Pergi ke kandungan

Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lumpur adalah campuran cair atau semi-cair antara air dengan tanah, kelodak dan tanah liat. Secara geologi, lumpur ialah campuran air dan zarah endapan lumpur dan tanah liat. Endapan lumpur masa lalu mengeras selama beberapa lama menjadi batu endapan. Apabila endapan geologi lumpur ini terbentuk di muara, lapisan yang dihasilkan disebut lumpur teluk. Lumpur hampir serupa dengan serasah, tetapi ia kekurangan humus dan biasanya lebih pasir.

Lumpur, dalam industri pembinaan, ialah lepa, stuko, simen, mahupun zat lain yang mirip. Lumpur berkait rapat dengan endapan.