassin untuk menubuhkan sebuah majalah, Sastra; beliau berhijrah ke Malaysia dalam tahun berikutnya.[2]
Dari tahun 1962 hingga 1967 Balfas bekerja di Suara Malaysia. Sementara di Malaysia, beliau menerbitkan novel tunggalnya, Retak: Lahirnya Sebuah Mythe; novel ini pada asalnya diberi judul Aku Bukan Nabi.[1]
Dalam tahun 1968, Balfas, yang tidak berpuas hati dengan kehidupannya di Malaysia, berhijrah ke Australia dan mengajar di University of Sydney.[2] Dalam tahun 1975, beliau bercuti selam setahun untuk menjalankan kajian mengenai sejarah kesusasteraan Indonesia.[3] Balfas meninggal dunia di Jakarta pada 5 Jun 1975 selepas menghidap serangan asma.[1][2] Beliau disemadikan di Karet Bivak.[3] Balfas meninggalkan sebuah manuskrip yang belum diselesaikan berjudul Si Gomar;[2] Pengkaji kesusasteraan Indonesia warga Belanda, A Teeuw menganggap karya itu sebagai karya Balfas yang "paling menarik"[6]
Tema-tema
[sunting | sunting sumber]Lingkaran-Lingkaran Retak berkaitan dengan kumpulan yang tidak bernasib baik,[7] sementara Retak pula menangani isu-isu humanisme dan pengorbanan demi ideologi. Oleh sebab ini, Teeuw mengklasifikasikan Belfas sebagai sebahagian daripada ahli sastera Indonesia Generasi '45.[6] Jassin menulis tentang anggapannya yang "Anak Revolusi", yang dianggap sebagai "mencipta alamnya sendiri",[a] menonjolkan ideologi asas dan pandangan dunia yang digunakan Balfas dalam karya-karyanya yang lain.[5] Ini termasuklah kepercayaan yang kehidupan penuh dengan peristiwa yang tidak diduga, berlawanan dengan kepercayaan yang setiap orang memiliki nasib yang sudah ditetapkan.[4]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Balfas mendirikan rumah tangga dua kali. Beliau berkahwin untuk kali kedua dengan wanita Australia bernama Wendy dan sama-sama mereka membesarkan dua orang anak mereka dan juga lima orang anak Balfas hasil perkahwinan pertamanya.[3]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Original: "... menciptakan dunianya sendiri ..."
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Nota kaki
- ^ a b c d e f Eneste 2001, m/s. 145.
- ^ a b c d e f g Language Centre, M. Balfas.
- ^ a b c d Tempo 1975, Balfas Berpulang.
- ^ a b Jassin 1985, m/s. 212.
- ^ a b Jassin 1985, m/s. 211.
- ^ a b Teeuw 1980, m/s. 289.
- ^ Teeuw 1980, m/s. 288.
- Bibliografi
- "Balfas Berpulang" [Balfas Meninggal Dunia]. Tempo (dalam bahasa Indonesia). 28 Jun 1975. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2014. Dicapai pada 11 April 2012.
- Eneste, Pamusuk (2001). Buku Pintar Sastra Indonesia [Buku Panduan Sastera Indonesia] (dalam bahasa Indonesia) (ed. ketiga). Jakarta: Kompas. ISBN 978-979-9251-78-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- Jassin, HB (1985). "M. Balfas: Manusia Bugil" [M. Balfas: Naked People]. Kesusastraan Indonesia Modern dalam Kritik dan Esei II [Kesusasteraan Indonesia Moden dalam bentuk Kritik dan Esei II] (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Gramedia. m/s. 211–214. OCLC 36434233.CS1 maint: ref=harv (link)
- "M. Balfas" (dalam bahasa Indonesia). Language Centre, Ministry of Education. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-11. Dicapai pada 11 April 2012.
- Teeuw, A. (1980). Sastra Baru Indonesia [Sastera Baharu Indonesia] (dalam bahasa Indonesia). 1. Ende: Nusa Indah. OCLC 222168801.CS1 maint: ref=harv (link)