Loji Penapis Minyak Terengganu
Loji Penapis Minyak Terengganu ini dibuka secara rasmi pada 3 Oktober 1983. Terletak di pantai Paka, Dungun di negeri Terengganu.
Loji Penapis Minyak Terenganu telah dilancarkan pada 9 Mac 1983. Pada bulan April 1984, bahan keluaran pertama iaitu nafta, telah dieksport ke Jepun.
Loji Penapis Minyak Terengganu adalah loji penapis minyak tempatan yang pertama di Malaysia. Ia dimiliki dan diuruskan oleh Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Penapisan Terengganu Sdn Bhd.
Kompleks Loji Penapis Minyak Terengganu ini dibina dengan belanja RM260 juta. Kemudahan-kemudahan yang disedikana adalah unit perolehan semula dan loji pengisian untuk gas petroleum cecair (GPC), kemudahan marin, loji janakuasa dan kemudahan pengedaran bahan-bahan keluaran. Fungsi utama Loji Penapis Minyak Terengganu ini adalah untuk menapis minyak mentah menjadi bahan-bahan keluaran untuk diedarkan ke pasaran. Selain dari itu Loji Penapis Minyak Terengganu ini juga memberi bekalan kuasa kepada projek-projek petroleum lain yang berhampiran.
Pembinaan Loji Penapis Minyak Terengganu ini adalah amat penting bagi industri petroleum di Malaysia. Ia juga penting dalam membantu pembangunan kawasan setempat kerana dengan terbinanya Loji Penapis Minyak Terengganu ini, kemudahan-kemudahan lain dapat disediakan seperti pelabuhan, lapangan terbang, perumahan dan pembangunan masyarakat.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Kajian pelan induk bagi Kemanuan Sumber Petroleum di Malaysia pada tahun 1977 telah mengenal pasti bahawa sebuah loji penapis minyak di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia, dapat memenuhi sebahagian daripada permintaan di kawasan tersebut dan sedikit sebanyak dapat membawa kemajuan di kawasan tersebut. Pemilihan kawasan tersebut juga ditentukan dengan terdapatnya simpanan sumber petroleum di luar pantai.
Kawasan tersebut terletak di tapak seluas 66 hektar di tepi pantai Terengganu dan sejauh 106 km ke selatan Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu.
Kemudahan-kemudahan
[sunting | sunting sumber]Loji Penapis Minyak Terengganu ini direkabentuk untuk memproses minyak mentah dari pangan minyak luar pantai di Laut China Selatan. Minyak mentahnya yang bermutu tinggi dikenali sebagai 'Tapis Blend' dikeluarkan dari medan minyak Tapis, Bekok, Pulai, Tiong, Kepong dan Tinggi yang terletak di luar pantai Terengganu.
Keupayaan
[sunting | sunting sumber]Loji Penapis Minyak Terengganu ini mempunyai keupayaan memproses sebanyak 30,000 tong minyak mentah setiap hari.
Bahan-bahan keluaran
[sunting | sunting sumber]Loji Penapis Minyak Terengganu ini berupaya mengeluarkan bahan-bahan seperti berikut:-
- Gas Petroleum Cecair
- Minyak Gasolin
- Nafta Tulen Cair
- Nafta Tulen Pekat
- Minyak Tanah
- Minyak Diesel
- Sisa Berlilin Bersulfur Rendah.
Kemudahan-kemudahan Utama
[sunting | sunting sumber]Unit Minyak Mentah
[sunting | sunting sumber]Unit Minyak Mentah direkabentuk untuk memproses 30,000 tong minyak mentah tempatan setiap hari. Kini keupayaannya telah mencapai 51,000 tong minyak mentah sehari.
Tangki Simpanan
[sunting | sunting sumber]Tangki-tangki simpanan Loji Penapis Minyak Terengganu ini terdiri dari tangki-tangki untuk menyimpan minyak mentah dan bahan-bahan keluaran petroleum serta tangki-tangki eksport untuk perkapalan.
Kemudahan Marin
[sunting | sunting sumber]Buat masa ini , Loji Penapis Minyak Terengganu ini menerima bekalan minyak mentah melalui pemunggahan kargo dari kapal-kapal di sistem tambatan punca tunggal terletak kira-kira 2.1 km dari pantai. Minyak mentah ini disalurkan melalui hos-hos yang disambung kepada tambahan dan seterusnya disalurkan ke pantai menerusi empat saluran paip dasar laut.
Kemudahan-kemudahan marin adalah untuk menerima minyak mentah dan mengeksport bahan keluaran yang ditapis. Ukuran kapal tangki bagi kemudahan ini adalah 35,000 dwt atau sebahagian muatan kapal-kapal tangki yang lebih besar dari jenis yang sama.
Apabila siap kelak , Terminal Minyak Mentah Terengganu yang dihubungkan ke pelantar-pelantar minyak di luar pantai melalui saluran paip dasar laut akan menerima, menyimpan dan membekalkan minyak mentah terus ke Loji Penapis Minyak Terengganu ini menerusi saluran paip.
Kelengkapan
[sunting | sunting sumber]Loji Penapis Minyak Terengganu ini dilengkapi dengan sistem pengolahan air, unit janakuasa wap, sistem bahan api gas dan minyak, unit janakuasa elektrik dan sistem udara loji penapis minyak.
Pampatan Gas
[sunting | sunting sumber]Loji Penapis Minyak Terengganu ini juga mempunyai kemudahan untuk menerima dan memampatkan gas bersekutu yang diterima dari Terminal Minyak Mentah Terengganu untuk menjalankan turbin gas bagi penjanaan kuasa.
Aliran Proses
[sunting | sunting sumber]Minyak mentah dari tangki-tangki simpanan disalurkan ke Unit Penyulingan pada kadar sehingga 30,000 tong sehari. Pada peringkat awal, ia dipanaskan sehingga 220'C oleh penukar haba bersama aliran bahan keluaran, kemudian dipanaskan sehingga 350'C di dalam relau tiub.
Pengedaran Bahan-Bahan Keluaran
[sunting | sunting sumber]Penghantaran Bahan-Bahan Keluaran
[sunting | sunting sumber]Eksport bahan keluaran dilakukan dengan menggunakan Sistem Tambatan Punca Tunggal (SPM).
Bahan-bahan keluaran dipunggah menerusi SPM ke kapal-kapal . Bahan keluaran juga diedarkan menggunakan lori-lori tangki.
Pengisian Gas Petroleum Cecair (GPC)
[sunting | sunting sumber]GPC diisi ke dalam silinder seberat 12 kg dan 51 kg untuk keperluan pasaran tempatan. Loji Pengisian GPC berupaya mengisi lebih kurang 1,000 tan metrik setiap bulan.
Pasaran
[sunting | sunting sumber]GPC juga diedarkan melalui jalan raya bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan . Nafta Tulen Cair dicampur dengan Nafta Tulen Pekat untuk dieksport sebagai bahan mentah untuk petrokimia.
Minyak Tanah yang dikeluarkan adalah untuk dieksport walaupun sebahagian darinya dipunggah ke lori tangki untuk psaran tempatan.
Satu pertiga dari pengeluaran Diesel pula adalah untuk pasaran tempatan dan selebihnya dieksport. Kesemua keluaran Sisa Berlilin Bersulfur Rendah ialah untuk dieksport.
Pasaran-pasaran utama eksport adalah Jepun, [Korea Selatan]], India dan Negara Thailand.
Keselamatan
[sunting | sunting sumber]Setiap loji penapis mengutamakan keselamatan dan Loji Penapis Minyak Terengganu adalah tidak terkecuali. Langkah-langkah keselamatan yang menyeluruh seperti keselamatan am , kebakaran dan pengawalan sentiasa diberi perhatian . Ini termasuklah melatih kakitangan yang terlibat dalam operasi pemeriksaan peralatan dari masa ke semasa.
Dalam menghadapi kebakaran, kesemua kakitangan dilatih untuk bertindak secara efektif. Satu pasukan bomba terlatih juga bertugas sepenuh masa dan kemudahan alat-alat mencegah kebakaran yang lengkap juga tersedia.
Kawalan yang secukupnya juga diberikan untuk mengawal harta loji. Pergerakan di kawasan Loji Penapis Minyak ini sentiasa dikawal dengan ketat.