Pergi ke kandungan

Lefthanded

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lefthanded
Juga dikenali sebagai
The Lefthanded (1983), Down Wheels (1985)
Berasal dariJohor Johor, Malaysia Malaysia
GenreRock, Heavy Metal, Hard Rock, Glam Rock, Soft Rock Rock Kapak
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1979–1984
1986–1996
1999–2001
2003
2006–kini
Pengkarya berkait
Dato Nash, Ramli Sarip, Bloodshed, SYJ, Rusty Blade, Strangers, Gersang, Wings, Search, XPDC, Mega
AhliNash - Vokal (1986-1990, 1999-2001, 2003, 2006-kini)
Man Kidal (ketua kumpulan) - Gitar (1979-1984, 1986-1996, 2003, 2006-kini)
Ritz - Gitar (2019-kini)
Fly Halizor - Bass (2019-kini)
Tom/Hafiz - Dram
Rozario - Keyboard
Bekas ahliMan Dayak - Dram (1979-1984, 1986-1991, 1994-1996, 1999-2001, 2003, 2006-2016)
Zaini - Dram (1985)
Samad - Gitar (1985, 1986-1996, 1999-2001, 2003)
Baharom - Gitar (1985)
Elly Rahman - Gitar (2006, 2012-2018)
Yan - Bass (1979-1984, 1986-1989, 1991, 1994-1996, 1999-2001, 2003, 2006-2019)
Ipin - Bass (1985)
John - Bass (1990)
Man Rani - Bass (1992)
Carlos - Bass (1993-1994)
Lee Space - Dram (1992)
Black - Dram (1993-1994)
Arab - Vokal
Ramli Sarip - Vokal
Firdaus - Vokal
Roy - Vokal (1986)
Rahim Maarof - Vokal (1986)
Hamid - Vokal (1983-1984, 1985)
Amir - Gitar (1983-1984)
Dolly - Vokal (1979-1982)
Yus - Gitar (1979-1982)
Salam - Vokal
Man Bai - Vokal(1985)
Jaafar - Keyboard (1979-1983)
Esa - Keyboard (1987-1988)

Kumpulan Lefthanded ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1979. Kumpulan ini diketuai oleh Man Kidal. Pada asalnya mereka bergelar Kumpulan The Lefthanded tetapi kemudiannya perkataan The digugurkan.[1] Ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1983.

Sejarah awal

[sunting | sunting sumber]

Lefthanded yang ditubuhkan pada tahun 1979 yang diasaskan oleh Man Kidal mulai dikenali ramai selepas menyertai Juara Rock 1983.  Nama mereka diambil sempena pemain gitar utama mereka iaitu Man Kidal yang bermain gitar menggunakan tangan kiri. Sebelum merakam album, mereka sudah aktif di pentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip,Sahara Yaakob dan Rahim Maarof.

Man Kidal dan kemudianya Yan, pula menganggotai Search dan sempat merakamkan album Search bersama berjudul Cinta Buatan Malaysia pada 1985, manakala Man Dayak telah mengatas alasan peribadi. Sementara itu pada tahun 1985. Kumpulan ini telah aktif dan kumpulan ini menukar namanya menjadi Down Wheels dengan Amir, Man Kidal, Yan dan Man Dayak digantikan oleh Samad sebagai gitaris utama, Baharom sebagai gitaris irama, Ipin sebagai bassist dan Zaini sebagai drummer Down Wheels.

Selepas album Search Cinta Buatan Malaysia di pasarkan, Man Kidal dan Yan membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan Search, apabila Baharom, Ipin dan Zaini telah memutuskan untuk mengundurkan diri dari kumpulan itu yang baru selepas bertukar nama kepada Down Wheels. Baharom dan Ipin meninggalkan Down Wheels dan mereka berdua ingin menubuhkan kumpulan Maiden Peace (kini dipanggil Metafora), manakala Zaini pula telah mengatas alasan peribadi dan kumpulan Down Wheels ini telah berkubur apabila tiga orang yang keluar. Kumpulan ini pula telah aktif apabila Man Kidal, Yan dan Man Dayak kerana ingin menyertai kumpulan untuk menggantikan Baharom, Ipin dan Zaini telah menarik diri dan kumpulan ini mengaktifkan kembali menjadi Lefthanded bersama Samad dan penyanyi asal iaitu Hamid. Man Kidal dan Yan digantikan semula oleh Hillary Ang dan Nasir Daud.

Hamid kemudianya digantikan oleh Rahim Maarof dan kemudian oleh Roy. Bersama Roy, Lefthaded seterusnya menyertai Siri konsert Battle Of The Bands yang duanjurkan oleh syarikat Ali Bakar iaitu Box Office. Kemudian pabila di tawarkan untuk merakam dan menyertai album kompilasi Battle Of The Bands, Roy digantikan oleh Nash hingga lah munculnya album sulung Keadilan pada penghujung tahun 1986.  Album itu mendapat sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock ternama, Ramli Sarip.  Yan turut menyumbangkan suara di dalam album Seruan, pada lagu Ringan Berat.

Dalam album kedua berjudul Seruan (1987), Lefthanded menambah anggota menjadi enam orang apabila Esa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen keyboard di dalam lagu Lefthanded.  Kematangan dari segi penciptaan lagu mula terserlah menerusi album Evolusi (1989).

Anggota kumpulan

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini terdiri daripada:

  1. Dato Nash @ Nashrudin Elias - vokal (1985 - 1990, 1998 - sekarang)
  2. Man Kidal @ Abdul Rahman Mahmood (anggota asal kumpulan Search) - gitar dan ketua kumpulan
  3. Samad @ Abdul Samad Mian - gitar (meninggal dunia pada 23 Oktober 2008)[2]
  4. Yan @ Amran Marsiman (anggota asal kumpulan Search dan pernah menyertai kumpulan XPDC) - bass
  5. Man Dayak @ Abdul Rahman Othman - dram (meninggal dunia pada 15 Mac 2016)
  6. Esa Bin Ayob (dari kumpulan Lizard) - keyboard (meninggal dunia pada 8 April 2024)
  7. Firdaus @ 'The Little Bird' M Nasir & The Gong
  8. Ramli Sarip (album 'Fanatisme') - vokal
  9. Arab @ Syed Azlan Syed Abu Bakar (album 'Nafas') - vokal (meninggal dunia pada 12 November 2016)
  10. Tom (dari kumpulan Revolvers) - dram
  11. Ritz @ Rizal Abdul Halim (dari kumpulan Metalasia) - gitar
  12. Fly Halizor @ Halizor Hussein (dari kumpulan Projek Pistol) - bass
  13. Hafiz (anak Man Dayak) - dram
  14. Rozario - keyboard

Pertukaran ahli

[sunting | sunting sumber]

Selepas album Evolusi (1989), Dato Nash penyanyi utama dan Yan pemain gitar besnya meninggalkan Lefthanded dan digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Dato Ramli Sarip dan John.  Dato Ramli sanggup mengambil tempat Dato Nash kerana tidak mahu Lefthanded berkubur begitu saja. Kemudian John telah keluar dari Lefthanded kerana John telah menyertai kumpulan Lestari dan Stings dan kekosongan itu digantikan oleh Yan telah kembali menyertai kumpulan Lefthanded. Dato Ramli dan Yan sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme (1991)bersama Lefthanded. Atas sebab-sebab komitmen peribadi Man Dayak, tugas dram pula dirakamkan oleh Tom Anuar untuk album Fanastisme. Selepas itu Yan dan Man Dayak pula meninggalkan kumpulan ini kerana akibat persefahaman mereka. Yan keluar dari Lefthanded kerana ingin kembali menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu manakala Man Dayak ingin direhatkan pula akibat masalah peribadi dan digantikan oleh Man Rani dan Lee Space. Tidak lama kemudian pada tahun 1993, Man Rani dan Lee Space pula meninggalkan kumpulan ini dan digantikan oleh Carlos dan Black.

Pada tahun 1994, Carlos dan Black telah dipecat dari kumpulan Lefthanded akibat ketagihan dadah dan heroin, Carlos dipecat dari Lefthanded kerana ingin menyertai kumpulan Lestari untuk menggantikan John yang keluar manakala Black ingin kembali menyertai semula kumpulan Wings untuk menggantikan Jojet yang keluar yang pernah dianggotainya dulu dan kekosongan itu digantikan oleh Yan dan Man Dayak telah kembali bersama Lefthanded. Penyanyi Arab dan pemain dram Tom Anuar juga menyertai Lefthanded apabila Lefthanded menjadi band jempuran untuk konsert Mr. Big di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1994. Konsert tersebut dirakamkan secara 'Live' dan dimuatkan di dalam album Nafas pada tahun 1996. Album tersebut juga mengandungi dua lagu baru yg dikaryakan oleh penyanyi Arab. Disebabkan jadual dan komitmen yg ketat, Man Kidal tidak dapat melibatkan diri dalam rakaman dua lagu baru tersebut.

Pada tahun 1997, Lefthanded memenangi Anugerah Album Rock terbaik untuk album Nafas di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) 1997. Pada tahun yang sama, Lefthanded secara rasmi diramal berkubur kumpulan ini apabila Man Kidal meninggalkan Lefthanded dan menubuhkan "Lefthanded '97", yang turut disertai oleh Dato Nash, Sham Kamikaze, Eddie dan Lola XPDC manakala anggota Lefthanded telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Pada tahun 1999, Lefthanded pula telah mengaktifkan kembali dengan line-up semula iaitu Nash (penyanyi), Samad (gitar), Yan (bes) dan Man Dayak (dram) untuk menghasilkan album Syurga & Neraka(1999) bersama Samad, yang juga memainkan peranan sebagai penerbit selain menjadi gitarist tunggal untuk album tersebut. Album ini juga dicalonkan antara finalis untuk Album Rock Terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) 2000.

Pada tahun 2003, Man Kidal kembali semula dan album kompilasi Lefthanded - Reunion diterbitkan. Mereka juga membuat konsert 'Re-union' di Planet Hollywood dan juga rancangan konsert TV saluran Astro Siri Dari Studio Satu. Konsert Lefthanded di Planet Hollywood diadakan untuk kali kedua pada tahun 2006 tetapi kali ini tanpa kehadiran Samad.Konsert tersebut dirakam dan dijual semula dalam bentuk album berjudul Lefthanded - Live At Planet Hollywood 2006.

Pada 23 Oktober 2008, Lefthanded kehilangan pemain gitarnya, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh di pejabat beliau di Ampang. Selain bermain muzik, Allahyarham pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak tahun 2004.

Pada 15 Mac 2016, pemain drum Lefthanded, Man Dayak atau nama sebenar beliau Abdul Rahman Othman, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun akibat serangan jantung.

Pada 12 November tahun yang sama, bekas vokalis Lefthanded, Syed Azlan Syed Abu Bakar atau Arab pula kembali ke rahmatullah pada usia 50 tahun akibat komplikasi jantung.

Pada 8 April 2024, bekas Keyboardist Lefthanded, Esa bin Ayob atau Esa telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun akibat serangan jantung, di hospital columbia tebrau, Johor bahru pada jam 7.40 Malam.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
Tahun Judul Jualan
1986 Keadilan 60,000 Unit
1987 Seruan
  • Penerbit : Ramli Sarip
  • Label : Warner Music
1988 Qabul
  • Penerbit : Ramli Sarip
  • Label : Warner Music
1989 Evolusi
  • Penerbit : Lefthanded
  • Label : Warner Music
1991 Fanatisme
  • Penerbit : Ramli Sarip
  • Label : Warner Music
1999 Syurga & Neraka


Keadilan (1986)

[sunting | sunting sumber]
  1. Keadilan
  2. Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
  3. Sudi-Sudikah Dikau
  4. Debunga Wangi
  5. Hadapilah Dengan Sabar
  6. Tiada Lagi Kidungmu
  7. Ringan Berat
  8. Lanun
  9. Problem Malas
  10. Lagenda Cinta

Seruan (1987)

[sunting | sunting sumber]
  1. Seruan
  2. Kenangan Bersamamu
  3. Inflasi
  4. Sepanjang Riwayat Hidup (Untuk Ibu)
  5. Rafidah Dan Sejarah
  6. Alam Dan Pencipta
  7. Sentuhan Kidal (Instrumental)
  8. Antara Usaha Dan Nasib
  9. Ku Di Halaman Rindu
  10. Histeria (Instrumental)


Qabul (1988)

[sunting | sunting sumber]
  1. Hidup Dan Perjuangan
  2. Janji Kesetiaan
  3. Bertemu Di Dalam Rock 'N' Roll
  4. Melangkah
  5. Maya Persada
  6. Di Lembah Kebendaan
  7. Restu Yang Abadi
  8. Rentasi Dunia Muzik
  9. Mengejar Pelangi
  10. Qabul (Instrumental)


Evolusi (1989)

[sunting | sunting sumber]
  1. Carilah
  2. Pencinta
  3. Perjalanan
  4. Mentari
  5. Parasit
  6. Arah Yang Hilang
  7. Rockrama
  8. Detik Masa
  9. Roda-Roda
  10. Keindahan Sepi


Fanatisme (1991)

[sunting | sunting sumber]
  1. Semangat Lamina
  2. Satu Tidur Panjang
  3. Pesta Hidup Di Kota Raya
  4. Blues 
  5. Impian Setaman 
  6. Suatu Bayangan 
  7. Perjalanan Cinta Abadi 
  8. Akal 
  9. Lingkaran Sejarah Kita 
  10. Tenat 


Seleksi Lagenda Lefthanded (1992)

[sunting | sunting sumber]
  1. Ku Kehilangan Cinta Tiga dimensi
  2. Tiada lagi Kidungmu
  3. Kenangan Bersamamu
  4. Seruan
  5. Debunga Wangi
  6. Maya Persada
  7. Ku Di Halaman Rindu
  8. Semangat Lamina
  9. Pencinta
  10. Keindahan Sepi
  11. Restu Yang Abadi
  12. Satu Tidur Panjang
  13. Impian Setaman
  14. Lagenda Cinta


Nafas (1996)

[sunting | sunting sumber]
  1. Seruan (Live)
  2. Keadilan (Live)
  3. Hidup Dan Perjuangan (Live)
  4. Sutra (Lagu Baru)
  5. Maya Persada (Versi Akustik)
  6. Sentuhan Kidal (Instrumental) (Bonus Track)
  7. Blues (Live)
  8. Debunga Wangi (Live)
  9. Semangat Lamina (Live)
  10. Nafas Rindu (Lagu Baru)
  11. Kenangan Bersamamu (Versi Akustik)


Syurga & Neraka (1999)

[sunting | sunting sumber]
  1. Syurga Dan Neraka
  2. Marga Jiwa
  3. Mencari Sinar
  4. Pendita Mimpi
  5. Bantai Blues
  6. Dahan Menanti
  7. Tenang
  8. Hamparan Putih
  9. Akal Sinikal
  10. Rahsia Kita


Lefthanded Reunion (2003)

[sunting | sunting sumber]

CD 1:

  1. Keadilan
  2. Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
  3. Sudi-Sudikah Dikau
  4. Debunga Wangi
  5. Lagenda Cinta
  6. Tiada Lagi Kidungmu
  7. Seruan
  8. Kenangan Bersamamu
  9. Alam Dan Pencipta
  10. Ku Di Halaman Rindu
  11. Sentuhan Kidal (Instrumental)
  12. Semangat Lamina (Live)

CD 2:

  1. Hidup Dan Perjuangan
  2. Maya Persada
  3. Bertemu Di Dalam Rock 'N' Roll
  4. Mengejar Pelangi
  5. Qabul
  6. Carilah
  7. Pencinta
  8. Arah Yang Hilang
  9. Semangat Lamina
  10. Satu Tidur Panjang
  11. Sutra
  12. Debunga Wangi (Live)


Live & Unplugged at Planet Hollywood '06 (2006)

[sunting | sunting sumber]

CD 1:

  1. [Live] - Seruan
  2. [Live] - Sudi-Sudikah Dikau
  3. [Live] - Keadilan
  4. [Live] - Lagenda Cinta
  5. [Live] - Lanun
  6. [Live] - Perfect Strangers
  7. [Live] - Debunga Wangi
  8. [Unplugged] - Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
  9. [Unplugged] - Kenangan Bersamamu
  10. [Unplugged] - Soldier Of Fortune
  11. [Unplugged] - Ku Di Halaman Rindu

CD 2:

  1. [Live] - Bertemu Di Dalam Rock 'N' Roll (Hattan)
  2. [Live] - Qabul (Instrumental)
  3. [Live] - Semangat Lamina (Yantzen)
  4. [Live] - Smoke On The Water (Hattan, Rahim Maarof & Yan)
  5. [Live] - Sentuhan Kidal (Instrumental)
  6. [Live] - Arah Yang Hilang (Muix Metalasia)
  7. [Live] - Ringan Dan Berat (Yan)
  8. [Live] - Pada Syurga Di Wajahmu (Nash)
  9. [Live] - Tiada Lagi Kidungmu
  10. [Encore] - Alam Dan Pencipta

Memori Hit Lefthanded (2008)

[sunting | sunting sumber]

CD1:

  1. Keadilan (4:05)
  2. Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi (4:35)
  3. Sudi-Sudikah Dikau (3:44)
  4. Debunga Wangi (5:22)
  5. Lagenda Cinta (4:14)
  6. Tiada Lagi Kidungmu (3:28)
  7. Seruan (5:08)
  8. Kenangan Bersamamu (4:36)
  9. Alam Dan Pencipta (5:19)
  10. Ku Di Halaman Rindu (5:21)
  11. Sentuhan Kidal (Instrumental) (3:17)
  12. Semangat Lamina (Live) (5:43)

CD2:

  1. Hidup Dan Perjuangan (3:02)
  2. Maya Persada (5:21)
  3. Bertemu Di Dalam Rock N Roll (4:31)
  4. Mengejar Pelangi (4:50)
  5. Qabul (5:00)
  6. Carilah (5:15)
  7. Pencinta (5:22)
  8. Arah Yang Hilang (7:44)
  9. Semangat Lamina (5:04)
  10. Satu Tidur Panjang (6:09)
  11. Sutra (5:27)
  12. Debunga Wangi (Live) (6:40)

Lagenda Hit Lefthanded (2010)

[sunting | sunting sumber]

CD 1:

  1. Tiada Lagi Kidungmu (3:27)
  2. Lagenda Cinta (4:12)
  3. Debunga Wangi (5:20)
  4. Keadilan (4:03)
  5. Kenangan Bersamamu (4:36)
  6. Sepanjang Riwayat Hidup (Untuk Ibu) (4:13)
  7. Mengejar Pelangi (4:50)
  8. Keindahan Sepi (4:17)
  9. Restu Yang Abadi (4:03)
  10. Sudi-Sudikah Dikau (3:42)
  11. Satu Tidur Panjang (6:10)
  12. Seruan (5:07)

CD 2:

  1. Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi (4:34)
  2. Ku Di Halaman Rindu (5:20)
  3. Pencinta (4:13)
  4. Lanun (3:59)
  5. Maya Persada (4:50)
  6. Rockrama (4:43)
  7. Impian Setaman (4:55)
  8. Carilah (5:15)
  9. Hidup Dan Perjuangan (3:01)
  10. Sutra (5:26)
  11. Semangat Lamina (5:04)
  12. Perjalanan Cinta Abadi (5:32)

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Filem Cetera
Tahun Tajuk Watak
1987 Rozana Cinta (Penampilan Khas - Lefthanded)
Anugerah Industri Muzik (AIM)
Tahun Kategori Karya

Tercalon

Keputusan
1997 Album Rock Terbaik Nafas Menang
  1. ^ No finer time to be alive?: voices of Singapore's English music
  2. ^ "Rock band Lefthanded's guitarist Abdul Samad Mian dies". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-26. Dicapai pada 2021-10-01.
  1. http://carmahlms.com/Info_Muzik/IMarticles/IMlktn.htm
  2. Lefthanded dalam kenangan
  3. Lagenda Lefthanded
  4. Lefthanded - Kumpulan mungkin berpecah akhirnya[pautan mati kekal]
  5. Konsert tanpa Nash
  6. [1]
  7. [2]