Pergi ke kandungan

Letupan bunga api Pasar San Pablito 2016

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 19°40′6″N 99°7′37″W / 19.66833°N 99.12694°W / 19.66833; -99.12694

Letupan bunga api Pasar San Pablito 2016
Tarikh20 Disember 2016[1]
Masa~1500 CST (2100 UTC)[1]
TempatPasar San Pablito[2]
LokasiTultepec, Negeri Mexico, Mexico[2]
JenisBencana bunga api[2]
PenyebabKemungkinan letupan pada serbuk letupan[3]
KematianSekurang-kurangnya 31[4]
KecederaanSekurang-kurangnya 72[4]
Video luar
Ikon video Letupan bunga api di pasar Mexico, The Guardian.

Pada 20 Disember 2016, satu letupan bunga api berlaku dekat Pasar San Pablito di Tultepec, utara Bandaraya Mexico.[2][5][6] Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dan mencederakan 72 orang yang lain.[4]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]
Pemandangan sebahagian daripada pasar San Pablito pada 2010

Tultepec mempunyai budaya dan industri bunga api,[7] dengan sejarah selama 200 tahun dalam pembuatan bunga api.[8] Kira-kira 65% penduduk di bandar itu terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penghasilan bunga api.[8] Menurut Institut Piroteknik Mexico (Instituto Mexiquense de la Pirotecnia), 436 bengkel dan peruncit bunga api telah didaftarkan di bawah perbandaran Tultepec.[8] Pasar San Pablito merupakan pusat utama untuk bunga api buatan tangan di Mexico.[2] Bandar ini telah mengguna pakai langkah-langkah keselamatan yang baru berikutan letupan berkaitan bunga api pernah berlaku pada 2005 dan 2006.[1]

Letupan berlaku lebih kurang 15:00 CST (21:00 UTC).[1] Menurut Setiausaha Pemerintah Negeri Mexico, José Manzur Quiroga, 32 orang maut,[9] dengan sekurang-kurangnya 59 lagi tercedera.[10] Daripada mangsa yang maut, 26 orang daripadanya meninggal di tempat kejadian dan enam lagi di hospital.[10] Bagi yang tercedera, 46 individu telah dimasukkan ke hospital, di mana lima orang daripadanya dalam keadaan yang kritikal.[10]

Enam orang kanak-kanak juga berada dalam kalangan yang tercedera dan seorang kanak-kanak perempuan daripada mereka terbakar 90% di badannya.[11] Sebaik sahaja mereka stabil dan penjaga telah dihubungi, kanak-kanak ini dirancang untuk dipindahkan ke Hospital Shriners untuk Kanak-kanak di Galveston, Texas, Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan.[11] Rumah-rumah berdekatan insiden tersebut rosak teruk[12] dan banyak kawasan pasar telah musnah dalam letupan.[13]

Sebab letupan masih belum diketahui, tetapi sumber awal mengatakan bahawa serbuk letupan daripada bunga api mtelah memulakan letupan tersebut.[3] Lebih kurang 300 tan bunga api dilaporkan telah berada di pasar itu.[14]

Enrique Peña Nieto, kabinetnya serta para doktor dan jururawat bertafakur ketika dalam suatu acara di San Pablo del Monte, Tlaxcala

José Manzur yang mewakili pemerintah negeri Mexico mengatakan bahawa kesemua bil-bil perubatan dan pengebumian bagi yang tercedera atau maut akan ditanggung oleh pihak pemerintah.[10] Presiden Enrique Peña Nieto mengutuskan kawat takziah dan mengarahkan agensi persekutuan untuk menyelaras secara bersama dengan pihak berkuasa negeri bagi membantu keluarga yang terkesan terutamanya dari segi jagaan perubatan.[15] Germán Galicia Cortes, presiden Pasar San Pablito, berkata para penjaja akan menerima bantuan pemerintah bagi membantu mereka menanggung kerugian dan membuka semula pasar.[16] Pejabat Peguam Negara Mexico telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut dengan penyiasat forensik telah dihantar ke kawasan kejadian pada 21 Disember.[17]

  1. ^ a b c d Kitching, Chris (2016-12-20). "Massive fireworks explosion in Mexico leaves 27 dead and dozens injured". Mirror. Dicapai pada 2016-12-21. Italic or bold markup not allowed in: |newspaper= (bantuan)
  2. ^ a b c d e "Mexico fireworks market explosion leaves at least 26 dead". Associated Press. 2016-12-20. Dicapai pada 2016-12-20 – melalui The Guardian.
  3. ^ a b "Mexico Explosion Video And Photos: Deaths, Injuries Reported At Tultepec Fireworks Market". International Business Times. 2016-12-20. Dicapai pada 2016-12-21.
  4. ^ a b c "31 maut, 72 cedera apabila bunga api meletup". Berita Mediacorp. 2016-12-21. Dicapai pada 2016-12-22.
  5. ^ "'Several killed' in Mexico fireworks blast". BBC News. 2016-12-20. Dicapai pada 2016-12-20.
  6. ^ Quinones, Nelson (2016-12-20). "Blast at Mexico fireworks market injures dozens". CNN. Dicapai pada 2016-12-20.
  7. ^ "Festival of fire: San Juan de Dios". Dicapai pada 2016-12-21.
  8. ^ a b c Gudiño, Alondra Ávila y Alejandra. "Tultepec: más de 65% de la población depende de la pirotecnia". Milenio. Dicapai pada 2016-12-21.
  9. ^ "Suman 32 muertes por explosión en Tultepec". El Universal. Dicapai pada 2016-12-21.
  10. ^ a b c d Velázquez, César. "Suman 32 muertos por explosión en Tultepec". Milenio. Dicapai pada 2016-12-21.
  11. ^ a b "Trasladarán a niños quemados en Tultepec a Galveston: Michou y Mau". Excélsior. 2016-12-21. Dicapai pada 2016-12-21.
  12. ^ Woody, Christopher. "Multiple explosions at a fireworks market north of Mexico City reportedly leave at least 27 people dead". Business Insider. Dicapai pada 2016-12-21.
  13. ^ "At least 27 dead, 70 injured after explosion rips through fireworks market outside Mexico City". CNBC. 2016-12-20. Dicapai pada 2016-12-21.
  14. ^ "Mexico fireworks blast: Dozens killed in Tultepec explosion". BBC. 2016-12-21. Dicapai pada 2016-12-21.
  15. ^ "Peña Nieto refrenda apoyo a familiares de víctimas en Tultepec". Excélsior. 2016-12-21. Dicapai pada 2016-12-21.
  16. ^ "Despite Fatal Blast, Mexicans Clamor to Rebuild Fireworks Market". The New York Times. 2016-12-21. Dicapai pada 2016-12-22.
  17. ^ "Cause of deadly Mexico fireworks blasts still unknown". Reuters. 2016-12-22. Dicapai pada 2016-12-22.