Pergi ke kandungan

Loji Rawatan Air Semenyih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Loji Rawatan Air Semenyih terletak di hilir Sungai Semenyih, Dengkil,Selangor,Malaysia. Loji ini baru dibina pada 2000 setelah krisis air di Lembah Kelang sekitar tahun 1997. Loji ini dibina berhampiran dengan pertemuan Sungai Semenyih dengan Sungai Langat yang akan mengalir terus ke Selat Melaka di Kuala Langat. Seramai 1.4 juta pengguna di Wilayah Sepang, Petaling, Hulu Langat dan Kuala Langat minum air dari Sungai Semenyih ini. Ramai penduduk Semenyih tidak menyedari mereka minum air dari Sungai Semenyih kerana mereka menyangka mendapat air dari Empangan Semenyih di hulu sungai yang lebih bersih.

Kualiti air dipantau oleh dan operator loji iaitu Konsortium ABBAS Sdn Bhd. Selain itu dipantau oleh Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Terminal Bas Kajang . Pencemar akan didakwa dibawah Akta Kawalan Alam Sekitar 1974.

Oleh kerana kawasan Semenyih semakin maju dan pembangunan tidak diuruskan dengan baik, banyak berlaku pencemaran sungai di loji ini. Lokasi loji ini dibina setelah ladang-ladang babi, pusat memproses ayam, tempat pembuangan sampah , kilang kelapa sawit di bina di bahagian hulu dan tengah Sungai Semenyih. Antaranya ladang-ladang babi di Taman Tasek Semenyih dan Bandar Teknologi Kajang. Tapak pelupusan sampah di Jalan Semenyih-Broga dan Tapak pelupusan sampah di Kampung Sungai Kembung, Semenyih. Ladang-ladang babi dan loji pelupusan sampah ini yang dibina secara haram sejak 1950-an ini telah ditutup pada era pentadbiran Menteri Besar Selangor , Dr Mohamad Khir Toyo.

Pemprosesan ayam di Pasar Semenyih dan lain-lain telah dipindahkan ke Taman Sri Haneco, Jalan Sungai Lalang, Semenyih. Tetapi beberapa ladang ternakan ayam di Kampung Rinching Hilir dan di Jalan Broga untuk bekalan restoran KFC masih lagi beroperasi secara terkawal. Bengkel-bengkel kereta dan kenderaan berat di Kampung Baru Bangi , Bangi Lama turut menyumbang kepada pencemaran air dan menyebabkan loji ditutup agar kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan. Air yang tercemar disalirkan ke kolam mendapan dan akan dirawat sebelum disalurkan semula kepada penduduk. [1]