Long Anap
Penampilan
Long Anap | |
---|---|
Koordinat: 3°04′00″N 114°49′00″E / 3.06667°N 114.81667°EKoordinat: 3°04′00″N 114°49′00″E / 3.06667°N 114.81667°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Aras | 518 m (1,699 ft) |
Long Anap terletak di pedalaman daerah Telang Usan, Sarawak. Kedudukan kampung ini bersempadan dengan Long Julan dan Long Palai di sepanjang Sungai Baram.
Penduduk kampung ini terdiri daripada salah satu sub-etnik kaum Kenyah yang disebut sebagai Kenyah Lepo' Sawak. Setengah daripada penduduk kampung ini telah berpindah ke Ulu Sungai Tinjar. Lalu, mereka membentuk sebuah desa yang dikenali sebagai Long Tebanyi.
Pada 1 Mei 2009, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Jacob Dungau Sagan melawat kawasan ini. Beliau berasal dari kampung ini dan merupakan ahli parlimen Baram.[1]