Lian Padukan
Rencana ini memerlukan banyak pautan ke rencana lain bagi membantu mengintegrasikan ke dalam ensiklopedia. (Disember 2021) |
Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Lian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunnan, China. Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia.
Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka.
Berita itu sampai ke pengetahuan Sultan Ibrahim, sultan Johor ketika itu, lalu baginda menitahkan pengawal peribadinya Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) untuk ‘menyiasat’ kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta izin dari sultan untuk membawa sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu.
Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka. Akhirnya, kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, Sultan Ibrahim menitahkan agar kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.
Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu.
Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing.
Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi). Setelah Pak Mat Kedidi meninggal dunia, kini legasi Lian Padukan ini diteruskan dan diterajui serta dipimpin oleh Yang Di-Pertua Ayahanda Guru Utama Lian Padukan Malaysia Dr. Haji Mohammed Hasyim Bin Haji Salleh Maksum Al Masyhur. Beliau juga merupakan satu-satunya anak murid Arwah Pak Mat Kedidi yang masih setia meneruskan Lian Padukan sehingga ke hari ini.
- Rencana dengan kekurangan pautan wiki dari Disember 2021
- Semua rencana dengan kekurangan pautan wiki
- Rencana Wikipedia yang perlu konteks dari Jun 2015
- Semua rencana Wikipedia yang perlu konteks
- Pengemasan pengenalan Wikipedia dari Jun 2015
- Semua laman yang perlu dikemaskan
- Rencana yang memerlukan perhatian pakar tanpa parameter reason atau talk
- Rencana yang memerlukan perhatian pakar tidak ditentukan
- Rencana yang memerlukan perhatian pakar dari Jun 2015
- Semua rencana yang memerlukan perhatian pakar
- Silat Lian