Pergi ke kandungan

Lotong cengkung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lotong cengkung/cengkong[1]
Lotong bercelak
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Primates
Suborder: Haplorhini
Infraorder: Simiiformes
Keluarga: Cercopithecidae
Genus: Trachypithecus
Spesies:
T. obscurus
Nama binomial
Trachypithecus obscurus
(Reid, 1837)
Taburan Lotong Chengkong

Lotong cengkung/cengkong (ejaan lama: lotong chengkong) atau lotong celak (juga lotong bercelak; nama saintifik: Trachypithecus obscurus)[3][1] ialah sejenis lotong yang boleh ditemui di kawasan Semenanjung Malaysia, Thailand dan Myanmar.[4][2]

Lotong ini juga direkodkan ditemui di kawasan Singapura. Walaupun begitu, masih tidak jelas bagaimana lotong ini dapat tiba di pulau tersebut, sama ada terlepas daripada kurungan pemeliharaan atau berenang dari kawasan Johor yang berdekatan secara sendiri.[5][6][7]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian menunjukkan lotong ini lazimnya makan dengan kerap, dengan hindangan daun daripada sekurang-kurangnya 10 spesies pokok, dan lazimnya makan daun yang berketinggian tinggi.[8]

Subspesies

[sunting | sunting sumber]

Subspesies-subspesies lotong ini yang direkodkan termasuk:[9]

  • Trachypithecus obscurus obscurus
  • Trachypithecus obscurus flavicauda
  • Trachypithecus obscurus halonifer
  • Trachypithecus obscurus carbo
  • Trachypithecus obscurus styx
  • Trachypithecus obscurus seimundi
  • Trachypithecus obscurus sanctorum

Ancaman dan pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Lotong Chengkong tertakluk di bawah Bahagian I Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 di Semenanjung Malaysia.[1]

  1. ^ a b c "Akta 716 - Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010" (PDF). Jabatan Perhilitan Malaysia. 2010. m/s. 78. Dicapai pada 20 Jun 2021.
  2. ^ a b Boonratana, R., Ang, A., Traeholt, C. & Thant, N.M.L. (2020). "Trachypithecus obscurus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T22039A17960562. Dicapai pada 12 Julai 2020.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Mokhtar Saidin; Ibrahim Komoo. Jerai Geopark: Warisan Geologi, Geoarkeologi dan Biologi. Pulau Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 130. ISBN 978-967-461-368-6.
  4. ^ "Dusky Leaf Monkey". aboutanimals. Dicapai pada 30 May 2020.
  5. ^ Ang, Andie; Jabbar, Sabrina; Khoo, Max (26 June 2020). "Dusky Langurs Trachypithecus obscurus (Reid, 1837) (Primates: Cercopithecidae) in Singapore: potential origin and conflicts with native primate species". Journal of Threatened Taxa. 12 (9): 15967–15974. doi:10.11609/jott.5818.12.9.15967-15974.
  6. ^ Tan, Audrey (4 Julai 2020). "Monkey species native to Malaysia spotted in Singapore". Straits Times. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  7. ^ Thiagarajan, Sumita (7 November 2020). "S'porean encounters derpy-looking dusky langur in toilet at Central Catchment Nature Reserve". Mothership. Dicapai pada 7 November 2020.
  8. ^ M, Siti-Kauthar & Faudzir, Najmuddin & Md zain, Badrul munir & M.A.B, Abdul-Latiff. (2019). PrimaTourism: Preliminary Study on Activity Budget of Dusky leaf monkey Trachypithecus obscurus obscurus in Bukit Soga Perdana, Batu Pahat, Johor. IOP Conference Series: Earth and Environmental Science. 269. 10.1088/1755-1315/269/1/012045.
  9. ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 177. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]