Lumba kuda lasak
Lumba kuda lasak merupakan sejenis sukan ekuestrian yang berasaskan lumba jarak jauh terkawal. Ianya salah sebuah pertandingan antarabangsa yang diiktiraf oleh FEI. Lumba kuda lasak dianjurkan di serata dunia.
Terdapat dua jenis lumba kuda jarak jauh iaitu lumba kuda denai dan lumba kuda lasak. Dalam lumba kuda lasak seperti yang dibincangkan dalam rencana ini, kuda yang pertama sekali melintasi garisan penamat dikira sebagai pemenang, asalkan telah berhenti sekali-sekala untuk melulusi pemeriksaan veterinar yang memastikan kuda itu cukup sihat untuk terus berlumba.
Sebarang baka boleh bertanding, tetapi kuda lumba lasak yang terunggul sering dikuasai oleh baka kuda Arab kerana stamina dan kemampuan lasak semula jadinya.
Peraturan perlumbaan berbeza antara negara. Jarak perlumbaan kuda lasak ini lazimnya kira-kira 100 batu (160 km), tetapi jarang-jarang mencecah 160 batu (260 km).