Lembaga Ahli Geologi Malaysia
Lembaga Ahli Geologi Malaysia (Bahasa Inggeris: Board of Geologists Malaysia) merupakan badan yang ditubuhkan untuk menguruskan pendaftaran ahli geologi, mengawal pengamalan berkaitan geologi dan hal-hal lain yang berkaitan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Lembaga Ahli Geologi Malaysia ditubuhkan pada November 2014 di bawah Seksyen 3 Akta Kajibumi 2008 atau Akta 689 Perlembagaan Malaysia.
Urusan pendaftaran ahli geologi hanya dimulakan pada penghujung tahun 2015 apabila Peraturan Pendaftaran Ahli Geologi 2015 dilulus dan dikuatkuasakan.
Pengurusan
[sunting | sunting sumber]Lembaga ini mempunyai 14 ahli yang dilantik oleh Menteri yang terdiri daripada seorang pengerusi, 5 ahli daripada perkhidmatan awam, 5 ahli daripada swasta, 2 ahli yang dipilih oleh Menteri dan 1 wakil daripada Institut Geologi Malaysia (IGM).
Lembaga ini terdiri daripada 3 jawatankuasa
- Perkhidmatan Korporat dan Kewangan
- Guaman, Etika dan Disiplin
- Pembangunan dan Program Profesional
Ahli-ahli lembaga untuk sesi 2014 - 2017 dipengerusikan oleh Dato' Yunus Bin Abdul Razak dan terdiri daripada
- Dato' Dr. Ibrahim Bin Komoo
- Datuk Mior Sallehhuddin Bin Mior Jadid
- Professor Dr. Joy Jacqueline Pereira
- Encik Kamal Bin Daril
- Encik Mohd Badzran Bin Mat Taib
- Professor Madya Dr. Sarah Aziz Binti Abdul Ghani Aziz
- Dato' Wan Mazlan Bin Wan Mahmood
- P. Loganathan
- Dr. Jaizan Hardi Bin Mohamed Jais
- Seet Chin Peng
- Chen Shick Pei
- Alexander Yan Sze Wah
- Abdul Rasid Jaapar
Keahlian
[sunting | sunting sumber]Sehingga 13 Mei 2017, pendaftaran ahli geologi ialah 1217 ahli geologi profesional, 254 graduan geologi, 297 ahli geologi luar negara dan 11 pengamal geologi.