Leptotyphlops carlae
Ular Benang Barbados | |
---|---|
Seekor ular benang dewasa di atas sekeping syiling 25 sen Amerika Syarikat | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | L. carlae
|
Nama binomial | |
Leptotyphlops carlae | |
Sinonim | |
Tetracheilostoma carlae - Adalsteinsson et al., 2009 |
Ular Benang Barbados (Leptotyphlops carlae) ialah satu spesies ular benang buta, dan spesies ular terkecil yang diketahui wujud.[1] Ahli famili Leptotyphlopidae ini ditemui di pulau Barbados di rantau Karibia.[2]
Ular ini mula-mula diperikan dan dikenal pasti sebagai spesies yang berasingan pada tahun 2008 oleh S. Blair Hedges Diarkibkan 2008-12-22 di Wayback Machine, seorang ahli biologi dari Universiti Negeri Pennsylvania.[3] Hedges menamai spesies baru ini sempena isterinya, Carla Ann Hass, seorang ahli herpetologi yang menyertai pasukan penemuan itu.[4] Spesimen-spesimen spesies ini sudah wujud dalam koleksi rujukan di Natural History Museum, London, dan sebuah muzium di California, tetapi tersalah cam sebagai tergolong dalam suatu spesies yang kini diketahui hanya wujud di Martinique, sebuah lagi pulau Karibia.[1]
Sewaktu penerbitan pada Ogos 2008, L. carlae diperikan sebagai spesies ular yang paling kecil dewasanya di dunia.[5][6] Ular ini difikirkan berada dekat dengan had saiz minimum untuk ular yang ditetapkan oleh pemilihan semula jadi, kerana ular muda perlu mencapai saiz minimum yang tertentu untuk mencari makanan yang sesuai.[6]
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Kepanjangan purata Leptotyphlops carlae dewasa adalah sekitar 10 cm, dengan spesimen terbesar yang dijumpai setakat ini mencapai 10.4 cm.[1]
L. carlae pernah difikirkan menjadikan anai-anai dan larva semut sebagai makanan utama.[6] Ular benang membiak secara bertelur. Ular betina dalam spesies ini menghasilkan hanya sebiji ular besar sekali. Anak ular yang menetas adalah sekitar separuh panjang ibunya.[6]
Taburan dah habitat
[sunting | sunting sumber]L. carlae dipercayai endemik hanya di pulau Barbados. Dua spesimen ular yang terkini telah dikumpulkan berdekatan sebuah saki-baki hutan sekunder di kawasan timur Barbados. Kawasan ini merupakan bahagian tertua di Barbados, iaitu yang pertama untuk timbul dari lautan, dan satu-satunya bahagian yang tidak dilitupi oleh tukup terumbu Pleistosen.[1]
Hutan-hutan sekunder yang serupa dengan yang di mana spesimen tersebut dijumpai kemungkinan besar merupakan habitat yang memadai untuk spesies ini. Memandangkan Barbados teramat padat dengan penduduk dan kini banyak mengalami pembasmian hutan, maka habitat yang sesuai untuk L. carlae mungkin tidak lebih daripada beberapa kilometer persegi.[1]
Status pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Tidak banyak yang diketahui tentang ekologi, bilangan atau taburan spesies ini.[1] Asasnya, Barbados tiada hutan asli yang tinggal, tetapi spesies asli ini mungkin sekali memerlukan habitan hutan untuk hidup kerana ia berevolusi dalam kehadiran hutan.[1] Berdasarkan bilangan kecil spesimen yang diketahui dan taburannya yang nampaknya terhad pada Barbados timur, maka kemandirian spesies ini menjadi isu.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h S. Blair Hedges (August 4, 2008). "At the lower size limit in snakes: two new species of threadsnakes (Squamata: Leptotyphlopidae: Leptotyphlops) from the Lesser Antilles" (PDF). Zootaxa. 1841: 1–30. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2008-08-13. Dicapai pada 2008-08-04. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-22. Dicapai pada 2012-12-22.
- ^ Will Dunham (August 3, 2008). "World's smallest snake is as thin as spaghetti". Reuters UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-02. Dicapai pada 2008-08-04. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Alice Turner (August 3, 2008). "World's Smallest Snake Discovered on the Caribbean Island of Barbados". eFluxMedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-06. Dicapai pada 2008-08-04. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Catherine Brahic (August 3, 2008). "World's smallest snake discovered". New Scientist. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-01. Dicapai pada 2008-08-03. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c d Barbara K. Kennedy. "World's smallest snake found in Barbados". Penn State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-05. Dicapai pada 2008-08-03. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Leptotyphlops carlae di Wikimedia Commons
- Barbados Threadsnake at the Reptile Database